Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label DOSA. Show all posts
Showing posts with label DOSA. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

5 Dosa yang tidak ada Tebus Nilainya


1) Syirik terhadap Allah s.w.t. 
2)Membunuh orang tanpa hak 
3)Membuat tuduhan palsu terhadap seorang muslim 
4)Lari dari barisan muslimin dalam peperangan 
5)Sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada
semua rakan2 beragama islam

Thursday, December 19, 2013

Dosa Halus : Jadi 'Orang Tengah' Dalam Facebook. | Saham Syurga atau Neraka



NOTA : Siapa rasa diri dia Islam dan ada Facebook, tolong baca sampai habis. Jangan baca separuh, terus nak hentam aku. Aku dah explain semua kat sini. Jangan remehkan benda yang bakal menyusahkan kita. 


  Orang tengah?

  Orang tengah macam mana tu?

  Kita dah tutup aurat dalam gambar Facebook. Apa lagi tak kena? Ok, so apa yang jadi 'orang tengah' pulak ni?

  Benda ni sebenarnya aku tak sedar, tapi aku tersedar bila ada member aku dalam Facebook yang ADD FRIEND members perempuan aku, walhal masing-masing duduk jauh. Kiranya member aku ni pakai ADD jela. Yang pasti, member aku yang ADD ni lelaki, dan korang tau-tau jela ada segelintir FRIENDS kita ni, tak menutup aurat.

  Tapi dalam entri ni tak bermaksud orang tak menutup aurat, kita boikot diorang. Even yang menutup aurat melakukan aksi 'ngeri' pun gambarnya masih ragu-ragu dan takut menimbulkan syahwat terhadap laki yang tengok.

  Seburuk-buruk pun seseorang, kita sebagai ummat Islam sepatutnya buang sikap prejudis. Terima la hakikat manusia ni berbeza dan hidayah datang dengan cara dan masa yang berbeza. Kita hanya mampu nasihat dalam hikmah dan mendoa'kan masing-masing.

  Jadi, kita lindung diorang. Kalau kita mampu dan rela untuk menutup aib orang lain, insyaAllah, Allah akan tutup balik aib kita satu hari nanti. Antara faktor yang boleh jadikan kita 'orang tengah' dalam Facebook dan terdedah dengan dosa halus adalah :



1. Senarai FRIENDS Dalam Profile Facebook Kita.

Gambar yang ditunjuk 100% bertujuan untuk dijadikan contoh,
bukan perlian atau niat menjatuhkan.
Err, gambar yang tak tutup aurat telah aku gelapkan.

  Untuk pengetahuan semua, terdapat spesies manusia yang suka tengok FRIENDS orang lain. Ada sesetengah lelaki akan cari perempuan cantik untuk ADD. Dan aku tak nafi, ada segelintir perempuan yang cari lelaki hensem untuk ADD.

  Bayangkan, orang yang masuk profile kita je, dia akan ternampak gambar member kita tak tutup aurat. Lepas tu dia terus ADD member kita. Kat sini, kita dah jadi 'orang tengah'.

  Jadi, aku nak ajak, tolonglah hide kan FRIENDS kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang menggunakan Facebook. Janganlah kita 'bantu' keluarga/member kita terdedah daripada masalah ni.


2. Gambar-gambar Dalam Photos Of You.


  Selain tu, aku perasan FACEBOOK-ER ni bila dah bergambar, suka tag orang. Lepas tu terpampang gambar tag dalam profile Facebook kita. Apa salahnya tag member kan? Tak salah kan? Lagipun kita tutup aurat, takkan tak boleh?

  Memanglah kita dah sempurna tutup aurat, tapi ada sesetengah member kita pulak tak menutup aurat. Takkan la kita nak selamatkan diri kita je? Sikit sebanyak kita adalah 'orang tengah' jugak.

  Masalahnya, yang masukkan gambar tu member kita, kita tak boleh delete. Jadi kita boleh remove gambar tu daripada profile kita. Nanti bila orang masuk profile kita, takde la kita jadi 'orang tengah' yang dedahkan aurat orang lain.


3. Gambar Yang Kita Tangkap.

Oleh kerana rasa ngeri nak letak gambar orang, maka aku
letak gambar ni jela ya.
thebeautyofislam.tumblr.com

  Ada sesetengah gambar yang kita tangkap, memang takde muka kita langsung atau muka kita ada, menutup aurat. Tapi malangnya partner yang bergambar dengan kita tu tak menutup aurat. Jadi kat sini kita dah terdedah dengan jadi 'orang tengah'.

  Sebab tu la siapa yang nak jadi photographer, perlu peka dan sensitif tentang benda ni. Kalau dalam Facebook, elok la kita jangan letak gambar yang tak menutup aurat. TERMASUK gambar bukan diri kita, tapi orang lain yang tak menutup aurat jugak.

  Tak kisah la gambar kita tak kenal ke, artis ke, gambar K-Pop, J-Pop, M-Pop, dan segala -Pop ke. Kita tetap jadi 'orang tengah'.


*********************************************************************************

  Aku tau, mesti ada segelintir yang baca akan keluarkan statement kat bawah. Maka, aku dah prepare nak jawab.


*********************************************************************************



"Alahai, benda remeh macam ni pun boleh masuk line jugak kan?"

styledip.com

    FIRST, benda yang remeh ni la akan jadi penyumbang peratus kita masuk neraka esok. Kita tengok drama wayang semua. Bila dalam saat genting, manusia akan saling salahkan. Tak terfikir pulak bila kita nak menghadap mahkamah Allah kat padang Mahsyar nanti?

  Mesti masing-masing nak selamatkan diri. Masing-masing nak pertahankan diri. CONTOHNYA,

  "Sebab dia la, dosa saya makin bertambah! Dia tunjuk gambar saya dalam Facebook dia, orang ajnabi pun tengok. Bertambah la dosa saya!"

  "Kenapa pulak saya? Kamu yang tak menutup aurat! Jadi, bukan salah saya. Dosa tanggung masing-masing."

  "Tapi tanggungjawab kamu sebagai orang Islam untuk lindung sesama Islam kan? Kamu tak nasihat saya, dan saya taktau kalau kamu pernah doa'kan saya. Sekarang saya dikira teraniaya. Dan kamu yang menganiaya semua orang yang dapat dosa sebab gambar kamu."

  And then, dapatlah balasan yang setimpal sebab kalah kat mahkamah. Atas sebab? Tak bertanggungjawab sebagai sedara sesama Islam.


"Penulis ni memang tak open langsung la. Kalau ada gambar sedara aku tak tutup aurat, takkan aku nak delete jugak? Apa pulak cakap dia nanti?"

beautifulgirlphoto.info

  Semata-mata nak jaga hati sedara semua, kita perlu dedahkan aurat diorang? Aku tak faham kat mana nilai SAUDARA tu kalau kita bagi alasan macam ni. Open tak open cerita nombor dua. Banyak benda lain kita boleh open, tapi bukan dalam hal ni.

  Pilih, sama ada nak jelaskan kat sedara tentang sebab kita delete gambar-gambar atau delete dan senyap. Senang je. At least, kita dah mainkan peranan kita dalam bersaudara. Jangan kita tau nak seronok tapi esok terkantoi sama-sama macam persoalan yang pertama tadi.



"Macam mana aku nak promote photography aku kalau ketat gila syarat, tak boleh dedahkan aurat orang?"

Ada orang kata gambar ni tak tutup aurat. Yakin ke orang dewasa tu perempuan?
Zaman sekarang ramai je orang laki rambut panjang.
Dan naik ke syahwat laki tengok gambar ni? Langsung takde point ya.
Lain kali aku kena buat entri pasal ni pulak la nampaknya.
weheartit.com

  Jadilah photographer yang bertamadun dan berjiwa Islam. Rezeki Allah yang bagi. Kalau kita ada prinsip, insyaAllah rezeki kita akan terbentang luas. Percayakan Allah. Tepuk dada tanya iman.



  "Ala, kalau aku hide semua ni pun, orang boleh cari, boleh tengok jugak. Tak dapat elak."

  AT LEAST, kita dah usaha sesuatu. AT LEAST, kita dah 80% tolong diri kita, tolong orang lain. Yang cari, yang tengok tu, terpulang kat diorang. AT LEAST kita takde dalam list 'orang tengah' dah. Daripada orang yang banyak bagi alasan tapi AT LEAST tak buat apa-apa?



  "Baik kau tak payah pakai Facebook."

vivresimply.blogspot.com

  Facebook sekarang perlu untuk aku berhubung dengan member lama semua. Dan Facebook boleh hubungkan aku dengan info terbaru. Yang baik kita ambik, yang buruk kita elakkan. Habis cerita.

  Tak payah nak perli kalau tak suka. Aku cuma sebarkan sebagai peringatan untuk diri aku, sambil tu ajak pembaca berfikir jugak. Lebih baik diam daripada komen benda tak berguna macam tu.


NOTA : Hati-hati kepada para Blogger jugak. Elakkan daripada letak gambar tak sepatutnya dalam blog kita. Sebab ramai orang yang akan tengok nanti. Nanti tergagap nak jawab depan Tuhan.

Tuesday, October 1, 2013

Dosa Pada Orang Tua


Anak anak sekarang suka mengherdik orang tua dari "belakang" - seperti, stupid parents, f_ _ _ _ old man, bitch, etc... ... . mereka tak tahu tanpa kedua orang tua mereka, siapalah mereka didunia nie, dan yang menjadikan mereka bijak pandai, sikap rebelious mereka terhadap orang tua langsung tidak berasas, kepentingan mereka hanya tahu orang tua dapat memberikan wang, kesenangan dan memenehui kehendak materialistic mereka saja tanpa mahu mengambil kira kepayahan ibubapa dalam membesarkan mereka untuk menjadikan mereka manusia yang beriman dan berilmu dunia dan di akhirat. Terlampau mengikut budaya barat percakapan seharian pun sudah diserapi oleh percakapan budaya kasar tanpa rasa malu lagi... ... ... ... ... ... ... ... .

  • Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
    Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda berhenti dari menyebut Hadis tersebut

  • Hadis Anas bin Malik r.a:
    Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, mengherdik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu

  1. Hadis Abu Hurairah r.a:
    Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina

  • Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
    Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Tuesday, September 24, 2013

Dosa Penghalang Rezeki

Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.

Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.

Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri. Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.

Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda: “Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.” Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.

Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?

Rezeki tidak berkat

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukan kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.

Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.

Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga. Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?

Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?

Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati

Saturday, August 4, 2012

Rogol, Zina Dan Jimak

Perbezaan dan Persamaan
Tiga perbuatan ini adalah dikategori popular juga di dalam masyarakat kita. Saya cuba bawa pembaca mengenali dan mendalami persamaan, perbezaan dan ambillah sebagai titik tolak dalam diri untuk memerangi toghut, syirik (versi iblis), khurafat, jahiliyah dan bidaah dalam diri kita. Selamat berjuang...
1. Rogol, Zina dan Jimak

- persamaan

Persamaan rogol dengan zina dan jimak mungkin dari segi maksud seks iaitu memuaskan nafsu dengan memasukkan objek ke dalam kemaluan pihak lain dengan cara yang berbeza.

- perbezaan

Rogol ialah suatu tindakan agresif dan mendadak terhadap mangsa. Lazimnya dalam ertikata rogol, pemangsa dan mangsa tidak pernah mengenali antara satu sama lain seperti kes pecah rumah, kes conny ong and si najib, kes kanak-kanak bawah umur yang dirogol dan dibunuh. Ini mungkin rogol kelas pertama. Sudah jelas mangsa di paksa,diugut dan tanpa rela. Dalam sumbang mahram memang terdapat unsurrogol jika ayah merogol anak, anak tiri, abang merogol adik dan seumpamanya. Tapi bila ibu kandung bersetubuh dengan anak lelakinya sendiri seperti di negara jiran, itu ada adalah zina. Sudah pasti rogoltidak sama dengan cabul kerana tiada objek dimasukkan ke dalam kemaluan kerana cabul mungkin di kategori sebagai seks ringan iaitu meraba dan memegang tanpa rela.

Zina berlaku di antara orang yang mengenali, bercinta, bersaudara atau ahli keluarga atau membayar upah kepada pekerja seks.

Jimak dalam islam pula berlaku antara suami isteri yang bertanggungjawab antara satu sama lain dalam isu ini. Kedua-duasuami dan isteri termaktub di dalam persetujuan dan di dalam status boleh, harus dan wajib meminta, menerima, merela@memaksa diri , memberi dan mendapatkan seks bersesuaian dengan terma dan konteks ijabkabul dan sebagaipasangan hidup. Contohnya, si isteri boleh meminta jika tak dapat atau tak cukup puas, boleh memaksa suami jika mahu seperti berada di atas perut suami di tengah malam tanpa suami sedari. Si suami tidak boleh berkata apa jika itu berlaku kerana itu hak isteri untuk mendapatkan seks.

Penggulungan

Benar telah terdapat suatu undang-undang yang membolehkan si isteri mendakwa si suami kerana merogolnya dan boleh di penjara 5 tahun. Inilah kerisauan agong para pencinta pemilik agama islam iaitu si hamba atau manusia mahu menjadi Tuhan secara sedar dan tidak sedar. Pada suatu masa dulu kita hanya risaukan maksiat, kejahilan dan bidaah umat tapi sekarang manusia mahu menjadi Tuhan dan boleh menentang Tuhan yang satu.

Kesimpulan Mudah Wahai Pembaca

Jika benar si suami boleh di dakwa sebegini rupa setelah mendapat persetujuanbersama untuk hidup dan menikmati jimak. Apa bezanyasi pelacur, diajuga boleh mendakwa pelanggannya kerana merogolnya walaupun telah mendapat pertujuan untuk seksmelalui pembayaran atau imbuhan atau mungkin si penzina mengubah cerita mengatakan ia di rogol.

Wahai si 9 akal, janganlah biar si 1 akal bekerja dengan bebanan seperti manusia yang mempunyai 9 akal untuk mempertahankan hak mereka. Kita lindungi mereka dan kesucian mereka dengan 9 akal kita.

Selamat ber 9 akal... ... 

Monday, June 25, 2012

BILA DOSA JADI BIASA

Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia.. "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggungjawab" (al-israk:36) Mari muhasabah diri bersama.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...