MENGENAI SYAITAN
DALAM sebuah Hadis, daripada Safiyah binti Huyay r.a. dinyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud…….
“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” – Muttafaq alayh
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Sesetengah Ulama’ telah mengambil sandaran daripada Hadis ini untuk
menyatakan tentang sandaran daripada Hadis ini untuk menyatakan tentang
keupayaan syaitan menembusi batin manusia, menyebabkan berlakunya
rasukan.
Berdasarkan keterangan Hadis di atas, juga
Hadis-hadis lain yang jelas, ternyata bahawa gangguan iblis dan syaitan
terhadap manusia hakikatnya wujud, bukan sesuatu yang mustahil.
Sasaran utama gangguan makhluk ini terhadap manusia ialah pada otak.
Apabila ini berlaku, ia akan melahirkan simtom-simtom ataupun gangguan
yang berkaitan dengan otak, seperti tidak sedarkan diri, menjerit,
bercakap sendiri, lari dari rumah dan sebagainya yang berlaku dalam
keadaan tidak dapat mengawal diri.
Sasaran gangguan kedua
ialah pada hati, menyebabkan timbulnya rasa sedih, kecewa, rasa putus
asa, rasa hendak bunuh diri, rasa risau tidak menentu dan sebagainya
tanpa sebab yang jelas.
Gangguan juga boleh berlaku serentak
pada otak dan hati. Ia boleh berlaku, sama ada seseorang itu dalam
keadaan tidak sedarkan diri seratus peratus, ataupun berada dalam
keadaan sedarkan diri, namun kesedaran diri itu berlaku pada tahap
minimum menyebabkan ia tidak berupaya bertindak atau berbuat sesuatu.
Kondisi seumpama ini menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengawal
dirinya seperti yang dijelaskan.
Setengah-setengah orang
mengatakan bahawa penyeru ke arah berbagai maksiat melalui hati itu
ialah satu syaitan sahaja. Sementara setengah-setengah orang yang lain
pula mengatakan ianya berbagai- bagai syaitan. Perbezaan pendapat di
sini tidak mustahak sama sekali, kerana yang pentingnya ialah menentang
syaitan sama ada satu atau ramai yang menjadi musuh kepada manusia itu.
Walau bagaimanapun menurut riwayat-riwayat, syaitan itu adalah ramai,
dan setiap jenis maksiat ada syaitannya yang tertentu. Menurut kata
Mujahid, iblis itu mempunyai lima orang anak yang masing-masing
menjalankan tugas-tugas tertentu menurut arahannya.
Anak-anak iblis itu ialah :
1. Thabr – yang bertugas ketika manusia ditimpa kecelakan atau
kematian dengan menyuruhnya merosakkan diri sendiri seperti
mengoyak-ngoyakkan pakaian, menampar muka dan apa juga kebiasaan yang terdapat di zaman jahiliah.
2. A’war – yang bertugas sebagai penghasut melakukan zina dengan
menggambarkan kepada manusia tentang keseronokan dan keindahan-
keindahannya.
3. Masut – yang membisikkan supaya manusia berdusta dan berbohong.
4. Dasim – yang menghasut seseorang supaya marah kepada keluarganya dan menuduh mereka mendedahkan keaibannya.
5. Zalanbur – yang bertugas merayau-rayau di pasar-pasar serta
menghasut penjual dan pembeli mengadu terhadap kecurangan yang lain.
Syaitan yang mengganggu manusia semasa sedang bersembahyang bernama
“Khanzab”. Syaitan yang mengganggu manusia semasa berwudhu’ bernama
“Walhan”.
Menurut riwayat Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang
lelaki telah meminta kepada Tuhan agar menampakkan tempat duduk syaitan
di dalam hati manusia. Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat jasad
seorang lelaki yang jernih hingga boleh tembus dilihat sebelah dalamnya.
Ia ternampak syaitan berbentuk seekor katak sedang duduk di sebelah
kiri badan di antara bahu dan telinga dengan mempunyai belalai yang
halus yang dimasukkan ke hati melalui bahu sebelah kiri itu serta
mewaswaskannya. Apabila orang itu berzikir mengingati Allah, syaitan
tersebut pun menarik belalainya.
Setengah-setengah golongan
yang dikasyafkan telah melihat syaitan dalam bentuk anjing sedang
melapah bangkai dan mengajak orang ramai menyertainya. Bangkai itu
adalah diumpamakan sebagai dunia.
Penyaksian terhadap
bentuk-bentuk syaitan seperti disebutkan itu adalah menggambarkan
hakikat syaitan yang sebenarnya. Seperti yang diketahui hati itu
mempunyai dua wajah. Satu wajah menghala ke alam ghaib iaitulah pintu
masuk bagi ilham dan wahi, dan satu wajah lagi menghala ke alam syahadat
(alam yang disaksikan oleh mata kasar).
Tetapi gambaran yang
disaksikan di alam syahadat itu tidak menggambarkan hakikat yang
sebenarnya, bahkan ia boleh dikatakan lebih berupa sebagai khayalan
semata-mata. Misalnya kita melihat seseorang yang cantik rup bentuknya.
Tetapi yang sebenarnya batinnya adalah sangat buruk dan hodoh. Ini ialah
kerana alam syahadat itu alam saduran.
Sementara gambaran
yang terdapat di dalam alam ghaib sebagaimana yang tergambar di hati itu
adalah benar-benar menunjukkan hakikat yang selaras dengan sifat
seseorang. Jika sifat seseorang itu buruk maka gambar yang disaksikan di
dalam hatinya itu buruk juga. Kerana itulah syaitan dilihat dalam
bentuk anjing, katak, babi dan sebagainya di dalam mimpi.
Wallahu ta’ala a’lam…….
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label Surat Dari Syaitan. Show all posts
Showing posts with label Surat Dari Syaitan. Show all posts
Sunday, December 29, 2013
Sunday, December 8, 2013
Surat Dari Syaitan
Semalam aku melihat kamu semasa engkau memulakan
aktiviti harianmu.Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Malah ,
kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum makan, juga tidak sempat
mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau
benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tidak dapat
mengungkapkan betapa aku sangat gembira melihatmu tidak mengubah cara
hidupmu.
*WAHAI SI BODOH, KAMU MILIKKU…!*
Ingat ,kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum dapat benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalasnya.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rancangan untukmu di masa depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH. Aku benar-benar berterimakasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa² yang kita jalani.
Kita melayari web ‘porno’ bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, memfitnah, manghakimi orang, menikam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua, tidak menghargai Masjid, berperangai buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
AYUHLAH SI BODOH, KITA TERBAKAR BERSAMA-SAMA, SELAMA-LAMANYA.
Aku masih memiliki rancangan-rancangan hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan ‘THANK YOU’ kerana kau sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu. Semasa kamu tergoda berbuat dosa, kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan teruslah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabuk, berbohong, berjudi, memfitnah dan hiduplah dengan seego mungkin. Lakukan semua ini di depan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak juga akan menuruti jejak langkahmu.
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa saat lagi untuk menggodamu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu. Kerana kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.
(RAHSIA: Jika kau benar-benar menyayangiku, kau tidak akan memberi surat ini dengan sediapapun)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...