Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label tegur atau nasihat. Show all posts
Showing posts with label tegur atau nasihat. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

salah guna perkataan "masyaallah"

Assalammualaikum, Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat ganbar-2 censored atau bila anak-2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Kasih Sayang Allah

Bismillah,
Hadis riwayat Umar bin Khathab ra.: 
Bahwa ia datang menghadap Rasulullah saw. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia langsung mengambil bayi itu lalu mendekapkannya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya. (Shahih Muslim No.4947)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Allah berfirman : 
Jika kau datang kepadaKu(Allah) dengan dosa segunung, dan kau mohon ampun maka akan Aku ampuni.

Jika kau datang dengan dosa seluas lautan, dan kau memohon ampun maka akan Aku ampuni.

Jika kau mati, tidak dalam keadaan musyrik dan kau memohon ampun maka dosamu akan Aku ampuni

Allah Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "RahmatKu mendahului murkaKu." (HR. Muslim)

Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Seorang masuk surga bukan karena amalnya tetapi karena rahmat Allah Ta'ala. Karena itu bertindaklah yang lurus (baik dan benar). (HR. Muslim)

Semoga kita dapat mengambil pelajaran dari apa - apa yang telah diterangkan. "Perbanyaklah mengingat Allah, maka Allah akan mengingatmu". Tak pernah bosan untuk mengatakan, perubahan selalu terjadi pada diri kita, tapi usahakan perubahan diri kita menjadi lebih baik. Orang yang beruntung, kita dia dapat merubah dirinya menjadi lebih baik dari diri sebelumnya. Dosa masa lalu, bukan suatu hal yang menghalangi diri kita untuk berubah menjadi lebih baik, karena Allah membuka seluas - luasnya pintu ampunan. Semoga bermanfaat bagi kita semua.

Kekurangan datang dari kami pribadi.
Kesempurnaan milik Allah.

Wednesday, February 13, 2013

Teguran Rasulullah S.A.W Kepada Sahabat Yg Ketawa

Suatu ketika Rasulullah S.A.W dlm perjalanan utk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan org yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yg saya lihat ini"

"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat2 ".

Apabila seorg mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu2kan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Drpada kalangan manusia yangberjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "
Slepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.

Apabila org yg berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan utk kedatanganmu. Sangat jelek kdtganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yg paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "

Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atasbumi, maka sehelai rumput puntidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk org tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "

Teguran Dari Muslimin

muslimah 
mungkin aku memang tak romantik 
tapi siapa peduli? 
kerana itu kau tak mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku. 
bagiku kau bunga teristimewa 
tak mampu aku samakan dengan bunga terindah sekalipun 
indahnya muslimah berhias sifat pemalunya 

muslimah 
jangan sesekali biarkan aku menatapmu 
kerana kau akan membuat aku mengingatimu 
bererti memenuhi kepalaku dengan mengagumimu 
berimbas pada tersusunnya gambarmu pada setiap dinding khayalku 
membuatkanku inginkanmu sepenuh hati 
seluruh jiwa, sesemangat mentari 
kasihanilah dirinmu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur 
kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci 

muslimah 
berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tak berpenghujung 
ada ingin tapi tiada henti 
menyentuhmu merupakan kemahuan diriku 
meskipun hujung tudungmu pun tak berani kusentuh 
jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku 
jangan sucimu kau pertaruhkan 
mungkin kau tak peduli 
tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah 
dan tak lebih dari wanita biasa 

muslimah 
jangan sesekali kau renung 
bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku 
bukan kerana aku terlalu indah 
tapi kerana aku masih seorang yang terlalu kotor 
aku hanya memakai topeng keindahan pada wajah burukku 
mengenakan pakaian sutera emas 
meniru laku para solihin 
sedangkan hakikatnya hatiku lebih kotor dari lumpur 

kau memang suci tapi kau mungkin termanipulasi 
kerana kau hanya manusia... hanya wanita 

muslimah 
beri sepenuh dirimu pada dia 
lelaki suci yang dengan setulus hati membawamu ke hadapan Tuhanmu 
tunggu lelaki itu menjemputmu 
dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah 
bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas 
relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu 
mungkin sekarang atau nanti 
bahkan mungkin tiada sampai kau mati 
mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini 
mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu 
yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu 

muslimah 
pilihan Allah tak selalu seindah inginmu 
tapi itu pilihan-Nya 
tak ada yang lebih baik dari pilhan Allah 
mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu 
melainkan pada jalan yang kau pilih 
seperti kisah seorang wanita sudi menerima di masa lalu yang meminta keislaman 
sebagai mahar pernikahannya 
atau mungkin kebaikan itu terletak pada keihklasanmu menerima keputusan 
Kekasih Tertinggi 
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita 
Dialah Tuhan Yang Maha Esa... .ALLAH..

Jangan Salah Sangka


x bererti kita x call org tu kita x ingat kat dia,
x bermakna kita x tegur dia kita x sayang kat dia,
x bermaksud kita x rapat dgn dia kita x pernah
fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita,
org yg jarang call kita,
org yg jarang senyum dgn kita,
org yg kita jarang jumpa,
adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

bersangka baiklah dgn Allah
bersangka baiklah dgn mereka
terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.

salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
x semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita,
kalau kita x luahkan masakan mereka tahu,
x boleh expect org nak go after us each time,
sbb kadangkala org tu assume yg kita x mahu
diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn..
soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji…
sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
adakah dia hanya sahabat ketika ketawa
atau dia sahabat ketika mengalir air mata

mmg susah nak meluahkan sesuatu
terutama pada mereka yg kita tidak percaya
tapi x slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya

hidup manusia terlalu complicated
bagi mereka yg menganggap hidup ini
complicated dan hidup ini mudah
bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

manusia itu bersifat ikhtiariah…
boleh memilih apa yg dia
mahu sbb dia ada akal

andai kita pilih utk hidup dgn mudah
maka kita akan dpt hidup dgn mudah
andai kita pilih utk hidup susah
maka kita akan dpt utk hidup susah

andai kita pilih utk hidup sbg pejuang
maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang

Allah sayangkan kita Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah hanya mereka yg berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yg mendpt petunjuk. ukhuwwah fillah abadan abada’… Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih… Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja… Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon… Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika sega la sesuatu berja lan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah SWT telah memberkatimu. Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi… Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap… Allah SWT TAHU ……. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa se panjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membu at yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Never love a love that hurts…….. never hurt a love that loves !!!

"Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu …namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu … "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…"

Nabi Tegur Kesalahan Secara Kiasan

ANTARA kaedah yang digunakan Nabi Muhammad s.a.w dalam memberikan tunjuk ajar kepada umatnya ialah tidak menjuruskan ucapan kepada orang yang bersalah dengan menyebut kesalahannya.

Baginda biasanya membuat teguran dengan menggunakan lafaz yang ditujukan kepada orang yang tidak ada dalam majlis atau dengan lafaz umum boleh didengar oleh orang ramai, seperti "kenapakah kaum itu melakukan itu... dan itu?"


Pernah satu ketika Nabi s.a.w memerintah seorang daripada suku Bani Asad (untuk memungut zakat). Ada pendapat mengatakan namanya ialah Ibn Allutbiyyah. Apabila dia datang menemui Nabi, dia berkata: "Ini untuk kamu dan ini untuk diriku."

Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: "Kenapakah seorang amil yang aku utuskan (untuk memungut zakat dan sebagainya) berkata ini ialah untuk kamu dan ini dihadiahkan untukku. Kalaulah dia tinggal di rumah bapanya adakah hadiah itu diberikan kepadanya atau tidak? Dan demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada seorang pun di antara kamu mengambil sesuatu daripadanya hanyalah dia datang pada hari kiamat membawanya di atas bahunya." (Muslim, kitab al-Imarah)

Arahan yang dilakukan secara tidak langsung itu me nunjukkan baginda menghormati manusia sebagai anak Adam dan sedar tujuan perundangan ialah untuk mem perbaiki bukan memburukkan seseorang, kerana membu rukkan seseorang yang bersalah itu boleh mendorongnya supaya berterusan melakukan kesalahan.

Baginda pernah memarahi sahabatnya, Khalid bin al-Walid apabila dia mencaci seorang wanita yang berzina dari Bani Ghamid ketika baginda menjalankan hukuman rejam ke atas wanita itu.

Tindakan Nabi ini adalah implimentasi secara praktikal terhadap kejernihan jiwa dan kebersihan lidah yang terhindar daripada percakapan cabul dan mencela walaupun kepada seteru.

Apabila baginda luka pada hari peperangan Uhud dan darahnya mengalir, sahabat berkata kepada baginda: "Ka laulah engkau mendoakan ke atas mereka (supaya sesuatu bala menimpa mereka), lalu baginda bersabda, maksudnya: 

"Sesungguhnya aku tidak diutuskan sebagai seorang yang melaknat, tetapi aku diutuskan sebagai pendakwah dan rahmat, wahai Tuhanku berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui." 

Orang Islam datang menemui Rasulullah s.a.w untuk ber tanya berhubung perkara agama serta dunia dan sering kali al-Quran memberikan jawapan.

Ada lima belas tempat di dalam al-Quran yang menyebut soalan serta jawapannya, antaranya ayat 215, surah al-Ba qarah, maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah ianya dibelanjakan?) Katakanlah; apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan, maka berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang musafir (orang yang terlantar dalam perjalanan)."

Kebanyakan ayat ini ialah ayat Madaniyah (ayat yang diturunkan di Madinah) dan surah al-Baqarah adalah surah yang pertama diturunkan di Madinah. Surah ini adalah surah yang paling banyak mengandungi soalan serta jawapan kepada persoalan terbabit.

Ini kerana orang Islam pada masa itu ingin mengetahui banyak perkara berkaitan dengan masyarakat baru Islam yang menjadi asas kepada kekuatan negara Islam yang baru lahir itu.

Jika al-Quran tidak mengemukakan jawapan kepada segala persoalan yang dikemukakan oleh orang Islam, sudah tentu Nabi s.a.w memberikan jawapan dengan jawapan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.

Baginda memberikan jawapan lengkap kepada semua per soalan, sama ada secara ringkas atau lebih lanjut mengikut keperluan. Baginda tidak membiarkan orang yang bertanya dalam keadaan tidak berpuas hati atau membiarkan mereka tanpa mengetahui walaupun satu aspek daripada persoalan yang diajarkan.

Petua Untuk Menegur Orang

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

3 faktor yang digariskan oleh Islam bo... leh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:

1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira samaada kita pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain. Ia terkandung dalam Al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud; ‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Oleh itu kita perlulah berhemah apabila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan kita mudah ikut hati atau emosi kita tanpa menyiasat keadaan sebenar. “Kesilapan” orang lain mungkin bukan “kesilapan” bagi mereka, kerana mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...