Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian
Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan
ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin
Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan
semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta
berbuat sedemikian.Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain
yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang
si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai
pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam.
Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum
kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan...
Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa
saya darjah 1 lagi. "Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan
'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang
perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba
menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu
saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa.
Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih... "
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu! "Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang
menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas.
Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya
menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih? "Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan
apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca
berita.Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah,
tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang
penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan
sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan
ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu,
Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye,
mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku
untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye,
mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan
aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja
sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye,
mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup
dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu.
Kami bahagia!
Kau ada... ?? "Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling,
berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana
risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya
kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak
tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia,
'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di
bawah telapak kakinya!
Tidak perlu tunggu hari lahirnya atau
Hari Ibu untuk menulis sesuatu seperti ini kan..? Hargai ibu anda
sebelum anda terpaksa menghargai nilai si ibu yang sebenar apabila dia
sudah tiada!
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Sunday, October 27, 2013
Thursday, July 11, 2013
Letakkan Gelas Air Itu Sebelum Tidur
Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.
“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”
“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.
“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.
“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.
“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.
“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.
“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.
“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.
“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.
“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…
“Tak ustaz,” jawab hadirin.
“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.
Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….
Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”
“Letak saja gelas tu ustaz . Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.
“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung….
“Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup kamu semua. Kamu tak akan dapat melakukan apa-apa.
Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, kamu semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segera untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini.
Letakkan gelas air itu sebelum tidur
.

Monday, February 18, 2013
Kisah 50 Sen
Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu
Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.
Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..Mata saya dah berkaca... Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?Hari inihari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua
Sekian Terima kasih
***PANDAINYA MAKPAK DIA AJAR ANAK …..
Erm arini xde pula org OKU dtg jual tisu…xdpt nk bsedekah mcm selalu…td dh bsedekah kat mamak tu jer huhuhu

Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...