Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih
kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu
berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu
susah, katanya:
"Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah".
"Sepanjang
hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga
pencarianku melenakanku". "Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu
negara pun yang penduduknya berhati manusia".
Imam Al-Syafie
turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik
akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya :
"Jika
seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat".
"Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras ".
"Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan".
"Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat".
"Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai".
"Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia".
"Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata :
"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan".
"Ketika
musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu
kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan".
"Aku
nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang
kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai"
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Thursday, June 27, 2013
Petua Berkawan dengan Orang yg Berjaya
Rasulullah
s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka
kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang
positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang
apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi
pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk
mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan
mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang
berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk
berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar
dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka
membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya
selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini
bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga
boleh melakukan perkara yang serupa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...