Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Gandakan Sedekah Di Bulan Ramadhan




Oleh : Mufti Brunei

GANDAKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN 

ﺑﺴﻢ ﺍﷲ ، ﻭﺍﳊﻤﺪ ﷲ ، ﻭﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻰ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ، ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﺍﻻﻩ

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan merupakan medan pahala yang terkumpul dalamnya khazanah kelebihan yang tidak terhitung dan tidak dapat dinilai dengan harta benda. Segala macam kelebihan dan kebajikan terkumpul dan dilipatgandakan ganjarannya di bulan yang suci lagi
mulia ini. Dalam bulan Ramadhan ini, nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas hambaNya lebih luas lagi berbanding bulan-bulan yang lain.

Alangkah ruginya seorang muslim itu jika dia tidak merebut peluang segala kelebihan dan kebajikan yang sangat istimewa yang terdapat dalam bulan Ramadhan, yang hanya hadir setahun sekali, iaitu dengan berusaha meningkatkan amal ibadat termasuk
memperbaiki akhlak dan budi pekerti.

Walaupun umat Islam sentiasa dituntut supaya meningkatkan amal ibadat pada setiap masa, namun bulan Ramadhan merupakan waktu terbaik untuk melipatgandakan amalan yang biasa dikerjakan atau memulakan langkah mengerjakan suatu amalan yang sebelum itu jarang ataupun belum pernah dikerjakan. Antara amalan yang perlu diperbanyakkan dalam bulan Ramadhan ialah amalan bersedekah.

Bulan Ramadhan Waktu Paling Afdhal Untuk Bersedekah 

Tiada ikutan terbaik yang paling layak dan paling utama dicontohi atau diteladani oleh manusia  selain daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Allah  Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”. (Surah al-Ahzab: 21)

Oleh kerana itu, cara terbaik bagi menjalani bulan Ramadhan ini ialah dengan menghayati dan meneladani bagaimana sikap dan sifat Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam  ketika berada di bulan tersebut.

Menurut riwayat hadits-hadits shahih yang dikhabarkan kepada kita melalui para sahabat Baginda, selain meningkatkan amal ibadat Baginda di bulan rahmat ini, sifat serta akhlak Baginda yang sangat mulia lagi luhur dan tiada bandingnya itu pun turut sama meningkat lebih tinggi daripada  dalam bulan-bulan yang lain.

Antaranya yang diberitakan oleh  para sahabat ialah sifat murah hati serta dermawan Baginda yang sememangnya merupakan makhluk yang paling pemurah itu bertambah-tambah lagi pemurahnya ketika berada di bulan Ramadhan.  Ini jelas termaktub dalam riwayat hadits-hadits shahih yang menceritakan bagaimana ringan  serta cepatnya tangan Baginda yang mulia itu menghulurkan bantuan atau pemberian seperti sedekah dan sebagainya di bulan Ramadhan. Umpamanya hadits yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas  Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan manusia yang paling pemurah, dan Baginda itu lebih pemurah lagi dalam  bulan Ramadhan ketika Baginda didatangi oleh Jibril ‘alaihissalam (kerana Baginda sangat berbesar hati dengan pengutusan  Jibril ‘alaihissalam untuk bertemu dengan Baginda dan kerana kesan bertadarus al-Qur‘an dengan Jibril ‘alaihissalam).  Adapun Jibril ‘alaihissalam mendatangi Baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan lalu Baginda (Jibril ‘alaihissalam) mengajarkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam al-Qur‘an (mentasme‘ dan meneliti bacaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam). Maka sememangnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat  pemurah dengan kebaikan lebih daripada angin yang bertiup”.

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani  Rahimahullah ketika mensyarahkan hadits ini, maksud  “sangat pemurah dengan kebaikan lebih daripada  angin yang bertiup”  itu ialah betapa pantas dan ringannya  tangan Baginda menghulurkan pemberian serta tidak putusnya limpahan  kebajikan yang disalurkan oleh Baginda kepada siapa sahaja tanpa pilih kasih.

Menurut Imam an-Nawawi  Rahimahullah, hadits ini merupakan seruan serta anjuran kepada umat Islam supaya menanamkan sifat pemurah dan sentiasa mengamalkan sifat pemurah itu pada setiap detik dan ketika, dan sunat meningkatkan sifat pemurah tersebut dalam bulan suci Ramadhan  sebagai mencontohi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maka berdasarkan hadits ini, para ulama telah mengambil kesimpulan bahawa waktu yang paling afdhal untuk bersedekah ialah dalam bulan Ramadhan, terutama sekali pada sepuluh hari terakhir bulan tersebut.

Menurut ulama, keutamaan dan keistimewaan bersedekah di bulan Ramadhan itu adalah kerana  kemuliaan bulan Ramadhan itu sendiri, ditambah lagi dengan  keadaan orang-orang fakir yang kekurangan tenaga untuk mencari pendapatan akibat keletihan dan kelaparan kerana berpuasa.

Ini dikuatkan lagi dengan  keperibadian Rasulullah  Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan yang mana sifat pemurah Baginda pada waktu tersebut diumpamakan oleh sahabat Baginda sebagai lebih pemurah daripada  limpahan angin yang membawa rahmat dan manfaat kepada  siapa sahaja yang terkena hembusannya. Diikuti pula selepas itu, afdhal bersedekah pada hari-hari kebesaran dan kemuliaan Islam yang lain, seperti Hari Jumaat, sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah, dan kedua Hari Raya ‘Idil Fitri dan ‘Idil ‘Adha.

Bagaimanapun, harus diambil perhatian di sini bahawa pemilihan waktu yang paling afdhal untuk  bersedekah ini bukanlah satu anjuran supaya kita melewatkan sedekah itu sehingga masuk bulan Ramadhan atau sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah atau lain-lain yang disebutkan tadi.

Bahkan amalan bersedekah itu adalah dituntut untuk disegerakan pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Akan tetapi, ia lebih merupakan dorongan untuk memperbanyakkan sedekah pada waktu-waktu tersebut kerana sedekah pada waktu-waktu berkenaan lebih besar ganjaran serta faedahnya.

Sebagai hamba Allah  Subhanahu wa Ta‘ala yang sentiasa mengharapkan rahmat serta keredhaanNya, kita sewajarnya mencari apa sahaja jalan yang akan mengangkat darjat kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Jalan terbaik untuk mencapai hasrat tersebut ialah dengan meneladani kekasihNya iaitu Nabi Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menduduki darjat tertinggi di
sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala itu pun sentiasa merebut peluang untuk mencari keredhaanNya sebagai luahan rasa syukur Baginda atas segala kurniaanNya, jadi bagaimana pula kita yang merupakan hambaNya yang kerdil dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa ini?

Jadi rebutlah peluang  untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah  Subhanahu wa Ta‘ala dengan memanfaatkan kehadiran bulan  Ramadhan ini  dengan sebaiknya dan jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Saturday, June 21, 2014

Doa Berbuka Puasa & Berpuasa


Friday, January 25, 2013

Puasa Dan Sains

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan segala kenikmatan untuk hamba-hambaNya. Sesungguhnya setiap suruhan dan laranganNya itu mengandungi seribu satu hikmah bagi diri mereka yang sentiasa mengkaji dan menginsafi setiap kejadian. 
Bermula dengan penciptaan alam, manusia telah diamanahkan oleh Allah untuk memakmurkan bumi ini dengan perlaksanan syariatNya. Bahawasanya telah diwajibkan ke atas kita semua khususnya para umat Islam agar mengimani kesemua rukun Iman dan melaksanakan rukun Islam. Di samping itu kita juga dituntut untuk mengkaji setiap hikmah di sebalik kejadian dan suruhan Allah. Sesungguhnya ilmu sains itu dapat memberikan pengetahuan yang mendalam dan seterusnya memantapkan lagi keimanan terhadap Allah bagi mereka yang mengetahui dan mempelajarinya. 
Salah satu contoh yang dapat kita kemukakan bersama bagi menjelaskan lagi hikmah setiap suruhan Allah itu ialah berpuasa. 
Hadith tersebut telah memberikan satu gambaran yang nyata pada diri kita akan hikmah di sebalik syariat berpuasa. Seluruh pakar perubatan telah bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit terutamanya kegendutan yang menyebabkan timbulnya sub penyakit lain. Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu di antara satu sama lain. Sesungguhnya kesan lapar di dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan. Seorang pakar Barat (Dr. Mc Padun) telah menyatakan setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit. Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Kekurangan berat pada badan juga dapat dipulihkan segera dalam tempoh tidak lebih daripada 20 hari. 
Dr. Hisyam Ibrahim AI-Khatib, AL-Wafiz Fi al-Tib, Umman menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman. Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan. Seterusnya penyakit- penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut. Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga. 
Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah terutamanya puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki. Jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban seterusnya Isnin dan Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun. Pakar perubatan Islam iaitu Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi telah melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki. Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sepertimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang. 
Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan. Kesimpulannya puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis dan kegendutan. Selain itu dari sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ di dalam badan. 
Menurut dua pengkaji Islam dari Syiria dalam kitabnya yang berjudul At Tib Fil Quranil Karim menerangkan kepada kita akan faedah berpuasa : 
Memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan. Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda. Maka secara keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan 

Saturday, January 5, 2013

Doa & Amalan Harian Di Bulan Ramadhan

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan berakhirnya bulan Ramadhan ini,
sebagai akhir keluarnya diriku dari dunia ini,
sebagai kesempatan terakhir pengabdian pada-Mu.
Anugerakanlah aku di dalamnya keutamaan Lailatul Qadr...
Bukankah pada bulan ini pintu-pintu anugerah-mu bagiku.
Limpahkanlah berkah-Mu padaku...
Dan izinkalah aku memasuki surga-Mu...

Ramadahan merupakan bulan ibadah, bulan diterimanya doa-doa, bulan permohonan ampunan, bulan pertobatan,bulan terjaga (tidak tidur) malam, dan bulan penyucian diri(tazkiyatun nafs). Ibadah pada bulan ini dilipatgandakan pahalanya. Bahkan tidur dan tarikan napas seorang beriman diberi pahala ibadah. Ramadahan merupakan bulan ketika pintu-pintu surga dibuka sementara pintu �pintu neraka ditutup.

Rasulullah saw.bersabda, �Wahai Jabir! Inilah bulan Ramadhan. Siapa pun yang berpuasa pada siang harinya dan menghabiskan sebagian malamnya dengan memanjatkan doa-doa, pantang memakan makanan haram, menjaga dirinya dari yang haram, dan mengendalikan lidahnya dari mengatakan yamg haram, maka dosa-dosanya akan berguguran seiring berlalunya bulan Ramadhan.�

Buku ini menyajikan doa-doa dan amalan lengkap harian selama bulan Ramadahan. Dengan membaca dan mempraktikkan isi buku ini, insya Allah kita akan mampu meraih segala keberkahan bulan Ramadhan; Permohonan-permohonan kita dikabulkan, dosa-dosa kita diampuni, dan kita diizinkan untuk memasuki surga-Nya. Selamat meraih keberkahan Ramadahan!

Friday, August 10, 2012

19 Tanda Gagal Ramadhan

Di bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka lebar-lebar. Namun banyak orang gagal mendapatkan kemuliaannya. Di bawah ini kiat-Kiat menghindarinya gagalnya Ramadhan

1. Kurang melakukan persiapan di bulan Sya'ban.

Misalnya, tidak tumbuh keinginan melatih bangun malam dengan shalat tahajjud. Begitupun tidak melakukan puasa sunnah Sya'ban, sebagaimana telah disunnahkan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Dalam hadits Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahu 'anha berkata,

"Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa selain di bulan Sya'ban."

2. Gampang mengulur shalat fardhu.

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan kecuali orang-orang yang bertaubat dan beramal shalih."? (Maryam: 59)

Menurut Sa'id bin Musayyab, yang dimaksud dengan tarkush-shalat (meninggalkan shalat) ialah tidak segera mendirikan shalat tepat pada waktunya. Misalnya menjalankan shalat zhuhur menjelang waktu ashar, ashar menjelang maghrib, shalat maghrib menjelang isya, shalat isya menjelang waktu subuh serta tidak segera shalat subuh hingga terbit matahari. Orang yang bershiyam Ramadhan sangat disiplin menjaga waktu shalat, karena nilainya setara dengan 70 kali shalat fardhu di bulan lain.

3. Malas menjalankan ibadah-ibadah sunnah.

Termasuk di dalamnya menjalankan ibadah shalatul-lail. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah merupakan ciri orang yang shalih.

"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami."? (Al-Anbiya:90)

"Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sampai Aku mencintainya."? (Hadits Qudsi)

4. Kikir dan rakus pada harta benda.

Takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan shadaqah adalah tandanya. Salah satu sasaran utama shiyam agar manusia mampu mengendalikan sifat rakus pada makan minum maupun pada harta benda, karena ia termasuk sifat kehewanan (Bahimiyah). Cinta dunia serta gelimang kemewahan hidup sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sesungguhnya.

Mendekat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala, akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniyah).

5. Malas membaca Al-Qur'an.

Ramadhan juga disebut Syahrul Qur'an, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. Orang-orang shalih di masa lalu menghabiskan waktunya baik siang maupun malam Ramadhan untuk membaca Al-Qur'an.

"Ibadah ummatku yang paling utama adalah pembacaan Al-Qur'an."? (HR Baihaqi)

Ramadhan adalah saat yang tepat untuk menimba dan menggali sebanyak mungkin kemuliaan Al-Qur'an sebagai petunjuk hidup. Kebiasaan baik ini harus nampak berlanjut setelah Ramadhan pergi, sebagai tanda keberhasilan latihan di bulan suci.

6. Mudah mengumbar amarah.

Ramadhan adalah bulan kekuatan. Nabi Saw bersabda: "Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tapi orang yang kuat adalah orang yang bisa menguasai diri ketika marah."?

Dalam hadits lain beliau bersabda: "Puasa itu perisai diri, apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan jangan membodohkan diri. Jika ada seseorang memerangimu atau mengumpatmu, maka katakanlah sesesungguhnya saya sedang berpuasa."? (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

7. Gemar bicara sia-sia dan dusta.

"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta perbuatan Az-Zur, maka Allah tidak membutuhkan perbuatan orang yang tidak bersopan santun, maka tiada hajat bagi Allah padahal dia meninggalkan makan dan minumnya."? (HR Bukhari dari Abu Hurairah)

Kesempatan Ramadhan adalah peluang bagi kita untuk mengatur dan melatih lidah supaya senantiasa berkata yang baik-baik. Umar ibn Khattab Ra berkata: "Puasa ini bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum saja, akan tetapi juga dari dusta, dari perbuatan yang salah dan tutur kata yang sia-sia."? (Al Muhalla VI: 178) Ciri orang gagal memetik buah Ramadhan kerap berkata di belakang hatinya. Kalimat-kalimatnya tidak ditimbang secara masak: "Bicara dulu baru berpikir, bukan sebaliknya, berpikir dulu, disaring, baru diucapkan."?

8. Memutuskan tali silaturrahim.

Ketika menyambut datangnya Ramadhan Rasulullah Saw bersabda: ""�Barangsiapa menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya"�"? Puasa mendidik pribadi-pribadi untuk menumbuhkan jiwa kasih sayang dan tali cinta.

Pelaku shiyam jiwanya dibersihkan dari kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawadhu. Apabila ada atau tidak adanya Ramadhan tidak memperkuat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, itu tanda kegagalan.

9. Menyia-nyiakan waktu.

Al-Qur'an mendokumentasikan dialog Allah Swt dengan orang-orang yang menghabiskan waktu mereka untuk bermain-main.

"Allah bertanya: ' Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi?'

Mereka menjawab: 'Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.'

Allah berfirman: 'Kamu tidak tingal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui. "Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang mulia."? (Al-Mu'minun: 112-116)

Termasuk gagal dalam ber-Ramadhan orang yang lalai atas karunia waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan, dan hura-hura. Disiplin waktu selama Ramadhan semestinya membekas kuat dalam bentuk cinta ketertiban dan keteraturan.

10. Labil dalam menjalani hidup.

Labil alias perasaan gamang, khawatir, risau, serta gelisah dalam menjalani hidup juga tanda gagal Ramadhan. Pesan Rasulullah Saw:

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkah. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka semua pintu surga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syetan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya."? (HR Ahmad, Nasa'i, Baihaqi dari Abu Hurairah)

Bila seseorang meraih berkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram, perasaannya tenang dalam menghadapi keadaan apapun.

11. Tidak bersemangat mensyiarkan Islam.

Salah satu ciri utama alumnus Ramadhan yang berhasil ialah tingkat taqwa yang meroket. Dan setiap orang yang ketaqwaannya semakin kuat ialah semangat mensyiarkan Islam. Berbagai kegiatan 'amar ma'ruf nahiy munkar dilakukannya, karena ia ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelezatan iman sebagaimana dirinya. Jika semangat ini tak ada, gagal lah Ramadhan seseorang.

12. Khianat terhadap amanah.

Shiyam adalah amanah Allah yang harus dipelihara (dikerjakan) dan selanjutnya dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak.

Shiyam itu ibarat utang yang harus ditunaikan secara rahasia kepada Allah. Orang yang terbiasa memenuhi amanah dalam ibadah sir (rahasia) tentu akan lebih menepati amanahnya terhadap orang lain, baik yang bersifat rahasia maupun yang nyata. Sebaliknya orang yang gagal Ramadhan mudah mengkhianati amanah, baik dari Allah maupun dari manusia.

13. Rendah motivasi hidup berjama'ah.

Frekuensi shalat berjama'ah di masjid meningkat tajam selama Ramadhan. Selain itu, lapar dan haus menajamkan jiwa sosial dan empati terhadap kesusahan sesama manusia, khususnya sesama Muslim. Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang berjuang secara berjama'ah, yang saling menguatkan.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam saatu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh."? (Ash-Shaf: 4) Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk hidup berjama'ah.

14. Tinggi ketergantungannya pada makhluk.

Hawa nafsu dan syahwat yang digembleng habis-habisan selama bulan Ramadhan merupakan pintu utama ketergantungan manusia pada sesama makhluk. Jika jiwa seseorang berhasil merdeka dari kedua mitra syetan itu setelah Ramadhan, maka yang mengendalikan dirinya adalah fikrah dan akhlaq. Orang yang tunduk dan taat kepada Allah lebih mulia dari mereka yang tunduk kepada makhluk.

15. Malas membela dan menegakkan kebenaran.

Sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentara-tentara kafir berlangsung di bulan Ramadhan. Kemenangan Badar yang spektakuler itu dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) terjadi di bulan Ramadhan. Di tengah gelombang kebathilan dan kemungkaran yang semakin berani unjuk gigi, para alumni akademi Ramadhan seharusnya semakin gigih dan strategis dalam membela dan menegakkan kebenaran. Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru yang bernilai spektakuler, maka kemungkinan besar ia telah meninggalkan kita sebagai pecundang.

16. Tidak mencintai kaum dhuafa.

Syahru Rahmah, Bulan Kasih Sayang adalah nama lain Ramadhan, karena di bulan ini Allah melimpahi hamba-hamba-Nya dengan kasih sayang ekstra. Shiyam Ramadhan menanam benih kasih sayang terhadap orang-orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Faqir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan. Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah sesudah bulan suci ini, berarti Anda perlu segera instrospeksi.

17. Salah dalam memaknai akhir Ramadhan.

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyak istighfar dan memberikan sadaqah, karena istighfar dan sadaqah dapat menambal yang robek-robek atau yang pecah-pecah dari puasa. Menginjak hari-hari berlalunya Ramadhan, mestinya kita semakin sering melakukan muhasabah (introspeksi) diri.

"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."? (Al-Hasyr: 18)

18. Sibuk mempersiapkan Lebaran.

Kebanyakan orang semakin disibukkan oleh urusan lahir dan logistik menjelah Iedul Fitri. Banyak yang lupa bahwa 10 malam terakhir merupakan saat-saat genting yang menentukan nilai akhir kita di mata Allah dalam bulan mulia ini. Menjadi pemenang sejati atau pecundang sejati.

Konsentrasi pikiran telah bergeser dari semangat beribadah, kepada luapan kesenangan merayakan Idul Fitri dengan berbagai kegiatan, akibatnya lupa seharusnya sedih akan berpisah dengan bulan mulia ini.�

19. Idul Fitri dianggap hari kebebasan.

Secara harfiah makna Idul Fitri berarti "hari kembali ke fitrah"?. Namun kebanyakan orang memandang Iedul Fitri laksana hari dibebaskannya mereka dari "penjara"? Ramadhan. Akibatnya, hanya beberapa saat setelah Ramadhan meninggalkannya, ucapan dan tindakannya kembali cenderung tak terkendali, syahwat dan birahi diumbar sebanyak-banyaknya. Mereka lupa bahwa Iedul Fitri seharusnya menjadi hari di mana tekad baru dipancangkan untuk menjalankan peran khalifah dan abdi Allah secara lebih profesional.

Kesadaran penuh akan kehidupan dunia yang berdimensi akhirat harus berada pada puncaknya saat Iedul Fitri, dan bukan sebaliknya.

19 Tanda Gagal Ramadhan

Di bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka lebar-lebar. Namun banyak orang gagal mendapatkan kemuliaannya. Di bawah ini kiat-Kiat menghindarinya gagalnya Ramadhan

1. Kurang melakukan persiapan di bulan Sya'ban.

Misalnya, tidak tumbuh keinginan melatih bangun malam dengan shalat tahajjud. Begitupun tidak melakukan puasa sunnah Sya'ban, sebagaimana telah disunnahkan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam. Dalam hadits Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahu 'anha berkata,

"Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa selain di bulan Sya'ban."

2. Gampang mengulur shalat fardhu.

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan kecuali orang-orang yang bertaubat dan beramal shalih."? (Maryam: 59)

Menurut Sa'id bin Musayyab, yang dimaksud dengan tarkush-shalat (meninggalkan shalat) ialah tidak segera mendirikan shalat tepat pada waktunya. Misalnya menjalankan shalat zhuhur menjelang waktu ashar, ashar menjelang maghrib, shalat maghrib menjelang isya, shalat isya menjelang waktu subuh serta tidak segera shalat subuh hingga terbit matahari. Orang yang bershiyam Ramadhan sangat disiplin menjaga waktu shalat, karena nilainya setara dengan 70 kali shalat fardhu di bulan lain.

3. Malas menjalankan ibadah-ibadah sunnah.

Termasuk di dalamnya menjalankan ibadah shalatul-lail. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah merupakan ciri orang yang shalih.

"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami."? (Al-Anbiya:90)

"Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sampai Aku mencintainya."? (Hadits Qudsi)

4. Kikir dan rakus pada harta benda.

Takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan shadaqah adalah tandanya. Salah satu sasaran utama shiyam agar manusia mampu mengendalikan sifat rakus pada makan minum maupun pada harta benda, karena ia termasuk sifat kehewanan (Bahimiyah). Cinta dunia serta gelimang kemewahan hidup sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sesungguhnya.

Mendekat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala, akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniyah).

5. Malas membaca Al-Qur'an.

Ramadhan juga disebut Syahrul Qur'an, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. Orang-orang shalih di masa lalu menghabiskan waktunya baik siang maupun malam Ramadhan untuk membaca Al-Qur'an.

"Ibadah ummatku yang paling utama adalah pembacaan Al-Qur'an."? (HR Baihaqi)

Ramadhan adalah saat yang tepat untuk menimba dan menggali sebanyak mungkin kemuliaan Al-Qur'an sebagai petunjuk hidup. Kebiasaan baik ini harus nampak berlanjut setelah Ramadhan pergi, sebagai tanda keberhasilan latihan di bulan suci.

6. Mudah mengumbar amarah.

Ramadhan adalah bulan kekuatan. Nabi Saw bersabda: "Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tapi orang yang kuat adalah orang yang bisa menguasai diri ketika marah."?

Dalam hadits lain beliau bersabda: "Puasa itu perisai diri, apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan jangan membodohkan diri. Jika ada seseorang memerangimu atau mengumpatmu, maka katakanlah sesesungguhnya saya sedang berpuasa."? (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

7. Gemar bicara sia-sia dan dusta.

"Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta perbuatan Az-Zur, maka Allah tidak membutuhkan perbuatan orang yang tidak bersopan santun, maka tiada hajat bagi Allah padahal dia meninggalkan makan dan minumnya."? (HR Bukhari dari Abu Hurairah)

Kesempatan Ramadhan adalah peluang bagi kita untuk mengatur dan melatih lidah supaya senantiasa berkata yang baik-baik. Umar ibn Khattab Ra berkata: "Puasa ini bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum saja, akan tetapi juga dari dusta, dari perbuatan yang salah dan tutur kata yang sia-sia."? (Al Muhalla VI: 178) Ciri orang gagal memetik buah Ramadhan kerap berkata di belakang hatinya. Kalimat-kalimatnya tidak ditimbang secara masak: "Bicara dulu baru berpikir, bukan sebaliknya, berpikir dulu, disaring, baru diucapkan."?

8. Memutuskan tali silaturrahim.

Ketika menyambut datangnya Ramadhan Rasulullah Saw bersabda: ""�Barangsiapa menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya"�"? Puasa mendidik pribadi-pribadi untuk menumbuhkan jiwa kasih sayang dan tali cinta.

Pelaku shiyam jiwanya dibersihkan dari kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawadhu. Apabila ada atau tidak adanya Ramadhan tidak memperkuat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, itu tanda kegagalan.

9. Menyia-nyiakan waktu.

Al-Qur'an mendokumentasikan dialog Allah Swt dengan orang-orang yang menghabiskan waktu mereka untuk bermain-main.

"Allah bertanya: ' Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi?'

Mereka menjawab: 'Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.'

Allah berfirman: 'Kamu tidak tingal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui. "Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang mulia."? (Al-Mu'minun: 112-116)

Termasuk gagal dalam ber-Ramadhan orang yang lalai atas karunia waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan, dan hura-hura. Disiplin waktu selama Ramadhan semestinya membekas kuat dalam bentuk cinta ketertiban dan keteraturan.

10. Labil dalam menjalani hidup.

Labil alias perasaan gamang, khawatir, risau, serta gelisah dalam menjalani hidup juga tanda gagal Ramadhan. Pesan Rasulullah Saw:

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkah. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka semua pintu surga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syetan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya."? (HR Ahmad, Nasa'i, Baihaqi dari Abu Hurairah)

Bila seseorang meraih berkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram, perasaannya tenang dalam menghadapi keadaan apapun.

11. Tidak bersemangat mensyiarkan Islam.

Salah satu ciri utama alumnus Ramadhan yang berhasil ialah tingkat taqwa yang meroket. Dan setiap orang yang ketaqwaannya semakin kuat ialah semangat mensyiarkan Islam. Berbagai kegiatan 'amar ma'ruf nahiy munkar dilakukannya, karena ia ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelezatan iman sebagaimana dirinya. Jika semangat ini tak ada, gagal lah Ramadhan seseorang.

12. Khianat terhadap amanah.

Shiyam adalah amanah Allah yang harus dipelihara (dikerjakan) dan selanjutnya dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak.

Shiyam itu ibarat utang yang harus ditunaikan secara rahasia kepada Allah. Orang yang terbiasa memenuhi amanah dalam ibadah sir (rahasia) tentu akan lebih menepati amanahnya terhadap orang lain, baik yang bersifat rahasia maupun yang nyata. Sebaliknya orang yang gagal Ramadhan mudah mengkhianati amanah, baik dari Allah maupun dari manusia.

13. Rendah motivasi hidup berjama'ah.

Frekuensi shalat berjama'ah di masjid meningkat tajam selama Ramadhan. Selain itu, lapar dan haus menajamkan jiwa sosial dan empati terhadap kesusahan sesama manusia, khususnya sesama Muslim. Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang berjuang secara berjama'ah, yang saling menguatkan.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam saatu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh."? (Ash-Shaf: 4) Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk hidup berjama'ah.

14. Tinggi ketergantungannya pada makhluk.

Hawa nafsu dan syahwat yang digembleng habis-habisan selama bulan Ramadhan merupakan pintu utama ketergantungan manusia pada sesama makhluk. Jika jiwa seseorang berhasil merdeka dari kedua mitra syetan itu setelah Ramadhan, maka yang mengendalikan dirinya adalah fikrah dan akhlaq. Orang yang tunduk dan taat kepada Allah lebih mulia dari mereka yang tunduk kepada makhluk.

15. Malas membela dan menegakkan kebenaran.

Sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentara-tentara kafir berlangsung di bulan Ramadhan. Kemenangan Badar yang spektakuler itu dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) terjadi di bulan Ramadhan. Di tengah gelombang kebathilan dan kemungkaran yang semakin berani unjuk gigi, para alumni akademi Ramadhan seharusnya semakin gigih dan strategis dalam membela dan menegakkan kebenaran. Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru yang bernilai spektakuler, maka kemungkinan besar ia telah meninggalkan kita sebagai pecundang.

16. Tidak mencintai kaum dhuafa.

Syahru Rahmah, Bulan Kasih Sayang adalah nama lain Ramadhan, karena di bulan ini Allah melimpahi hamba-hamba-Nya dengan kasih sayang ekstra. Shiyam Ramadhan menanam benih kasih sayang terhadap orang-orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Faqir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan. Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah sesudah bulan suci ini, berarti Anda perlu segera instrospeksi.

17. Salah dalam memaknai akhir Ramadhan.

Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyak istighfar dan memberikan sadaqah, karena istighfar dan sadaqah dapat menambal yang robek-robek atau yang pecah-pecah dari puasa. Menginjak hari-hari berlalunya Ramadhan, mestinya kita semakin sering melakukan muhasabah (introspeksi) diri.

"Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."? (Al-Hasyr: 18)

18. Sibuk mempersiapkan Lebaran.

Kebanyakan orang semakin disibukkan oleh urusan lahir dan logistik menjelah Iedul Fitri. Banyak yang lupa bahwa 10 malam terakhir merupakan saat-saat genting yang menentukan nilai akhir kita di mata Allah dalam bulan mulia ini. Menjadi pemenang sejati atau pecundang sejati.

Konsentrasi pikiran telah bergeser dari semangat beribadah, kepada luapan kesenangan merayakan Idul Fitri dengan berbagai kegiatan, akibatnya lupa seharusnya sedih akan berpisah dengan bulan mulia ini.�

19. Idul Fitri dianggap hari kebebasan.

Secara harfiah makna Idul Fitri berarti "hari kembali ke fitrah"?. Namun kebanyakan orang memandang Iedul Fitri laksana hari dibebaskannya mereka dari "penjara"? Ramadhan. Akibatnya, hanya beberapa saat setelah Ramadhan meninggalkannya, ucapan dan tindakannya kembali cenderung tak terkendali, syahwat dan birahi diumbar sebanyak-banyaknya. Mereka lupa bahwa Iedul Fitri seharusnya menjadi hari di mana tekad baru dipancangkan untuk menjalankan peran khalifah dan abdi Allah secara lebih profesional.

Kesadaran penuh akan kehidupan dunia yang berdimensi akhirat harus berada pada puncaknya saat Iedul Fitri, dan bukan sebaliknya.

Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 3

1.Kalau makan selepas waktu imsak , sah ke puasa?Waktu imsak ialah masa untuk berjaga-jaga. Zaman nabi sallallahu alaihi wasallam tak de waktu imsak. Cuma ulama' menyatakan bahawa 10 minit sebelum waktu subuh itu merupakan waktu imsak dan sunat berhenti makan minum dan melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa kerana dibimbangi terlajak masuk waktu subuh. Puasa yang sebenarnya bermula secara rasmi apabila masuk waktu subuh. Di Kuala Terengganu dan Marang, ramai orang awam merasakan haram makan minum apabila tembakan bedil kedua ketika waktu sahur. masa kecik2 dulu ayah ajar bahawa lepas bedil kedua berbunyi, tak boleh lagi makan sebab takut batal puasa sedangkan bedil kedua itu tanda masuk waktu imsak. Jadi ada 10 minit lagi sebelum subuh... .

2.Kalau malam hari berjunub/keluar mani/berjimak dan seumpamanya, sahkah puasa di siang hari kalau belum mandi wajib lagi?Puasa tetap sah. Tapi yang tak sahnye solat. Tak solat subuh ke... ..

3.Orang puasa tapi tak solat, macam mane ye?Puasanya �tetap sah pada zahir�kerana mengerjakan solat fardhu tiada dalam syarat sah puasa. TAPI kata ulama', pahalanya tak dapek... .melopong aje la... Kan Nabi dah pesan, "Berapa ramai orang berpuasa, tiada baginya dari puasanya melainkan LAPAR dan DAHAGA."Meninggalkan solat termasuk dalam dosa besar kerana ia merupakan tiang agama. macam manelah agama dia bila takde asas ye?

4.Puasa tahun lepas tak habis ganti lagi, macam mane ye?Kalau puasa yang tak habis ganti tu kerana masalah uzur wanita(haidh), maka hendaklah bayar�fidyah dengan kadar secupak beras diberi makan kepada fakir atau miskin, mengikut bilangan hari yang belum diganti.�

5.Boleh puasa ke pada hari syak iaitu 30 sya'aban?Kata Imam Nawawi dalam Kitab Majmu' Syarah Muhazzab bahawa Puasa Ramadhan�pada hari syak tiada sah mengikut ASHAB KAMI(Ulama' MMazhab Syafie).�
Begitu juga dengan puasa sunat. Haram puasa sunat pada hari syak melainkan orang yang sudah terbiasa puasa isnn khamis, atau puasa sehari berbuka sehari atau yang biasa puasa sepanjang masa, dengan tiada khilaf antara ulama'2 besar mazhab syafi'e.
Adapun puasa Nazar, puasa ganti/qadha' atau kaffarah, maka hukumnya harus. Ada di antara ulama' Syafi'e yang memakruhkannya.

6.Boleh ke solat tarawih di rumah aje?Boleh, apa tak boleh pulak! Cuma jumhur/majoriti ulama' kata afdhal dikerjakan secara berjamaah. Kata Imam Malik , afdhal secara sendirian kerana Nabi, selepas beberapa hari bersolat tarawih berjamaah dengan para sahabat, baginda tak pernah lagi keluar berjamaah tarawih di masjid.�

7.Konfius la, ada yang buat 8, ada yang buat 20?Dua-dua betul. Yang tak betulnya tak buat langsung. 8 rakaat tarawih tu Nabi buat berdasarkan kepada hadis sahih daripada A'isyah yang berkata, " Aku tidak pernah melihat Nabi bersolat lebih daripada 11 rakaat."Ulama' buat kesimpulan bahawa Nabi buat 8 tarawih dan 3 rakaat solat witir.

Adapun 20 rakaat itu menjadi pegangan jumhur ulama' fiqh kerana ada juga hadis yang berbunyi,"Adalah Nabi bersolat sebanyak 20 rakaat." Tapi hadis ini kata ulama' hadis, martabatnya dhaif dan tidak boleh dibuat hujjah.�
Manakala Imam Syafi'e pernah menyebutkan bahawa Ahli Madinah buat solat tarawih sebanyak 36 rakaat.
Semua itu soal khilafiah/soal furu' masalah fiqh. Bukannya soal pokok/usul/asas. Pokoknya, tarawih itu disyariatkan dalam Islam. Ini yang disepakati ulama'. Buat lah nak buat berapa rakaat pun, 8 ke, 16 ke, 20 ke atau 36. asal jangan lari daripada cara yang diajar sudahlah.�

8.Keluar mani kerana mimpi di siang hari?Puasa tidak batal kerana keluar mani tidak sengaja sama ada melalui mimpi ataupun kerana lainnya.

9.Bolehkah masukkan air ke dalam hidung selepas berkumur ketika berwudhu'?Boleh saja kerana ia merupakan perkara sunat dalam berwudhu' sebagaimana berkumur. Tapi ia jadi MAKRUH kalau melampau-lampau, kerana ditakuti masuk ke dalam batin hidung/atau ke otak yang menyebabkan batal puasa.

10.Selepas berkumur ketika berwudhu', wajibkah kita keringkan bibir yang basah kerana air luahan berkumur itu?Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muhazzab, Tiada Lazim(tiada wajib) dikeringkan mulutnya dengan perca kain atau seumpamanya dengan TIADA KHILAF.


Banyak lagi akan dibongkar... ... tunggu... ..Nanti kita bongkar rahsia malam lailatul qadar!!



Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 1
Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan-bahagian 2

Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan - Bahagian 2

1. Batalkah puasa kalau tertelan air liur dengan banyak?
Air liur yang berada dalam mulut dan tidak dikeluarkan tidak mengapa ditelan walaupun sengaja. Bahkan makruh kalau terlalu banyak meludah.

2. Batalkah puasa kalau makan dan minum nasi berulang-ulang kali?
Nabi pernah bersabda yang maksudnya;�"Barangsiapa yang terlupa, sedangkan dia berpuasa, kemudian dia makan dan minum, hendaklah dia sempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum." (Riwayat Jama'ah).

Maknanya kalau beulang kali seperti lupa di pagi hari, kemudian sarapan. Di tengahari pun lupa pula, lalu makan. Pada petangnya lupa pula lalu makan lagi, hukumnya tetap tidak batal puasa itu.

Kuncinya ialah sengaja atau tidak. Kalau sengaja makan walaupun sebiji nasi sekalipun tetap batal hukumnya. Kalau seperiuk nasi sedangkan terlupa tetap tidak batal.

3. Kalau dipaksa bagaimana?

Kalau ditaqdirkan ada orang yang memaksa kita makan atau minum, maka hukumnya sama dengan terlupa kerana tidak disengajakan. Nabi ada bersabda yang maksudnya:�"Sesungguhnya Allah tidak mengira daripada umat aku dalam perkara yang dilakukan kerana tersilap, terlupa dan yang dipaksakan ke atasnya." (riwayat Ibnu Majah, at Tabrani dan al Hakim).

4. Kalau haidh atau nifas keluar ketika saat terakhir sebelum tenggelam matahari(maghrib), batal jugakah puasanya?

Batal juga..nasiblah. Tapi pahalanya tetap dikurniakan oleh Allah. Kan bagus tu. Nanti kalau ganti puasa, dapat lagi pahala qadha' puasa.



5. Kalau seseorang yang masih belum ganti puasa, kemudian dia mati, bagaimana ye?

Ulama' berselisih pendapat. Jumhur Ulama', daripadanya Abu Hanifah, Malik, dan pendapat masyhur daripada Mazhab Syafi?e mengatakan tidak wajib walinya mengqadha' puasa si mati. Tetapi wajib kata Mazhab Hanafi diberikan makan kepada orang miskin satu mud(cupak)bagi setiap hari yang ditinggalkan. Adapun pendapat yang terpilih dalam mazhab Syafi'e mengatakan Sunat bagi walinya berpuasa, tidak perlu lagi memberi makan orang miskin.



6. Korek hidung Batal kah puasa?

Dulu-dulu ramai ustaz yang ajar bahawa korek hidung termasuk dalam memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, maka hukumnya batal puasa. Tapi yang sebenarnya tidak batal puasa sekiranya kita korek hidung sekadar dengan jari kita yang lima ini. Maknanya boleh korek hidung sekiranya ada hajat seperti garu gatal dan sebagainya dengan syarat tidak sampai ke batin hidung. Batin hidung ialah bermula daripada tempat yang keras di atas hidung. Zahir lubang hidung yang kita nampak bila tengok pada cermin, maka itu tempat yang harus korek. Tapi harus diingat bahawa kalau korek tanpa sebab, maka hukumnya makruh.



7. Telinga macam mana pula?

Telinga pun begitu juga hukumnya. Ada zahir dan batin. Kebiasaan jari kita takkan sampai ke batin telinga. Maka korek telinga dengan jari adalah harus. Melainkan jari kita halus macam lidi basikal. Apabila dikorek, terkena gegendang telinga. Macam tu barulah batal puasa.



8. Gosok gigi tengahari boleh ke?
Ulama' sepakat bahawa gosok gigi atau bersugi atau berkumur sekalipun tidak membatalkan puasa. Adapun Imam Syafi'e memakruhkan bersugi selepas gelincir matahari(tengahari la tu). Bahkan ramai ulama' menyatakan sunat bersugi setiap kali mahu mendirikan solat fardhu walaupun bulan puasa.


9. Laki cium bini, bini cium laki-batal ke?

Pernah berlaku di zaman Rasulullah bahawa Umar al Khattab pernah datang mengadu kepada Rasulullah bahawa beliau telah melakukan kesilapan besar. Apabila ditanya oleh Nabi, beliau pun menjawab bahawa beliau mencium isterinya di siang hari bulan puasa. Jawab Nabi, "Adakah puasa kamu batal kerana berkumur?" Jawab Umar, "Tidak", Jawab Nabi lagi, "Samalah dengan kamu cium isteri kamu."


10. Orang sakit kena suntikan di bulan puasa, batal kah?
Setengah ulama' mengatakan tidak batal kerana ia bukan rongga badan. Setengah ulama' mengatakan batal puasa melainkan kerana darurat. Umpamanya, kalau tak suntik, boleh mudaratkan nyawa atau kesihatan dengan teruk.


11. Orang lelah guna inhaler?

Ulama'-ulama' muta'akhirin mengatakan bahawa penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.

Hukum Hakam Berkaitan Puasa Ramadhan - Bahagian 1

1.Hukum berpuasa di Bulan Ramadhan?

Wajib dengan Dalil Qur'an , Sunnah dan Ijma' Ulama'. Barangsiapa yang menafikannya boleh jatuh kafir murtad kerana ia termasuk dalam perkara "ma'lum minaddin biddharurah" iaitu perkara yang diketahui hukumnya dalam agama secara dharurat/umum.

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu; " Simpulan Islam dan Kaedah-kaedah agama itu ada tiga. Ketiga-tiga perkara inilah menjadi asas kepada Islam. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya(tiga perkara tadi) maka dia dengannya((Islam) Kafir yang halal darah itu(boleh dihukum bunuh: Penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat yang difardhukan, dan puasa Ramadhan." (riwayat Abu Ya'la, ad Dailami dan disahihkan oleh az Zahabi).


2.Macam mana nak tahu masuk bulan Puasa?

Masuk bulan Puasa itu dengan melihat anak bulan Ramadhan sebagaimana Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, " Puasalah kamu kerana nampak anak bulan(Ramadhan), dan berbukalah(beraya syawal) kerana nampak anak bulan(syawal). Maka sekiranya kamu tidak nampak, hendaklah kamu sempurnakan bilangan sya'aban 30 hari".(al Bukhari dan Muslim).



3.Kalau yang nampak anak bulan itu seorang sahaja?

Ulama' fiqh bersepakat bahawa barangsiapa yang melihat anak bulan Ramadhan seorang diri, maka wajib ke atasnya berpuasa. Adapun anak bulan Syawal, ulama' berbeza pendapat. Pendapat yang benar ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafie bahawa wajib ia berbuka(berhari raya) kerana melihat anak bulan.



4.Siapa yang wajib puasa?

Ijma' ulama' mengatakan bahawa puasa wajib ke atas orang yang Islam, Berakal, Baligh, bermukim, dan perempuan yang suci daripada haidh dan nifas.



5.Sahkah Puasa orang yang murtad?

Tak wajib puasa bagi orang kafir, termasuklah yang murtad. Tak kira murtad kerana tolak Islam semua ke, separuh ke, hina hukum Islam ke, sama sahaja... Kalau puasa juga pun, tiada ganjaran pahala bagi mereka kerana aqidah sudah rosak.


6.Orang gila macam mane?

Yang gila pun tak payah puasa lah. Tapi yang gila asalnya Muslim, maka ini lebih baik daripada kafir atau murtad kerana mereka(orang gila) tak wajib puasa dan tak dapat dosa kerana meninggalkannya.


7. Budak-budak sahkah puasa mereka?
Yang belum baligh tak wajib puasa. Kanak-kanak la tu?Kalau puasa juga? Maka kata ulama' kanak-kanak yang mumayyiz tapi belum baligh, sah puasa mereka dan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Yang belum mumayyiz tidak sah puasanya.

8. Ada lagi ke yang tak payah puasa?

Ada yang sakit, yang musafir, wanita dalam haidh dan nifas, yang dah tua sangat sampai tak larat nak puasa, yang hamil dan bimbang kesihatan bayi dalam kandungan, dan yang menyusu anak kalau bimbang takut bayi kelaparan kerana takde susu ibu.


9. Bestnye Orang yang dah tua tak payah puasa..?

Orang tua yang tak berupaya untuk puasa, yang takde harapan dah jadi gagah balik, yang terlantar atas tilam, sakit tua yang takde harapan nak baik, maka wajib bagi mereka beri makan orang miskin dengan kadar satu cupak makanan ruji(beras la tu) bagi setiap hari yang ditinggalkan. Tapi tak wajib qadha atau ganti puasa mereka.



10. Tak payah qadha'/ganti puasa ke?

Yang kena ganti puasa ialah orang sakit yang kemudiannya sembuh daripada sakitnya; wanita haidh dan nifas setelah mereka suci daripada keduanya.


11.Yang mana lebih baik untuk orang musafir, berbuka atau puasa?

Kata Imam Abu Hanifah, Syafi'e dan Malik, Puasa adalah lebih baik sekiranya ia mampu mengerjakannya. Tapi kata Imam Ahmad bin Hanbal, Berbuka adalah lebih baik.


12. Kalau orang pergi umrah, dia puasa awal sehari daripada Malaysia Macamana kalau dia balik Malaysia nanti? Kena puasa sampai Raya di Malaysia ke, nak raya ikut Arab Saudi?

Mengikut pendapat mazhab Syafi'e, barangsiapa yang berpuasa 28 hari, kemudian dia tiba di negeri yang sudah berhari raya, maka hendaklah dia berbuka pada hari raya di negeri itu, kemudian menggantikan baki puasa sehari lagi selepas raya.


Adapun barangsiapa yang berpuasa sudah cukup 30 hari, kemudian dia sampai di negeri yang masih berpuasa hari ke 30, maka wajib dia berbuka untuk berhari raya walaupun masyarakat tempatan sedang berpuasa. Tetapi yang sunatnya ialah dia menahan diri daripada makan dan minum di hadapan orang ramai.


Sifirnya ialah sekurang-kurang hari bulan Ramadhan ialah 29 hari dan yang sempurna ialah genap 30 hari.


13.Betulkah mandi di siang hari bulan Ramadhan makruh hukumnya?

Tak betul tu. Sahabat-sahabat nabi pernah meriwayatkan bahawa ?Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mencurah air ke atas kepalanya sedangkan baginda sedang berpuasa, daripada kehausan dan kepanasan."(riwayat Ahmad, Malik, Abu Daud dengan sanad sahih).


Aisyah radhiallahu anha pernah meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam sedang berjunub, sedangkan baginda berpuasa , kemudian baginda mandi."(riwayat al Bukhari dan Muslim).


14. Boleh berbekam ke time puasa?

Boleh kerana sabit pada hadis bahawa " Sesungguhnya Nabi berbekam sedangkan baginda sedang berpuasa?"(al Bukhari)


Bersambung.Tunggu!!!

Wallahu a'lam.



Khutbah Rasulullah S.A.W. Menjelang Ramadhan

Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan,Rasulullah s.a.w. selalu memberikan beberapa nasihat dan pesanan. Inilahpesan Nabi s.a.w. tatkala memasuki Ramadhan.

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah denganmembawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah.Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalahmalam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yangpaling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dandimuliakan oleh-NYA.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmuditerima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu denganniat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untukmelakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapatampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar danhausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.

Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah talipersaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halalkamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamumendengarnya.

Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmuuntuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang palingutama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuhkasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut merekaketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika merekaberdoa kepada-Nya. Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karenaamal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar.

Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlahdengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah ta?ala bersumpah dengansegala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yangshalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada harimanusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orangmukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya samadengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosayang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: ?Ya Rasulullah! Tidaklah kamisemua mampu berbuat demikian. ?Rasulullah meneruskan: ?Jagalah dirimudari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.\" Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. ?Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akanberhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangankanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankanpemeriksaan- Nya di hari kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahanmurka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anakyatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpadengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) dibulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini,Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskanbaginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardubaginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akanmemberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya samaseperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepadaTuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu nerakatertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakanbagimu.

Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernahmenguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: ?Aku berdiri dan berkata:

"YaRasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: "YaAbal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dariapa yang diharamkan Allah".

Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yangsenantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatumalam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telahmenjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatutathawwu?. ??Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaankebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhudi dalam bulan yang lain. ??Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkansabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan (syahrul muwasah) dan bulan Allah memberikan rezki kepadamukmin di dalamnya. ??Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanyadan kemerdekaan dirinya dari neraka.\"

Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yangberpuasa tanpa sedikitpun berkurang. ?Para sahabat berkata, ?YaRasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk oranglain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w., ?Allah memberikanpahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atausehirup susu. ??Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankanbeban dari budak sahaya niscaya Allah mengampuni dosanya danmemerdekakannya dari neraka. ??Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan duaperkara lagi kamu sangat menghajatinya. ??Dua perkara yang pertama ialahmengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah danmohon ampun kepada-Nya.

Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon syurga danperlindungan dari neraka. ??Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Kudengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehinggadia masuk ke dalam syurga.? (HR. Ibnu Huzaimah).

Berbagai Peristiwa Di Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan Al Qur’an di turunkan. Dialah wahyu Allah yang menjadi petunjuk hidup manusia. Dialah mu’jizat yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

Tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah, hari Jum’at pagi, terjadi peperangan Badr al-Kubra. Sebuah perang besar terbuka yang pertama kalinya terjadi antara kaum Muslimin melawan kaum musyrik. Pertempuran terjadi di sebuah lembah di dekat kota Madinah, yaitu di Badr. Kekuatan kaum Muslimin waktu itu, sekitar 300 orang, setiap dua orang satu unta. Sedangkan kekuatan kaum kafir sekitar 1000 orang dengan perincian 700 orang naik unta dan lebih dari 100 orang adalah pasukan berkuda. Berarti satu orang Muslim harus menghadapi 3 lawan. Pertempuran dimenangkan oleh kaum Muslimin dengan gilang-gemilang.

Tanggal 18 Ramadhan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah bersama 12 000 kaum Muslimin bertolak dari Madinah menuju Makkah untuk membebaskan Makkah. Peristiwa bebasnya kota Makkah terkenal dengan sebutan Futuh Makkah. Pembukaan kota Makkah menandai sebuah era baru di dalam Islam, setelah sebelumnya kaum Muslimin selalu disiksa, ditindas, bahkan terakhir dikepung oleh pasukan Ahzab (sekutu) selama berminggu-minggu di Madinah. Era baru yang dibangkitkan oleh Rasulullah dengan perang Ahzab dengan sabdanya,“Kaum Quraisy tidak akan berani mendatangi (menyerang) kamu sesudah tahun ini, telah lenyap musnah kekuatan mereka, dan mereka tidak akan memerangi kita sesudah hari ini, dan sekarang giliran kita akan memerangi mereka, Insya Allah.“

Bulan Ramadhan tahun ke-91 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan panglima Thariq bin Ziad membuka Andalusia(Spanyol). Peristiwa ini dikenal dengan sebutan Futuh Andalusia. Thariq bin Ziyad menyeberangi selat antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair penguasa Islam kala itu. Ketika pasukan Islam sudah sampai di seberang, diperintahkannya agar kapal-kapal perang Islam dibakar. Kemudian ia berpidato didepan pasukannya "Musuh di depan kalian. Apabila kalian mundur, maka lautan dibelakang kalian..“ Agaknya langkah yang beliau ambil dalam membangkitkan semangat kaum muslimin sangat tepat. Tidak ada lagi jalan untuk mundur. Yang ada hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Berturut-turut kota demi kota jatuh ke tangan kaum Muslimin. Akhirnya pada bulan Ramadhan jatuhlah Andalusia ke tangan kaum Muslimin. Sejarah mencatat bahwa di kemudian hari Andalusia menjadi pusat ilmu pengetahuan dan menjadi mercu peradaban manusia di zamannya. Kemajuan teknologi yang diperoleh orang-orang Eropah zaman sekarang hanyalah merupakan perpanjangan teknologi umat Islam masa silam.

Futuh bilaad Al-Ghaal (dibukanya daerah „Ghaal“ atau dalam bahasa Perancis pays des Gualles). Jatuhnya daerah Ghaal yang sekarang letaknya di Perancis juga terjadi di bulan Ramadhan. Peristiwa ini terjadi di zaman Islam di Andalusia.

Ma’rakah ‘Ainu Jaaluut (perang ‘ainu jaaluut). Peperangan ini terjadi dengan latar belakang jatuhnya Daulah Abbasiyyah. Kala itu pasukan Tartar (Mongol) yang ganas mengirim ekspedisi ke arah barat. Ketika sampai di daerah kekhalifahan Abbasiyyah terjadilah pengacauan-pengacauan sampai akhirnya mereka bergerak menuju Baghdad. Baghdad yang kala itu merupakan pusat intelek berhasil mereka hancurkan. Khalifah beserta segenap keluarganya mereka bunuh. Buku-buku perpustakaan di Baghdad mereka tenggelamkan di Sungai Tigris untuk membuat jembatan penyeberangan. Dalam sejarah digambarkan betapa air sungai Tigris kala itu berwarna kehitam-hitaman karena terlalu banyaknya tinta yang larut. Demikianlah akhir dari sebuah peradaban modern Islam di Baghdad. Pasukan Mongol terus bergerak ke barat menuju Syams (sekarang meliputi Syria, Palestina, Yordania, Libanon). Umat Islam tidaklah tinggal diam membiarkan orang-orang kafir merobek-robek kemuliaan umat. Penguasa Mesir kala itu Sa ifuddin Quths menggerakkan pasukan Islam menuju Syams untuk menghalang orang-orang Mongol. Seorang tokoh penting yang sangat berpengaruh membentuk kepribadian Quths adalah seorang ulama yang bernama Al-’Izz bin ‘abdis Salaam. Beliaulah yang mentarbiyyah (membina) Saifuddin Quths menjadi seorang berkepribadian islami. Dua buah pasukan besar tersebut akhirnya bertemu di sebuah tempat yang bernama ‘Ainul Jaaluut (letaknya di Palestina). Sejarah akhirnya mencatat bahwa di‘ainul Jaaluut-lah akhirnya ekspansi pasukan Tartar dipatahkan oleh kaum Muslimin.

'Checklist' Amalan Di Bulan Ramadhan

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.


4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.


5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi


1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.


7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.


10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja


12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.


4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA


5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!


6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.


8.00 malam

1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)


11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :
"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."

6 Tips Cara Sehat Berpuasa

1. Jangan Tinggalkan Sahur
Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadist disebutkan bahwa "Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, karena dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalankan puasa?, Saat menjalankan puasa tubuh kita tidak mendapatkan asupan gizi kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat menjalankan fungsi dengan baik, sel-sel tubuh membutuhkan gizi dan energi dalam jumlah cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, tapi hindari terlalu banyak mengkonsumsi makanan yang manis-manis.

Banyak makan makanan manis disaat sahur akan membuat Anda cepat lapar di siang hari. Makanan manis membuat tubuh bereaksi melepaskan insulin secara cepat, insulin berfungsi memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh dan digunakan sebagai sumber energi. Sedangkan makan makanan berserat membuat proses pencernaan lebih lambat dan membantu insulin dikeluarkan secara bertahap. Untuk membuat energi dari sahur tahan lama, bersahurlah lebih akhir saat mendekati imsak.

2. Jangan Tunda Berbuka
Setelah seharian menahan lapar dan dahaga tentunya energi kita kurang, untuk memulihkan energi kembali, saat berbuka makanlah karbohidrat sederhana yang terdapat dalam makanan manis. Makanan yang mengandung gula mengembalikan secara instant energi kita yang terkuras seharian. Tetapi usahakan menghindari minum ais atau yang bersoda, karena jenis minuman ini dapat membuat pencernaan tak berfungsi secara normal.

3. Makanlah Secara Bertahap
Biasanya begitu mendengar azan magrib, tanpa tunggu lagi kita langsung makan habis hidangan yang disediakan diatas meja. Ini bukanlah pola yang bagus untuk kesehatan, setelah seharian perut kita tak terisi dan organ cerna beristirahat, sebaiknya jangan langsung makan hidangan dalam jumlah besar. Saat tiba waktu berbuka makan makanan manis, seperti kurma, atau minum teh hangat, rehat sebentar Anda gunakan waktu itu untuk menjalankan sholat magrib sambil memberi waktu organ cerna kita menyesuaikan. Baru setelah sholat Anda dapat lanjutkan kembali makan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lauk-pauknya. Dan setelah Tarawih dilanjutkan lagi dengan sesi makan kecil.

4. Jangan Tinggalkan Olahraga
Menjalankan puasa bukan berarti berhenti total berolahraga. Justru aktiviti fizikal tetap diperlukan untuk menjaga kelancaran peredaran darah agar kita tidak mudah tidak bermaya. Namun untuk urusan ini pilih olahraga ringan yang tak memerlukan energi berlebih, seperti lari-lari kecil atau jalan kaki. Sebaiknya lakukan olahraga menjelang waktu berbuka. Tarawih selain ibadah juga sebagai saranan menjaga kebugaran jasmani karena saat melakukan sholat tarawih sama dengan membakar kalori.

5. Minum Cukup Air
Air merupakan zat yang sangat dibutuhkan tubuh. Lebih dari 60 % tubuh kita terdiri dari air. Untuk menjalankan fungsinya dengan baik setiap organ tubuh kita memerlukan air. Tanpa air yang cukup tubuh akan mengalami gangguan. Untuk itu perbanyak minum air untuk simpanan dalam tubuh supaya semua organ berfungsi dengan baik. Yang disebut air disini bukan hanya berupa air putih. Supaya keperluan tubuh tercukupi, aturlah agar Anda minum lapan gelas air sebelum menjalani puasa esok hari. Atau kiraan mudah setiap 25kg berat kita memerlukan 1 liter air.

6. Kendalikan Emosi
Rasulallah bersabda bahwa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah me-manage emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Secara psikologis ini mempengaruhi mental-spiritual kita, dengan mengendalian emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sehat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.

Tarawih Ibadah Atau Budaya?

SETIAP malam Ramadhan, tidak kira masjid, surau atau pun madrasah penuh dengan jemaah Masjid, surau dan madrasah yang imamnya dari kalangan hafiz yang ada ilmu taranum akan menjadi tumpuan ramai berjemaah.

Lazimnya akan didengar selepas selesai terawih komen-komen tentang imam, kononnya imam di masjid, surau dan madrasah 'B' misalnya lebih sedap bacaannya dari imam di masjid, surau dan madrasah 'A', gaya bacannya sebiji macam juara qari tilawatil-Quran peringkat antarabangsa.Kesanggupan bertarawih lapan atau 20 rakaat juga bergantung kepada sedap atau tidaknya bacaan imam. Malah ada jemaah yang sanggup tukar masjid untuk bertarawih apabila imam di masjid yang dia lazim bertarawih ada musakah dan tidak dapat menjadi imam dalam tempoh semalam dua.

Persoalannya apakah sedap tidak sedap cara imam mengalunkan suaranya yang kena dijadikan faktor untuk bertarawih atau kerana mahu beramal ibadah kerana Allah.

Kalau kerana imam, maka sembahyang tarawih yang dikerjakan cuba ditahap dan distatuskan sebagai budaya, bukannya ibadah. Kalau terlalu sedap sangat bacaan imam pun boleh menyebabkan makmum terbuai dan leka oleh bacaan imam.Yang penting bagi yang jadi iman adalah lebih betul bacaannya, terutama al-Fatihah berbanding dengan makmum di samping syarat-syarat sah sembahyang yang lain.Kalau semuanya sama betul bacaan belaka, kena pilih yang sempurna anggotanya dan kalau semuanya sempurna anggota, kena pilih yang paling tua tetapi bukan nyanyuk.Manakala makmum pula kena pastikan kualiti sembahyang kena ditingkatkan. Cara kiam, takbiratul-ihram, bacaan al-fatihah kena betul, cara rukuk, iktidal. sujud dan duduk antara dua sujud serta segala rukun kena betul.

Syarat-syarat sah sembahyang kena dipelihara. Tak guna sembahyang sampai 20 rakaat kalau setiap rakaat dalam keadaan batal atau kalau sekadar sembahyang takut dikata kurang lebai kalau sekadar bertarawih lapan rakaat misalnya.Tidak boleh mendahului iman, tidak boleh dengan sengaja berdehem, tidak boleh gerakan badan tiga kali berturut-turut. Nampaknya dalam keghairahan bertarawih, hal-hal sedemikian tidak diambil berat.Bila gatal tidak boleh digaru dengan kuat, cukup sekadar menggunakan sebatang jari, digaru tiga kali dan berhenti, kemudian garu lagi, juga sekadar tiga kali kalau gatal masih belum hilang. Amal ibadah, termasuk sembahyang tidak boleh dibuat dalam keadaan jahil. Masih ramai jemaah yang bangun lebih awal dari iman bagi memulakan rakaat sembahyang, juga masih ramai yang pakai kopiah atau songkok, malah serban juga menutup separuh dari dahi.Tidak kurang pula yang berdehem, yang mengeluh mungkin kerana tidak tahan terlalu berdiri kerana imam baca surah yang panjang dan ada yang menggaru sampai bergerak seluruh badan melebihi tiga kali.

Masih ada yang cara rukuk, sujud dan bersimpuhnya tidak betul dan tidak menepati apa yang dihukumkan sebagai syarat sah sembahyang sebagaimana yang terkandung dalam kitab-kitab fikah.Sembahyang bererti kita sedang berdepan dengan Allah dan ketika membaca al-fatihah bermakna kita sedang berkomunikasi dengan Allah kerana setiap ayat al-fatihah yang kita baca, Allah akan memberi respons. Sebab itulah al-fatihah lebih afdal dibaca ayat demi ayat, bukannya dibaca dalam keadaan bersambungan.Kalau adalah imam yang baca al-fatihah dalam hanya senafas semata-mata kerana nafasnya panjang atau kerana mahu cepat selesai, imam sedemikian walaupun seorang hafiz ia termasuk dalam bilangan hafiz yang jahil.Mudah-mudahan kita bertarawih pada bulan Ramadhan kali ini dalam keadaan lebih berilmu supaya kualiti amal ibadah, iman dan takwa kita kian meningkat berbanding dengan Ramadan-Ramadan yang telah lepas.

Fasa Akhir Ramadhan...semoga Kita Termasuk Dalam Golongan Sedikit

Pejam celik, pejam celik dah 25 hari Ramadhan - injury time gitu. Ibarat permainan bola juga, waktu2 akhir nih sangat menentukan kemenangan atau kekalahan. Jika di saat tersebut lengah dan lalai, kemenangan yang sudah di depan mata mungkin terlepas.

Fenomena hari2 akhir ramadhan ni tak pernah berubah tahun ke tahun. Orang lagi suka memakmurkan Jln TAR dari Mesjid. Kesibukan mempersiapkan Syawal menenggelamkan rukyah ramadhan yang pada hakikatnya untuk pengendalian diri. Itu kata Ustaz Ahmad Husni dari Pusat Zakat yang aku menghadiri tazkirah nya pada Khamis, 2/9/2010 di Menara Public Bank. Kenapa awal2 Ramadhan mesjid2 sampai ke tangga org solat tarawikh tetapi kenapa akhir Ramadhan saf2 tinggal bilal dengan imam je. Ini lah yang dimaksudkan dengan golongan yang sedikit. Kerana sedikit sangat golongan yang bersyukur dan tinggi tahap keimanan mereka. Something to ponder...

Dizaman Khalifah Umar al-khatab r.a, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat d ekat ka’bah dengan terus menerus berdoa ” Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit ” Tatkala Amirul Mukminin mendengar permohonan pemuda tu, beliau pun bertanya, " hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk kedalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna ”. Pemuda itu menjawab, "Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Sabak ayat 13, ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur”. Maka selepas itu fahamlah akan saidina umar maksud doa pemuda tadi.

Dalam tazkirah nya lagi, Ustaz menceritakan bagaimana Pusat Zakat menjalankan satu program di bulan Ramadhan, di Lorong Hj Taib bersama pekerja2 yang mereka panggil "pekerja2 sosial". Mereka cuba mentarbiah dengan memberi satu sorang AlQuran tafsir. Katanya di satu sudut dia terlihat seorang wanita sedang flip thru AlQuran dengan mengalunkan bacaannya dengan begitu baik sambil menunggu pelanggan. Kata ustaz lagi, dia mendekati dan sambil bertanya "kenapa dia membaca kitab suci sedangkan dia dlm keadaan menunggu pelanggan, tidakkan AlQuran itu menghalangnya dari berzina".

Jawap perempuan tu: "Siapa yang tak nak syurga Allah ustaz, kan bulan Ramadhan Allah buka semua pintu syurga dan menutup semua pintu neraka" Jawapan perempuan itu sungguh terkesan di jiwa ustaz walaupun latar belakangnya dia telah difitnah dan terjebak ke lembah hina. Dengan sinis perempuan tu bertanya lagi, Ustaz jangan lama2 bercakap dengannya, nanti orang fikir ustaz ada deal plak dengan dia. Sambil disambut oleh gelak ketawa audience. Bayangkan semua org mengimpikan syurga Allah walaupun kedudukan nya bergelumang dengan dosa dan noda.

Walaupun Lailatul Qadar itu boleh berlaku bila-bila masa sepanjang Ramadhan kerana itu adalah hak Allah s.a.w untuk menganugerahkannya, namun sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. "Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, iaitu pada malam ghasal". Oleh kerana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada ummatnya, baginda menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil, malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29. Malah Rasulullah s.a.w juga mengatakan lazimnya ia berlaku pada malam 27 Ramadhan.

Bayangkan ye.. kelebihan Lailatul Qadar yang dijanjikan pahala menyamai pahala beribadat 1,000 bulan. Nabi pun mengasingkan diri dari isteri2 nya pada 10 malam akhir Ramadhan. Nabi bersifat maksum tu. Kita yang jahil dan karat jahiliah nih tak ada hati untuk berlumba-lumba mendapatkan 'bonus' yang dijanjikan Allah s.w.t itu?

Cukup Allah SWT yang mengetahui tingkatan taqwa seseorang. ” Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. ” (QS An Najm[53]:32).

Himpunan Hadis Ramadhan... (bhg. 2)

11. Banyakkan Amalam Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan.

Daripada Aisyah r.a. katanya:

“Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :
Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.

Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.

Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.


12. Ramadhan Dibuka Pintu syurga Dan Ditutup Pintu Neraka.

Abu Hurairah r.a. berkata, RasulullahSAW bersabda:

“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran.

Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.

Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.


13. Tatatertib Wanita Di Dalam Masjid.

Yahya bin Qaza’ah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri, daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :

“Apabila rasulullahSAW memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun."

Katanya: “Kami berpendapat wallahu a’lam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar lebih dahulu daripada lelaki.”

(Riwayat al-Bukhari)

Huraian:
Sebarang perkara yang mendatangkan fitnah, hendaklah dielakkan apalagi dalam mengerjakan ibadat solat sedangkan solat itu bertujuan mencegah kekejian dan kemungkaran. Oleh itu bagi wanita yang mengerjakan solat di masjid seboleh-bolehnya mengelak daripada sebarang fitnah yang berpunca daripada berbagai perkara seperti bertabarruj (berdandan atau bersolek), ikhtilath (bercampurnya antara lelaki dan perempuan), memakai wangi-wangian dan lain-lain. Maka apabila selesai mengerjakan solat cepat-cepatlah pulang ke rumah dan jangan sekali-kali mendedahkan diri pada pandangan lelaki yang bukan mahram sebagaimana yang dimaksudkan di dalam hadis di atas.


14. Allah Mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa.

RasulullahSAW bersabda yang maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al-Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa.”

Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.

iSesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.

‘Dengan penuh keimanan’ sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah SWT dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya&rsquo , mendapatkan pujian atau habuan dunia.


15. Puasa Orang Yang Musafir.

Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah SAW, katanya:

“Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”

Rasulullah SAW menjawab:

“Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”

(Riwayat Muslim)

Huraian:
Orang yang sedang musafir dalam bulan Ramadhan, dibenarkan meneruskan puasa dan yang tidak tahan berpuasa mereka dibenarkan berbuka tetapi diwajibkan mengqadha’nya pada masa yang lain.

Islam adalah agama yang mementingkan kebajikan penganutnya. Ia memberi kemudahan (rukhsah) kepada sesiapa yang sedang sakit atau di dalam perjalanan (musafir), tidak berkemampuan dan sebagainya. Sama sekali tidak terdapat paksaan hingga mendatangkan kemudaratan. Oleh itu kita disuruh agar mengerjakan suruhan Allah dengan penuh keikhlasan, keyakinan dan ketaatan bahawa setiap segala perintah Allah itu mengandungi kebaikan dan hikmah yang tersendiri sama ada yang diketahui atau tidak oleh manusia.


16. Kewajipan Membayar Zakat.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya:

“Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”

(Riwayat Abu Daud)

Huraian:
Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua orang-orang Islam. Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia sepanjang bulan Ramadhan.

Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram).

Pembayaran fitrah dengan menggunakan wang ringgit pula hendaklah dilafazkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini, kerana Allah.” (mengikut kadar nilai yang ditetapkan oleh pihak pemerintah).

Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadhan sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang hari raya. Maka bagi sesiapa yang membayarnya selepas sembahyang hari raya, baginya menjadi sedekah biasa sahaja.


17. Puasa Sunat, Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, RasulullahSAW bersabda:

“Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)”

(Riwayat Muslim)

Huraian:
Puasa sunat yang sangat dituntut kepada umat Islam mengerjakannya selepas daripada puasa fardhu (Ramadhan) ialah puasa pada bulan Muharram, sama ada di awal, di tengah atau di akhir bulan.

Islam menganjurkan kepada semua umatnya agar memperbanyakkan ibadat sunat termasuk solat sunat di mana sembahyang sunat yang paling mulia dan banyak kelebihannya di sisi Allah ialah sembahyang sunat di waktu malam, lebih-lebih lagi di waktu malam di bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat daripada Allah.


18. Hutang Puasa Orang Yang Meninggal Dunia.

Dari Aisyah r.a, bahawa RasulullahSAW bersabda:

”Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.”

(Riwayat Muslim)

Huraian:
Kelompok orang-orang yang tidak wajib puasa adalah orang tua yang tidak kuat untuk berpuasa, wanita yang sedang mengandung, dan wanita yang sedang menyusukan anaknya (boleh berbuka jika tidak mampu meneruskan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudharat pada ibu atau anak).

Puasa ibu bapa yang tertinggal boleh diganti jika diketahui jumlahnya tetapi jika tidak diketahui atau tidak diwasiatkan tidaklah perlu diganti, namun adalah lebih baik disedekahkan sedikit harta dan diniatkan untuk Allahyarham serta memohon keampunan atas segala dosa-dosa mereka kerana doa anak yang soleh adalah sedekah jariah yang akan sampai kepada si mati.

Namun orang yangmeninggal dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa, harus digantikan oleh walinya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah diganti oleh walinya."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Puasa adalah hak Allah, jika ditinggalkan maka ia menjadi hutang. Oleh itu orang yang berhutang atau walinya wajib melangsaikannya.


19. Puasa lidah.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, RasulullahSAW bersabda:

“Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membantalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.

Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.

Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.


20. Tidak Mendapat Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa NabiSAW bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Huraian:
Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Puasa yang paling bernilai di sisi Allah SWT ialah puasa orang yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang mereka berpuasa.

Maka amatlah malang dan ruginya bagi orang yang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor memaki hamun dan sebagainya, sebagaimana biasa, sedangkan ia berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah SWT bahkan mendapat dosa pula.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...