Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label ISTERI NUSYUZ. Show all posts
Showing posts with label ISTERI NUSYUZ. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

lara Isteri Kerana Tidak Sabar, Syukur Dan Redha

Seorg wanita yg baru saja bernikah mendatangi ibunya lalu mengeluh dan mengadu hal tentang tingkah laku suaminya. Setelah semua selesai majlis pernikahan baru ia tahu perihal tentang tingkah laku suaminya yang keras kepala juga pemalas dan boros berbelanja dsb.

Wanita muda itu berharap agar orang ibunya turut menyalahkan suaminya. Namun dia berasa keciwa dengan reaksi ibunya yang terus mendiamkan diri saja.Dengan bersahaja siibu berjalan masuk ke dapur, smntara anaknya trus bercerita sambil mgikut ibunya. Tanpa ada kata balas siibu lalu memasak air. Setelah air mendidih ibunya terusmenuangkan air panas mendidih itu ke dalam 3 gelas yg telah disiapkan.

Gelas pertama ia masukkan telur, gelas kedua ia masukkan roti keras dan gelas ketiga ia masukkan kopi.
Setelah menunggu beberapa minit ia mgangkat isi gelas yang ke 2 tadi yang roti keras ternyata roti yg keras menjadi lembut ,maka ibu tadi pon mengangkat telur pada gelas yang kedua hasilnya telur yg mdh pecah menjd keras dan tak mudah pecah sementara gelas yang ke 3 kopi mghasilkan aroma yg sangat harum dan menyelerakan.

Lalu si ibu pon menjelaskan: "Nak... masalah dlm hdp itu bagaikan air mendidih tadi, atas sikap ataua keperihatinan kita sendiri lah untuk menanganinya agar semuanya bersesuaian dengan diri kita ,manusia memang tidak ada yang sesuai dengan kita kalau kita sendiri yang tidak mahu menyesuaikan diri ".

Pengajaranya maka jadilah si isteri:
1. Lembek seperti roti keras tadi.
2. Mengeras seperti telur dan tidak mudah pecah.
3. Ataua harum sprti kopi.
maksudnya roti keras dan telur tidak mampu untuk merubah sifat air panas itu maka kita lah yang kena berubah disebabkan air panas tadi ...

Sementara kopi pula mempunyai kemampuan untuk mgubah air panas tadi menjadi air kopi yang harum.
Maka selesaikanlah masaalah yang kamu hadapi itu ikut kemampuan dan bersesuaian demi menjada keharmonian ..

Dalam setiap masalah, selalu tersimpan mutiara yg brharga.
Sangat mdh utk brsyukur saat keadaan baik,akan tetapi mampukah kita tetap brsyukur disaat kita ditimpa masaalah.

Cubalah si isteri merubah dirinya sendiri kalau si isteri tidak mampu untuk mengubah sang suami agar kita tetap hidup kekal dan harmoni uhuuuu .
Jangan mempersoal tentang suami kalau belum mampu menjadi seperti kopi.
Syurga isteri bukan ker di telapak kaki suami.
selamat berumahtangga dengan kekal dan aman damai..uhuuu.

Monday, March 5, 2012

Soal Jawab | Suami keliru isteri nusyuz


JIKA seorang suami diamanahkan arwah bapa mentuanya untuk menjaga keluarga isterinya, sedangkan isterinya memaki hamun serta tidak menghormati suaminya, apakah yang patut suami lakukan?

Kedua, suami tahu yang isterinya nusyuz dan banyak nasihat diberikan, tetapi isteri masih tidak berubah. 
Bapa suami juga banyak menasihati suami menceraikan isterinya, tetapi suami enggan berbuat demikian. Apakah jalan terbaik kepada permasalahan ini?

ROSIDI,
Melaka 


MENURUT al-Quran, lelaki adalah pemimpin bagi wanita. Ini kerana Allah memberi beberapa kelebihan kepada seorang lelaki, antaranya menanggung nafkah bagi wanita.

Bagi seorang wanita yang bergelar isteri, ia perlu taat kepada suami dan memelihara maruah diri terutama apabila suami tiada bersama.

Jika isteri tidak bersifat seperti yang dianjurkan Islam atau mungkin terlanjur (nusyuz), al-Quran memberi beberapa jalan menyelesaikan soal isteri bermasalah.

Antaranya, menasihat isteri secara baik. Ini sudah saudara lakukan dan boleh diulangi jika perlu. Seterusnya al-Quran mencadangkan suami memulaukan isteri daripada tempat tidur.

Dengan kata lain, suami perlu mengasingkan diri buat sementara daripada tidur bersama. Ini sebagai pengajaran kepada isteri.

Mudah-mudahan isteri kembali taat kepada suami dengan berbuat demikian. Ia boleh dilakukan sama ada secara langsung dengan memberitahu isteri atau tidak langsung, iaitu dengan terus tidur secara berasingan.

Jika isteri masih tidak taat kepada suami dan sikap derhaka (nusyuz) makin menjadi-jadi, tindakan berbentuk kekerasan boleh diambil dengan memukul secara betul dan bukan bertujuan mencederakan.

Kadangkala ada isteri yang mempunyai sifat ‘jahat’ berlebihan. Hanya dengan tindakan tegas dan keras membawa isteri kepada kebaikan.

Ini antara jalan-jalan yang diajar Islam. Semuanya itu dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa’ ayat 24)

Sunday, February 26, 2012

Nafkah isteri nusyuz

BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam?
Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Boleh�kah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian? 
Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan atas nama isterinya, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami?

ADIBAH,


Kuala Lumpur 



NUSYUZ bermaksud derhaka iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain:

1) Apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya.

2) Meninggalkan rumah suaminya.

3) Enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah me�ngikut Hukum Syarak.” (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)

Sekiranya perkara itu berlaku, suami hendaklah terlebih dulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul de�ngan berpada. (Surah n-Nisa’, ayat 34).

Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah. Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan.

Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan. Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti mutaah, pembahagian harta sepen��carian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak.

Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...