Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label puasa atau Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label puasa atau Ramadhan. Show all posts

Sunday, June 24, 2018

Puasa 6

Bismillah...
Masih ada kesempatan yang bagus untuk puasa Syawal buat yang belum menunaikannya...
Terkumpul di dalamnya
[1] Puasa Isnin dan Khamis
[2] Puasa Ayyamul Biidh (hari-hari putih)
[3] Puasa Syawal itu sendiri. Yang mana kita tahu, kita dapat menjamak semua itu dengan satu niat.
Hari-hari itu dimulai pada hari:
• Isnin   , 11 Syawal 1439/ 25 Jun 2018
• Selasa, 12 Syawal 1439/ 26 Jun 2018
• Rabu   , 13 Syawal 1439/ 26 Jun 2018
• Khamis, 14 Syawal 1439/ 27 Jun 2018
• Jumaat, 15 Syawal 1439/ 28 Jun 2018
• Sabtu, 16 Syawal 1439/ 29 Jun 2018
InshaaAllah pahala besar diraih dengan amal yang sedikit.
Kongsi kepada yang lain. Siapa tahu ada orang-orang yang berpuasa asbab info ini. Dengan izin Allah kita mendapat pahala dengan sebab puasa mereka.
Rasulullah s. a. w bersabda:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ ، لَا يَنْقُصُ ذاَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
"Barang siapa yang mengajak kepada al-Huda [petunjuk menuju hidayah Allah], maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka [orang yang mengikuti] petunjuk tersebut sedikitpun"
____________________________
(HR. Muslim [2674], Abu Daud [4609], at-Tirmidzi [2674], ad-Darimi [530], Ahmad [9160] Dari   Hurairah _radhiyallahu 'anhu_)
Catatan tambahan:
Sempurnakan puasa ramadhan dengan 6 hari syawal. InshaaAllah puasa tersebut bernilai puasa satu tahun. Semoga Allah ikat syaitan dalam diri kita dengan amalan luarbiasa tersebut selama satu tahun penuh...aamiin.
.
www.alqurankelas.com
#KelasAlquranMudah
#AlbaghdadiSeksyen30
#KempenMengajiSampaiPandai2018
#Puasa6HariSyawalGanjaran1Tahun
#AlfatehJunior  #AlfatehGold #AlfatehCandy

Sunday, June 21, 2015

Tingkatan Puasa Di Bulan Ramadan


tingkatanpuasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tingkatan puasa di bulan ramadan menurut Imam al-Ghazali membahagikan puasa terbahagi kepada tiga tingkatan. Menurut sebahagian ulama juga menyatakan puasa ada tiga tingkatan. 

1-Puasa Orang Awam

Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta keinginan berjimak. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan. 

2- Puasa Orang Khas (Puasa Khusus)  

Puasa ini menjaga akhlak dan perkara-perkara yang sunat bagi menambah kualiti puasanya dengan memelihara mata, lidah, telinga, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.  

3- Puasa Orang Paling Khusus (Puasa Khusus al-Khusus) 

Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat dipentingkan serta anggota badan turut sama berpuasa dan hatinya sentiasa berzikir dan memperingati Allah. Puasa orang ini adalah puasa tertinggi kedudukan disisi Allah SWT dan merupakan amalan puasa para Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, Para Wali dan Ahli Ibadah yang lainnya.  
Berusahalah meningkatkan kualiti puasa agar lebih diterima dan diredhai Allah SWT. Kalau setakat tingkat yang pertama adalah sekadar biasa-biasa. Manusia yang berpuasa bukanlah sekadar berpuasa menjaga perutnya sahaja akan tetapi perlu menjaga perkara-perkata atau perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seperti mulut masih bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendapat pahala. Hakikatnya puasa bukanlah sekadar menjaga perut sahaja tetapi melatih jiwa agar berakhlak dengan akhlak yang mulia. Insaallah.. 
Ini bermakna puasa yang disulami dengan amalan-amalan yang kurang baik akan mengurangkan pahala puasa, bahkan ada besar kemungkinan tidak diterima Allah. Insallah sesamalah kita menjalini ibadah puasa dengan amalan yang terbaik dan moga-moga diterima Allah SWT. Amin... 
surahalbawarahayat183
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaiman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa." 
(Surah Al-Baqarah Ayat : 183)

Cara menunaikan Solat Terawih secara sendirian di rumah


Sebahagian daripada kita mungkin ada yang bekerja di waktu malam, atau pulang lewat, atau ada keuzuran hingga tidak dapat ke masjid. Timbul persoalan tentang bagaimana caranya untuk melakukan solat terawih sendirian di rumah.
  • 1- Solat terawih ialah solat sunat waktu malam
  •  2 rakaat. Tatacaranya sama seperti solat-solat sunat yang lain.Tiada beza tatacaranya.  Ia tidak mempunyai jumlah maksima rakaatnya. Nabi sallallahu 'alaihi wasallam ditanya: 

  • 3- Ia dilakukan selepas solat Isyak. Masanya berakhir apabila masuk waktu Subuh. Hanya sahaja, sewajarnya selepas solat Isyak dilakukan solat sunat rawatib selepas Isyak/ba'diyah Isyak, kemudian baru dilakukan solat terawih. 
  • 4- Boleh juga tidur dahulu, dan melakukannya di hujung malam pada waktu sahur. 
  • 5- Baca apa-apa sahaja surah yang dihafaz. Tiada surah yang khusus.
  • 6- Tiada apa-apa bacaan khusus antara rakaat-rakaat solat terawih. Bacaan-bacaan yang popular di baca di masjid-masjid adalah rekaan manusia. Ia bukan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Insya-Allah, solat terawih itu Rahmat Allah itu luas, Dia tahu keadaan setiap hambaNya. 
Info Tambahan: 
Islam itu mudah, dan Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya. Jadi, rebutlah peluang untuk meraih redha Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat di bulan yang suci ini, antaranya ialah dengan menunaikan Solat Terawih. 
Seeloknya secara berjemaah di Masjid atau surau, namun, jika tidak mampu lantaran kesibukan, kepenatan atau kerana halangan-halangan tertentu, boleh sahaja menunaikan ibadat tersebut di rumah, baik secara berjemaah mahupun bersendirian.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA.



Saturday, June 21, 2014

Doa Berbuka Puasa & Berpuasa


Sunday, August 18, 2013

Puasa Enam Dalam Bulan Syawal

Apa hukumnya puasa enam hari bulan Syawal, apakah wajib?
Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulanRamadhanadalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib. Seorangmuslimdianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah telah menjabarkan lewat sabda beliau:

"Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Iedul Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh. Dan setiapkebaikandiganjar sepuluh kali lipat."

Dalam sebuah riwayat berbunyi:

"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun."

(H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh:

"Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat.

Salah satu faidah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam :

"Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta'ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: "Periksalah ibadah shalat hamba-hamba-Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: "Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan shalat-shalat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan shalat wajibnya dengan shalat sunnat itu." Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya."H.R Abu Dawud

Wallahu a'lam.

Friday, July 12, 2013

Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa Hari Pertama

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa.Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yangbenar-benar melakukan ibadah malam.Dan jagalah aku dari tidurnyaorang-orang yang lalai.Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalianalam.Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membacaayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semuapengasih.

Doa Hari Ketiga
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlahaku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku darisegala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai DzatYang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat
اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu.Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengankemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan,Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengankelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semuapengasih.

Doa Hari keenam
اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiatterhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu,dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang-orangyang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh
اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadahmalamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya. Danberikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secaraberkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anakyatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulandengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai TempatBerlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari Rahmat-Mu yang luas,Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, danbimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkalkepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menangdisisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas
اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik,Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dankefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka denganpertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas
اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilahdiriku dengan pakaian Qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atasjalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yangaku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas
اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilahkesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilahkemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orangyang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan.Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetakadengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yangkhusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yangmenyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang YangTakut.

Doa Hari Keenam Belas
َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupanorang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersamaorang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hinggasampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan SeruSekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas
اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilahhajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segalayang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad danKeluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas
اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saatSaharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikutiajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, Danmudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kaujauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai PemberiPetunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlahbagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untukmembaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orangMukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- Mu. Danjanganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku.Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan,Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua

اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu yangluas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga
اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah dirikudari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, WahaiPenghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkankemarahan-Mu, dan aku memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Muserta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi ParaPeminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu danmemusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnahpenutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dandosa-dosa ku di ampuni, amal perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, Dan ubahlahperkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaanmaafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang MahaPenyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan
اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, Danmuliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan. Dekatkanlahperantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang TidakTersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan
اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ
Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadakuTaufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah WahaiPengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerimadi atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan Rasul. Cabang-cabangnyakukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian Muhammad dankeluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Thursday, July 11, 2013

Apa Itu R.A.M.A.D.H.A.N Di Mata Ku?

setiap tahun ramadhan pasti datang dan pergi. setiap dari kita pasti mempunyai firasat masing2 tentang bulan ramadhan. ada yg suka, sedih, dan tak tahu berfikir tentang ramadhan. disini saya ingin kongsikan apa itu r.a.m.a.d.h.a.n. di mata ku?

r =ready for ramadhan
a = aktifkan diri semasa berpuasa. jgn tidur je
m = meriahkan masjid-masjid
a = amalkan al-quran
d =doa banyak-banyak
h = hindar semua larangan puasa
a =ampunkan semua org2 islam yg kenal atau tak
n = normalkan hidup, bayarlah zakat

aku berharap segala amalan dan puasa kita semua diterima ALLAH.

sekian, wassalam

Wednesday, July 10, 2013

Kaifiat Mencari Malam Lailatul Qadr Mengikut Panduan Imam Al-Ghazali



Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;

  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
  • · Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu, jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23



Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."



Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.



Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka.

Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23

'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Wallahu'alam.

10 Kesalahan Paling Hit Ketika Ramadhan

Artikel yang menarik untuk direnungkan, renungkan kembali, andainya ini mungkin ramadhan yang terakhir kita.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2. Sahur terlalu awal
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

3. Terlebih tidur
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Tuesday, July 9, 2013

NIat Puasa | Niat Berbuka


Monday, July 8, 2013

Waktu berbuka Puasa 2013

10-07-2013          Rabu     5:37      7:30
11-07-2013   Khamis   5:37   7:30
12-07-2013   Jumaat   5:37   7:30
13-07-2013   Sabtu   5:38   7:30
14-07-2013 Ahad   5:38   7:30
15-07-2013 Isnin   5:38   7:30
16-07-2013 Selasa   5:38   7:30
17-07-2013 Rabu   5:39   7:30
18-07-2013 Khamis   5:39   7:31
19-07-2013 Jumaat   5:39   7:31
20-07-2013 Sabtu   5:39   7:31
21-07-2013 Ahad   5:39   7:31
22-07-2013 Isnin   5:40   7:30
23-07-2013 Selasa   5:40   7:30
24-07-2013 Rabu   5:40   7:30
25-07-2013 Khamis   5:40   7:30
26-07-2013 Jumaat   5:41   7:30
27-07-2013 Sabtu   5:41   7:30
28-07-2013 Ahad   5:41   7:30
29-07-2013 Isnin   5:41   7:30
30-07-2013 Selasa   5:41   7:30
31-07-2013 Rabu   5:41   7:30
01-08-2013 Khamis   5:42   7:30
02-08-2013 Jumaat   5:42   7:29
03-08-2013 Sabtu   5:42   7:29
04-08-2013 Ahad   5:42   7:29
05-08-2013 Isnin   5:42   7:29
06-08-2013 Selasa   5:42     7:29  
07-08-2013 Rabu    5:42      7:29  
  

Wednesday, July 3, 2013

Niat Puasa Ramadhan | Sebulan | Niat Berbuka





Friday, May 10, 2013

Ramadan Mengajar Umat Tingkat Pengurusan Masa

MASA itu emas. Satu ungkapan yang sering disebut tetapi gagal difahami secara mendalam maknanya oleh kebanyakan kita. Ungkapan itu secara ringkas menunjukkan masa sangat penting dan perlu dihargai kerana masa yang berlalu tidak mungkin akan kembali.

Kita sering mendengar ungkapan ‘janji Melayu’. Ungkapan itu memberi makna tidak baik kepada orang Melayu yang pasti seorang Muslim. Ungkapan itu bukan saja menunjukkan sikap tidak menepati janji, tetapi juga sikap mengabaikan masa di kalangan Muslim.

Ungkapan itu seolah-olah menunjukkan orang Melayu suka tiba lewat. Di pejabat, majlis rasmi, tidak rasmi atau kehadiran di mesyuarat, kerap kali ada saja yang tiba lewat.
Mereka seolah-olah menganggap tiba lewat satu kelebihan dan tidak langsung rasa bersalah mengabaikan masa yang ditetapkan bagi sesuatu majlis. Inilah sikap sebahagian besar kita terhadap masa dan sikap itu perlu diubah.

Ketibaan Ramadan bukan saja memberi peluang kepada Muslim untuk meningkatkan ibadah dan membuktikan ketaatan kepada Maha Pencipta tetapi juga membuka peluang menilai dan memperbaiki diri termasuk menghargai masa.

Bagaimana cara menghargai masa ketika Ramadan? Mereka yang menyedari kepentingan masa akan menggunakannya sebaik mungkin, sama ada pada Ramadan mahupun bulan lain.
Ketetapan masa untuk bersahur, berbuka dan beribadat dianggap rahmat dalam mengatur perjalanan hidup seorang Muslim.

Bukan itu saja, masa melakukan kegiatan lain seperti bersama keluarga, bekerja dan bermasyarakat juga digunakan sebaik mungkin kerana Ramadan bukan saja bulan untuk meningkatkan keimanan tetapi juga memperbaiki hubungan sesama manusia. Pendek kata, Ramadan adalah masa tepat untuk memperbaiki lagi apa yang sudah menjadi kebiasaan.

Berbeza dengan mereka yang tidak tahu menghargai masa. Ketetapan masa yang diperuntukkan pada Ramadan dirasakan begitu menyeksakan. Mereka perlu bangun awal untuk bersahur dan tanpa tidur lagi, perlu pula bersiap ke tempat kerja. Rasa mengantuk dan keletihan terbawa-bawa di tempat kerja dan ini mempengaruhi seseorang.

Perasaan terganggu itu memberi kesan dalam perhubungan sesama manusia apabila kata-kata manis dan baik tidak mampu diucap dan hanya senyum pudar dilontarkan. Dipendekkan cerita, aturan masa yang ditetapkan pada Ramadan dirasakan begitu mencabar dan menyeksakan.
Begitu juga penggunaan masa di kalangan manusia. Walaupun ada pelbagai cara manusia menggunakan masa, penggunaannya dengan cara yang betul dan bijak sangat dituntut. Apatah lagi pada Ramadan mulia ini, penggunaan masa sebaik mungkin amat penting kerana bulan penuh keberkatan ini menjanjikan pelbagai faedah.

Jika tidak dimanfaatkan masa dengan kegiatan berfaedah, maka terlepas segala keuntungan yang dijanjikan untuk seluruh Muslim. Oleh itu, masa ketika Ramadan perlu digunakan sebijak mungkin.

Kebijaksanaan itu meliputi kemampuan mengatur kegiatan yang dilakukan. Rancang masa untuk bermunajat, menilai diri, berfikir mengenai ciptaan-Nya dan masa untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti berehat, bekerja, berkeluarga dan bermasyarakat.

Matlamat perancangan adalah melihat setiap kegiatan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dan seterusnya bermanfaat dalam kehidupan diri serta insan di sekeliling kita.

Penerangan yang disebutkan di atas menunjukkan masa perlu dihargai dan dihayati kepentingannya. Ketetapan untuk melakukan sesuatu perkara pada sesuatu masa ketika Ramadan harus diterima sebagai kaedah mendidik diri setiap Muslim.

Kerap kali kita mendengar Ramadan adalah bulan yang penuh dengan unsur pendidikan meliputi pendidikan keimanan, persaudaraan sesama Muslim, penjagaan kesihatan dan menghargai masa.

Oleh itu, kita wajar menggunakan kelebihan bulan ini untuk mendidik diri dan insan yang dikasihi. Pengajaran yang diperoleh hendaklah berterusan, bukan hanya ‘hangat’ pada bulan mulia ini.

Untuk menghayati kepentingan masa, hayati pepatah Arab yang menyebut, ‘masa seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu’.

Oleh itu, berilah perhatian kepada penjagaan masa dan jangan izinkan diri ditewaskan masa kerana ini akan merugikan diri. Ingatlah sesungguhnya orang beriman itu sentiasa menghayati dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.

Thursday, April 18, 2013

PUASA & SAINS

Salam buat semua.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pejam celik hari ini sudah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah Allah SWT masih lagi mengurniakan kita dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan Islam. Serta masih diberikan kesempatan untuk meneruskan melakukan ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)
Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.
Ramadhan yang panas terik
Ramadhan daripada perkataan ‘ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.
Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut, semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang yang berpuasa.
Kelebihan bulan Ramadhan:
1. Bulan untuk berpuasa
al-baqarah
2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.
3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.
Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.
4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.
5. Bulan penghapus dosa
Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)
6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.
7. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.
8. Bulan taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.
Kenapa perlu berbuka dengan kurma?
kurma
Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.
Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.
Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.
Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.
Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.
Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.

Saturday, February 16, 2013

Keistimewaan Ramadan

1. Syurga akan dihias semula. 

Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana ia lebih hebat lagi. Haruman syurga juga akan ditambah. Ia boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan. 

2. Bidadari diciptakan oleh Allah 

Bidadari merupakan penghias syurga. Mereka tidak dilahirkan oleh sesiapa tetapi dijadikan oleh Allah khusus untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t. ketika di dunia. Balasan ini akan diperolehi mereka semasa di dalam syurga. 

3. Allah akan menyeru sebanyak tiga kali. 

Pada malam pertama Ramadan bahkan pada setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: Adakah di sana sesiapa ingin meminta sesuatu lalu Aku akan berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku akan ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah s.w.t! . maka Aku akan menerima taubat . 

Pada bulan puasa Allah membuka seluas-luasnya peluang kepada hamba-hamba-Nya supaya beribadat kepada-Nya. 

4. Ikan di air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka puasa. 

5. Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadan 

6. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi.

Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
 

Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Berkat di sini bermaksud menghubungkan kita dengan Allah. Pada bulan ini, apa saja kebaikan yang dilakukan untuk menghubungkan diri kepada Allah, akan digandakan pahalanya oleh Allah s.w.t. 

Pada bulan ini juga Allah memerintahkan Malaikat Ridzuan supaya membuka pintu syurga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa melakukan kebaikan. Allah berseru:

Wahai Ridzuan, bukalah pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w.
 

Allah ju! ga berseru kepada malaikat Malik yang menjaga pintu neraka:

Hendaklah kamu tutup pintu-pintu al-Jahim ataupun pintu-pintu neraka daripada golongan Nabi Muhammad.
 

Pada bulan ini juga Allah memerintahkan kepada Jibril a.s. supaya turun ke bumi untuk mengikat atau membelenggu syaitan dan melontarnya ke dalam lautan-lautan.

Tiga perkara penting elok dibuat pada bulan Ramadan

1. Mesti kuatkan kerja
 

Kerja melambangkan kesungguhan kita meminta sesuatu daripada Allah. Sebagai hamba kita perlu beramal sebanyak mana yang boleh kerana amalan kita itu akan dilihat oleh Allah s.w.t.

2. Banyakkan istighfar
 

Jika kita merasakan banyak dosa kepada Allah, inilah bulan yang sesuai untuk memohon keampunan-Nya. Selain melakukan ibadah puasa, kita dapat membentuk peribadi. 

Semasa berpuasa, manusia berada pada keadaan yang lemah dan manusia bila berada pada keadaan yang lemah akan teringat kepada Allah.

3. Bertaubat kepada Allah
 

Pada bulan ini manusia akan mudah mendapat keampunan daripada Allah jika mereka benar-benar bertaubat 

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...