Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul
 beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si mati. 
Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga,
 ketujuh, ke40, ke 100, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang 
fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si mati. Malangnya mereka 
yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak 
fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan 
yang bermazahab syafie telah mengahramkan dan membid'ahkan perbuatan 
atau amalan yang menjai tajuk perbincangan dalam tulisan ini. 
Sebagaimana fatwanya :
"Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan
 makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnya sesudah 
seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan".
Imam Syafie 
dan jumhur ulama-ulama besar yg berpegang kepada mazhab syafie, dengan 
berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang 
sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si mati adalah jiran, 
kerabat si mati atau orang yg datang menziarahi mayat, bukan keluarga 
(ahli simati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:
"Aku suka kalau 
jiran si mati atau saudara mara si mati menyediakan makanan untuk 
keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya sehingga menyenyangkan 
mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah".
Fatwa Imam Syafie di atas adalah berdasarkan hadis sahih;
"Abdullah
 bin Ja'afar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya 
Ja'afar, Nabi saw bersabda : Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk 
keluarga Ja'afar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan 
(kesusahan)". dihasankan oleh at-turmizi dan di sahihkan oleh al-hakim 
Menurut
 fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan 
menikmati hidangan di rumah si mati, terutama jika si mati termasuk 
keluarga yg miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak 
yatim yang masih kecil dan waris si mati mempunyai tanggungan 
perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa 
makan harta anak yatim hukumnya haram.
"Imam Syafie berkata lagi:
 Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si
 mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid'ah".
Imam Syafie berfatwa:
"Diantara
 bid'ah yg mungkar ialah kebiasaan orang yg melahirkan rasa kesedihannya
 sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari 
ke 40 padahal semua ini adalah haram".
Ini bermakna mengadakan 
kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari 
pertama kematian, dihari ketiga, ketujuh, ke40, ke 100, setelah setahun 
kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh 
masyarakat iislam sekarang adalah perbuatan haram dan bid'ah menurut 
fatwa Imam Syafie. Oleh itu mereka yg mendakwa bermazhab syafie 
sewajarnya mebghentikan perbuatan yang haram dan bid'ah ini sbg mematuhi
 wasiat imam yg agung ini.
Seterusnya mufti yang bermazhab syafie
 al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam 
Syafie yang menghukum bid'ah dan mengharamkan kenduri arwah:
"Dan
 tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari 
perbuatan bid'ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan 
mematikan (menghauskan) bid'ah, membuka banyak pintu-pintu keburukan dan
 (kalau dibiarkan bid'ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah 
(kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang 
haram".
Kenduri arwah atau lebih dikenali sbg majlis tahlilan, 
selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari 
khaul. Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, 
diharamkan dan dibid'ahkan oleh Imam Syafie rahimatullah sebagaimana 
yang telah ditegaskan oleh beliau:
"Apa yang diamalkan oleh 
manusia dengan berkumpul dirumah keluarga simati dan menyediakan makanan
 adalah termasuk perbuatan bid'ah yang mungkar".
Di nukilkan ketegasan Imam ar-Ramli rahimatullah yang mana beliau berkata :
"Telah
 berkata Syeikh kita ar-Ramli : Antara perbuatan bid'ah yang mungkar 
jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab 
"Ar-Raudah" iaitu mengerjakan amalan yang disebut "kaffarah" secara 
menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si mati sebelum atau
 sesedah kematian, termasuklah (bid'ah yang mungkar) menyembelihan untuk
 si mati, malah yang demikian itu adalh haram terutama jika sekiranya 
dari harta yg masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si 
mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas)atau 
seumpamanya".
"Termasuk bid'ah yang dibenci ialah apa yang 
menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan 
ketika si mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang 
melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa 
yang datang berkumul untuk takziah".
Kenduri arwah pada 
hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala
 bacaan fatihah atau al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa 
beramai-ramai yg ditujukan kepada arwah si mati. Mungkin persoalan ini 
dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh
 sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' 
(pembuat atau aktivis bid'ah) sehingga amalan ini tidak mahu 
dipersoalkan oleh pengamalnya ttg haram dan tegahan dari Imam Syafie 
rahimahullah dan para ulama yg bermazhab syafie.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
 
 
No comments:
Post a Comment