Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, June 25, 2012

HARI2 PENTING | BERINGAT

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram. KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal. KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat. ... KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan. KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang. KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan. KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut hello atau hai drpd Assalamualaikum. KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih. KITA SEBENARNYA.. lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri. KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah drpd buku2 agama dan al-quran. KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama. KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki,mengumpat orang drpd doakan mereka. KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah. KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan. KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dgn kejahilan drpd bersyukur dgn keimanan kita. KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka. **Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?....

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...