1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2.
 Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar 
daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti
 dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu 
ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, 
Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana.
Maksudnya:
 Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan 
jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika 
Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka 
syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)
3.
 Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. 
Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun 
sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
4.
 Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya 
agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.
5.
 Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada 
perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka 
jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu 
dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak 
perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah 
s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti 
buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang 
dada, maka ia tetap berasa senang.
6.
 Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama
 yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya 
untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. 
Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain 
atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama 
yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, 
nama Nabi dan orang yang soleh.
7.
 Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan
 dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan 
dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental 
dan agamanya.
8. Memberi pendidikan agama yang cukup.
9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah
 panduan, tips, cara berkesan yang dianjurkan Islam atau petua mendapat 
anak soleh ini yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik dan 
menerima amanah Allah ini.
Semoga kita semua mendapat anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kita di dunia dan akhirat
 
 
 
No comments:
Post a Comment