Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, June 29, 2014

Al kisah Kisah Paku & Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat² nya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat² nya. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku² ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat meredakan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
 
 Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku² tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku tetapi lihatlah kesan lubang² di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan di sekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam di hati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Wednesday, June 25, 2014

Gandakan Sedekah Di Bulan Ramadhan




Oleh : Mufti Brunei

GANDAKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN 

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ، ﻭﺍﳊﻤﺪ ﷲ ، ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ، ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﺍﻻﻩ

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan merupakan medan pahala yang terkumpul dalamnya khazanah kelebihan yang tidak terhitung dan tidak dapat dinilai dengan harta benda. Segala macam kelebihan dan kebajikan terkumpul dan dilipatgandakan ganjarannya di bulan yang suci lagi
mulia ini. Dalam bulan Ramadhan ini, nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas hambaNya lebih luas lagi berbanding bulan-bulan yang lain.

Alangkah ruginya seorang muslim itu jika dia tidak merebut peluang segala kelebihan dan kebajikan yang sangat istimewa yang terdapat dalam bulan Ramadhan, yang hanya hadir setahun sekali, iaitu dengan berusaha meningkatkan amal ibadat termasuk
memperbaiki akhlak dan budi pekerti.

Walaupun umat Islam sentiasa dituntut supaya meningkatkan amal ibadat pada setiap masa, namun bulan Ramadhan merupakan waktu terbaik untuk melipatgandakan amalan yang biasa dikerjakan atau memulakan langkah mengerjakan suatu amalan yang sebelum itu jarang ataupun belum pernah dikerjakan. Antara amalan yang perlu diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan ialah amalan bersedekah.

Bulan Ramadhan Waktu Paling Afdhal Untuk Bersedekah 

Tiada ikutan terbaik yang paling layak dan paling utama dicontohi atau diteladani oleh manusia  selain daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Allah  Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”. (Surah al-Ahzab: 21)

Oleh kerana itu, cara terbaik bagi menjalani bulan Ramadhan ini ialah dengan menghayati dan meneladani bagaimana sikap dan sifat Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam  ketika berada di bulan tersebut.

Menurut riwayat hadits-hadits shahih yang dikhabarkan kepada kita melalui para sahabat Baginda, selain meningkatkan amal ibadat Baginda di bulan rahmat ini, sifat serta akhlak Baginda yang sangat mulia lagi luhur dan tiada bandingnya itu pun turut sama meningkat lebih tinggi daripada  dalam bulan-bulan yang lain.

Antaranya yang diberitakan oleh  para sahabat ialah sifat murah hati serta dermawan Baginda yang sememangnya merupakan makhluk yang paling pemurah itu bertambah-tambah lagi pemurahnya ketika berada di bulan Ramadhan.  Ini jelas termaktub dalam riwayat hadits-hadits shahih yang menceritakan bagaimana ringan  serta cepatnya tangan Baginda yang mulia itu menghulurkan bantuan atau pemberian seperti sedekah dan sebagainya di bulan Ramadhan. Umpamanya hadits yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas  Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam  bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril ‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan  Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam).  Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘ dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat  pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup”.

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani  Rahimahullah ketika mensyarahkan hadits ini, maksud  “sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada  angin yang bertiup”  itu ialah betapa pantas dan ringannya  tangan Baginda menghulurkan pemberian serta tidak putusnya limpahan  kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.

Menurut Imam an-Nawawi  Rahimahullah, hadits ini merupakan seruan serta anjuran kepada umat Islam supaya menanamkan sifat pemurah dan sentiasa mengamalkan sifat pemurah itu pada setiap detik dan ketika, dan sunat meningkatkan sifat pemurah tersebut dalam bulan suci Ramadhan  sebagai mencontohi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maka berdasarkan hadits ini, para ulama telah mengambil kesimpulan bahawa waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah dalam bulan Ramadhan, terutama sekali pada sepuluh hari terakhir bulan tersebut.

Menurut ulama, keutamaan dan keistimewaan bersedekah di bulan Ramadhan itu adalah kerana  kemuliaan bulan Ramadhan itu sendiri, ditambah lagi dengan  keadaan orang-orang fakir yang kekurangan tenaga untuk mencari pendapatan akibat keletihan dan kelaparan kerana berpuasa.

Ini dikuatkan lagi dengan  keperibadian Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan yang mana sifat pemurah Baginda pada waktu tersebut diumpamakan oleh sahabat Baginda sebagai lebih pemurah daripada  limpahan angin yang membawa rahmat dan manfaat kepada  siapa sahaja yang terkena hembusannya. Diikuti pula selepas itu, afdhal bersedekah pada hari-hari kebesaran dan kemuliaan Islam yang lain, seperti Hari Jumaat, sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan kedua Hari Raya ‘Idil Fitri dan ‘Idil ‘Adha.

Bagaimanapun, harus diambil perhatian di sini bahawa pemilihan waktu yang paling afdhal untuk  bersedekah ini bukanlah satu anjuran supaya kita melewatkan sedekah itu sehingga masuk bulan Ramadhan atau sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah atau lain-lain yang disebutkan tadi.

Bahkan amalan bersedekah itu adalah dituntut untuk disegerakan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Akan tetapi, ia lebih merupakan dorongan untuk memperbanyakkan sedekah pada waktu-waktu tersebut kerana sedekah pada waktu-waktu berkenaan lebih besar ganjaran serta faedahnya.

Sebagai hamba Allah  Subhanahu wa Ta‘ala yang sentiasa mengharapkan rahmat serta keredhaanNya, kita sewajarnya mencari apa sahaja jalan yang akan mengangkat darjat kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Jalan terbaik untuk mencapai hasrat tersebut ialah dengan meneladani kekasihNya iaitu Nabi Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menduduki darjat tertinggi di
sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu pun sentiasa merebut peluang untuk mencari keredhaanNya sebagai luahan rasa syukur Baginda atas segala kurniaanNya, jadi bagaimana pula kita yang merupakan hambaNya yang kerdil dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa ini?

Jadi rebutlah peluang  untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah  Subhanahu wa Ta‘ala dengan memanfaatkan kehadiran bulan  Ramadhan ini  dengan sebaiknya dan jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Saturday, June 21, 2014

Doa Berbuka Puasa & Berpuasa


Wednesday, May 14, 2014

Ujian Allah...

1.Setiap Orang,Akan ada sesuatu yang dia simpan.Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.Pasti ada.Kerana dia juga manusia.
Makanya,Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, Hanya kamu yang melalui,Dan hanya kamu yang mengerti,Kamu silap, dan kamu salah.Ada orang lain yang pernah melaluinya,Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,Kamu yang tak pernah nampak.Jangan selalu menganggap,Bahawa kamulah yang paling susah,paling sakit diuji,Paling berat diduga.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,Walau serumit mana situasi kamu.Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.”


2.ketika kita sedih..ketika itulah kita mengerti nikmat kebahagiaan..
ketika kita sakit..ketika itulah kita merasai nikmatnya kesihatan..
ketika kita sunyi tanpa teman..ketika itulah kita tahu betapa b'harganya s'buah p'sahabatan..Dan..
ketika kita menutup mata untuk selama-lamanya..ketika itulah kita tahu nikmatnya sebuah kehidupan..

3.Bila LELAH menyapa dirimu,pejamkan mata dan bayangkan "Asma binti Abu Bakar" yang sedang memanjat tebing saat berjihad..
Bila UJIAN hidup membuatmu menangis,pelajarilah ketabahan "Asiah"
Bila CELAAN menyapa dirimu,hadirkanlah kesabaran " Maryam"
Bila PUTUS ASA membuatmu menyerah,bayangkan kesungguhan ''Hajar" yang berlari dari bukit Shafa&marwah..
InsyaAllah,moga dirimu terus KUAT dalam menempuh TARBIAH dariNya..aAminn..

4 Dalam hati bercampur baur. ada byk rasa. terasa mahu saja air mata lemah seorang hamba ini mengalir. selalunya ujian dalam hidup membuatkan kita menjadi lemah. terasa ingin mengalah. itulah hakikat kehidupan manusia biasa,

cerita suka dan duka, kisah ria juga hiba. segalanya megusik menyentuh jiwa, melahirkan seribu satu rasa. adakalanya membuat ketawa senyum sampai telinga. Namun ada jua kesakitan sehingaa kita tersungkur kerana kesakitan yang kita rasa

hidup ini berliku-liku jalannya. adakala impian jadi kenyataan, namun seringkali hajat yang tak kesampaian . Namun usah buruk sangka. Perancangan Yang maha Esa pasti sebaik-baiknya. Penuh hikmah buat hamba-hambaNya.


5.Setelah kemarau panjang, hujan pasti datang... Setelah merasakan panasnya siang, pasti berganti dgn dinginnya malam..
Setelah sakit, pasti hadir kesembuhan..Setelah sedih, pasti muncul kebahagiaan..Dan tentunya setelah kesulitan melanda, akan datang pula kemudahan..

6:Setiap musibah adalah ujian,Allah menguji keimanan,Kesabaran didalam setiap dugaan,Semoga tabah menghadapinya,
Setiap masalah adalah ujian,Allah menguji kebijaksanaan,Sejauhmana kepintaran,Setiap hamba-hambaNYA melalui dugaan... Allah Maha Mengetahui,Yang baik dan yang buruk,Sekadar untuk menguji,Adakah hamba-hambaNYA melalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan,Melalui keimanan,Atau penuh kemarahan ,Atau melalui pintu-pintu syaitan...

7"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"


8.Kadang-kadang orang yang paling gembira itu adalah orang yang
paling sedih sebenarnya. Kenapa? Kerana mungkin dia sedang menyembunyikan kesedihan di sebalik gelak tawanya tanpa orang lain menyedarinya.Luka di tangan orang lain boleh melihat kesakitan itu tetapi luka di hati tiada siapa tahu kecuali yang maha mengetahui..
Jgn meminta agar diringankn UJIAN... tp berdoa agar dikuatkn iman untuk berdepan dgn ujian... sesungguhnya Allah sentiasa memberi Ujian pada hamba yg DIA sayang..jgn bersedih terlalu lama andai hati kecewa... bisiklah pada yg Esa..smoga dikurniakn ketabahan untuk menghadapi segala2nya..
InsyaAllah..

9.Bibir tersenyum... hati menangis♥•☆٠· Menangis dan sedih bukanlah bererti kita hilang harapan. Jauh sekali, untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat tuhan. Sesekali menangis... . hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.. Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha.. Sesekali menangis, percayalah, bukan Allah tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan keperitan, tetapi Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak untuk di ujinya.

10:Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan, Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang, sesungguh Dia lah pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya. saat ditariknya nikmat yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.

Kesabaran Itu Indah | Sabar

SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian.

Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama.

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi.

Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu.

Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya.

Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.

Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:

# Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.

# Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.

# Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.

# Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.

# Berusaha mencontohi orang sabar.

# Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.

# Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.

# Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.

Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.

Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.

Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.

Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.

Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.

Hukum Kencing Berdiri

TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:


مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً


Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)


Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:

“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:


أنَّهُ أَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِماً


Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”

Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram. Di samping itu hadith Huzaifah juga tidak menafikan yang asal hukum kencing adalah seperti yang dinyatakan oleh ‘Aisyah R.’anha yang Nabi S.A.W. kebiasaannya kencing secara duduk, dan kencing secara duduk itu adalah Sunnah Nabi S.A.W. yang bukan wajib yang menjadikan haram jika kita tidak melakukannya.”

Wallahu a’lam

Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati

HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: �Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.� (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud �Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.� (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud �Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

�Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.� (Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud �Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.� (Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud �Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.� (Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud �Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.� (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
========================================================================================================================================================================================================================
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis

Isteri Solehah Buat Suaminya

Ciri-ciri wanita terakhir adalah yang tulus ikhlas menjadi isteri solehah buat suaminya, Imam Nawawi rah.a. dalam kitab Syarah Uqudul Lujain, menerangkan sabda Rasulullah SAW tentang wanita penghuni syurga.

Beliau bersabda,“Empat wanita yang berada di syurga, iaitu:-

1. Wanita yang memelihara dirinya, taat kepada Allah dan suami, serta sabar.

2. Menerima apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya dan bersifat pemalu (Malu auratnya kelihatan)

3. Jika suaminya pergi, maka dia menjaga dirinya dan harta suaminya. Jika suaminya berada di rumah maka dia menjaga bahasanya dari menyakiti hati suami.

4. Wanita yang ditinggal mati suaminya, sedangkan dia mempunyai anak yang masih kecil-kecil lalu dia bersabar dan menahan dirinya, memelihara dan mendidik anak-anaknya, serta berbuat baik kepada mereka dan tidak menikah lagi kerana takut menganiaya anak-anaknya.”

Adapun Empat wanita yang berada di neraka pula adalah :-

1. Wanita yang buruk dan kasar bahasa terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, dia tidak menjaga dirinya. Jika suami berada di rumah, dia menyakiti hati suaminya dengan cara percakapannya.

2. Wanita yang membebani suaminya dengan berbagai tuntutan, yang suami tidak mampu melakukannya.

3. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari laki-laki lain.

4. Wanita yang sama sekali tidak mempunyai keinginan kecuali makan, minum dan tidur. Dia tidak memiliki ghairah untuk mengerjakan solat dan beramal kepada tuhan serta mentaati Allah, mentaati Rasul dan suaminya.

Maka jika ada wanita memiliki sifat -sifat seperti ini, dia adalah wanita yang terlaknat dan ahli neraka, kecuali jika dia bertaubat.

Demikianlah beberapa ciri-ciri utama wanita solehah, betapa besar keistimewaan mereka, anugerah dari Allah swt. Seandainya wanita memahaminya hanya dengan sedikit usaha dalam mentaati agama, seorang wanita solehah itu boleh mendahului lelaki soleh, untuk memasuki syurga Allah swt. InsyaAllah.

Wednesday, April 23, 2014

Wanita Yang Dimurkai Allah

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat.

Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang wanita yang berkata kepada suaminya,
"semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin."

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib & sunnatnya."

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya.
Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa?

Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun.
" Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.


Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk
walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah.

Na'uzubillahi min zalik.

Petua Islam Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh & Solehah :)


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana.




Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)




3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.




4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.




5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.




6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.




7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.




8. Memberi pendidikan agama yang cukup.




9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.




Demikianlah panduan, tips, cara berkesan yang dianjurkan Islam atau petua mendapat anak soleh ini yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik dan menerima amanah Allah ini.




Semoga kita semua mendapat anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kita di dunia dan akhirat

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...