Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Isyarat Kematian

Assalamualaikum, 
Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian. 
Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat" 
Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah. 
Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada. 
Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat. 
Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut se belum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua. 
Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.

Saturday, August 4, 2012

8 Peristiwa Penting Ketika Kelahiran Dan Kematian


1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2 ـ عندما تولد لا تعلم من الذي أخرجك من بطن أمك …
وعندما تموت لا تعلم من الذي حملك على أكتافه
2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur.

3ـ عندما ولدت تغسل وتنظف …
وعندما تموت تغسل وتنظف
3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

4 ـ عندما تولد يفرح بك والديك وأهلك …
وعندما تموت يبكي عليك والديك وأهلك
4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara.

5 ـ خلقت يا ابن آدم من تراب …
فسبحان من يجعلك بعد الموت تدخل في التراب
5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah.

6 ـ عندما كنت في بطن أمك كنت في مكان ضيق وظلمه …
وعندما تموت تكون في مكان ضيق وظلمه
6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

7 ـ عندما ولدت يغطى عليك بالقماش لكي يستروك …
وعندما تموت تكفن بالقماش لكي يستروك
7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup.

8 ـ عندما ولدت وكبرت يسألك الناس عن شهاداتك وخبراتك …
وعندما تموت لا تسأل الا عن عملك الصالح
8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh  

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun


Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?

Takutlah untuk tidur
Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?
Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.

Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?
Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?

Kenapa perlu semua ini?

Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.

Penutup
Hidup ini, untuk persediaan ke sana.Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.
Allah SWT berfirman:

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185)

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.  

Isyarat Kematian


Assalamualaikum,
Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian.
Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat"
Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah.
Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada.
Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat.
Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut se belum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua.
Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.  

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...