Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label Lengging. Show all posts
Showing posts with label Lengging. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

TIDAK BOLEH@TIDAK SESUAI@HARAM !!

  1. Jika wanita itu tinggal bersama anak-anak bujang lelakinya yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  2. Jika adik/abang ipar (lelaki) turut berada di dalam rumah itu kerana adik/abang ipar juga boleh tertarik secara seksual terhadap kakak iparnya.
  3. Jika tinggal bersama adik-beradik kandung lelaki yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  4. Jika ada tetamu-tetamu lelaki bukan suami yang datang ke rumah.
  5. Jika mahu keluar berlegar di hadapan rumah dengan kebarangkalian besar ada jiran-jiran lelaki yang akan melihat LEGGING itu.

    Bayangkan adik ipar, abang ipar dan
    jiran lelaki anda melihat bentuk peha
    dan punggung ANDA seperti gambar
    di atas akibat memakai LEGGING
    dan kemudian
    mereka terangsang secara seksual..?
    Di mana maruah anda...?

Melayu Pakai Seluar Renang Ke Supermarket

Seorang lelaki bernama Roji. Datang perempuan sekitar lewat 20'an duduk bersila di sebelahnya. "Boleh akak duduk?" soal perempuan tersebut. "Boleh kak, apa salahnya, platform ni bukan saya yang punya. Hehehe." jawab Roji dengan humor yang kontang. "Akak pakai legging ni nak ke mana? Ada kelas renang ke?" Sambung Roji. Walaupun petanyaan Roji agak kendur tapi perempuan tersebut rasa macam ada tali tangsi tegang yang tersangkut pada lehernya. Lantas perempuan tersebut menjawab, "adik apa tahu? ini fesyen." "Oh ya ke? Tak tahu pula saya ini namanya fesyen. Hehehe. Akak tunggu siapa?"
 Sambil menarik legging yang tersangkut pada kelengkangnya (ketat sangat barangkali) perempuan tersebut menyambung, "akak tunggu kawan awak, entah mana dia. Kata dah sampai."

Roji diam sebab dia tak tahu nak tanya apa lagi. Nak tanya lebih-lebih takut makwe orang (atau tunang?). Takut juga pakwenya (atau tunangnya) akan datang kejap lagi. "Dik, akak tersalah platform ni. Akak nak ke Perlabuhan Klang sebenarnya, platform 5. Kat sebelah sana" tangannya menuding ke arah belakang. "Tu hah! Kawan akak kat sana, patutnya tak nampak. Hahaha."

Ada macam yang tak kena dengan 'kawan' perempuan tadi. Bukan soal apa yang dipakai kawan perempuan tadi. Tapi soal rupa kawan perempuan tersebut. Roji bangun dan datang ke arah kawan perempuan itu. "Eh, Kak Ngah buat apa kat sini? Kak Ngah kenal akak ni ke?" Roji rasa macam ada sauh kapal sedang menghempap tempurung kepalanya. "Ini kawan akak lah Roji! Macam mana kau orang boleh kenal?" Belum sempat Roji menjawab pertanyaan kakaknya, perempuan yang duduk di sebelahnya tadi memintas. "Aik? Kau orang adik-beradik? Dik, tengok. Akak adik pun pakai legging. Inilah namanya fesyen".

Roji terkedu. Tak sangka kakaknya sudah tidak tahu berenang, sedangkan masa kecil dulu mereka sama-sama berkubang di tali air. Baginya, memakai legging umpama pakaian orang ke kelas renang. Celaka betul. mengata orang tapi akak sendiri pun buta fesyen

Kredit: zinesatumalam.blogspot.com

Cuma Garis Bra Nampak, Bukan Nampak Buah Dada Pun

Kata-kata seorang artis..
"Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra. Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun. 
Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol. 
Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu."

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...