Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts
Tuesday, October 15, 2013
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di
kawasan yang indah di persisiran pantai yang indah dengan lanskap
persekitaran menunjukkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan pandangan laut
yang berhadapan dengan pulau-pulau yang indah.
Lokasi masjid ini berada di tengah-tengah
kawasan para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, kompleks
bangunan-bangunan pejabat komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain.
Masjid ini di ditadbir di bawah sebuah
jawatankuasa, iaitu gabungan para profesional dalam pelbagai bidang dan
para ulama dan pendakwah bagi memantapkan fungsi masjid ini, selaras
dengan keperluan hari ini. Jabatan Hal Ehwal Negeri Sabah (JHEAINS)
bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bagi meningkatkan
kemudahan dan keperluan masjid ini dari masa ke semasa.
Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam
masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan
Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik,
indah dan mengkagumkan.
Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7.
Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7.
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan
pantai dan persisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini
mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini
diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September
1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk
dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.
Projek pembinaan ini tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan dan hanya diteruskan pada 1994.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...


