Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, December 19, 2013

5 Kelebihan Solat Tanpa Telekung.

  Sedang aku harungi liku-liku kehidupanku, cewah, serabai buat karangan! Ni ha gue nak kabo sikit. Selama aku pergi bersolat di mana-mana, aku akan memerhatikan tingkah laku and gelagat jemaa’h lain. Bukan untuk cari kesalahan, tapi cari pengalaman dan peringatan untuk diri aku.
  Korang nak tau, dalam pemerhatian aku, aku sedar ada beberapa kelebihan yang terserlah bila kita, kaum Hawa, solat tanpa telekung. Dan hendak aku tegaskan, ini entri bukan ada double meaning dengan Jom Boikot Telekung. Jangan nak buat andaian aneh-aneh eh!
  Entri ni jugak boleh diambil pengajaran agar kita ni lagi hati-hati bila bersolat. Jom!
*********************************************************************************
1. Kita Akan Solat Dengan Lebih Sopan.

letopkeypad.blogspot.com

  Yes! Kalau korang perasan la, ada sesetengah jemaa’h bila pakai telekung, dia akan melakukan gerak solat dengan kasar sekali. Dan definitely korang akan,
  “Ya Allah. Kalau takde telekung ni, macam mana agaknya rupa gerakan dia?”
  Tak payah cakap orang la, pandang diri masing-masing. Kita ni kadang-kadang terlupa yang kita sedang menghadap Allah SWT. Sama la macam kita pi hadap Sultan. Nak ke kita kasar-kasar? Of course dengan lemah gemalai macam tulang patah riuk kita hadap baginda, betul tak?
  Bila kita solat tanpa telekung, gerakan kita akan lebih lembut, lebih sopan, sebab kita tau kalau kita kasar-kasar, maybe baju boleh terangkat, tudung boleh tercabut. See? Kalau pakai telekung, anak menyorok kat dalam pun tak boleh nampak.
  Yang lebih bagus lagi, bila kita bersolat dengan lembut dan sopan, kita akan automatically merasa tenangnya solat ni. Dan kita akan jadi lebih yakin bahawa Allah SWT melihat perbuatan kita yang lembut dan sopan kepadaNya.
2. Kita Akan Pastikan Diri Kita Cantik Dan Wangi.

memburucintahakiki.blogspot.com

  Masuk surau, ambik wudhuk. Dengan bau peluh, bau hapak, tudung herot-berot, kita terus sarung telekung dan dengan konfidennya fikir,
  “Eleh. Aku pakai telekung. Bau cover, baju selekeh pun takde siapa nampak time solat.”
  Amboi? Bila kita nak jumpa kawan buat grouping, bila kita nak jumpa boyfriend, kemain wangi satu badan! Kemain baju, tudung kemas! Tapi nak menghadap Allah SWT.. Punyalah kita ambik remeh, seolah-olah bersujud kepada Allah SWT adalah perkara sampingan dan tak penting langsung!
  “Yang penting, aku dah solat!”
  Itulah persepsi kita. Ish, saudari, janganlah begitu. Kalau kita tak pakai telekung, sudah tentu kita akan kemas-kemaskan pakaian kita. Kita akan berwangi-wangian. Kita akan pastikan diri kita cantik dan kemas sebelum menghadap Allah SWT.
  Yes, manusia ni suka bagi alasan. Kita ni macam takut aib, tau tak. Bila orang tak nampak, kita sambil lewa. Bila orang nampak, kita akan lagi hati-hati. Walhal tak sedar malaikat kiri kanan sentiasa ada. Yang lebih tak sedar lagi, Allah SWT sentiasa memerhatikan kita.
  Kalau niat kita menyeleweng, takut orang fikir buruk, betulkan niat kita. Lawan! Allah SWT Maha Mendengar. Berniat kita berlawa sebab nak ‘jumpa’ Allah SWT. Dan orang lain akan pandang, wah, indahnya Islam! Betapa terjaganya bila nak hadap Yang Maha Esa!
  Cuba kita renung-renungkan balik.
3. Kita Gerenti, GERENTI Pakai Pakaian Menutup Aurat Sepenuhnya!



  Tudung pendek, baju lengan pendek, seluar jean ketat. Datang surau, ambik wudhuk, sarung telekung, solat. Sah! Terselamat! Sebab alasan telekung la ada sesetengah kaum Hawa datang bersolat tanpa rasa risau pun dengan aurat dia.
  “Eleh, yang penting aku dah solat. Orang yang tutup aurat penuh tu bukannya semua solat!”
  Yela, puas kita turun naik solat. Pahala pun dapat. Sekali tu bila kita keluar je surau, pahala mula menolak balik sebab aurat kita sendiri. Dah la makin berkurang, kalau dah hilang semua pahala? Bertambah pulak dosa. Ades, ruginya. Cuba la kita ni fikir sikit sis.
  Yes! Cuba takde telekung? Nah, entah-entah dia ikut je style orang Arab, sarung jubah, tudung labuh, habis cerita! Rileks sister-sister semua. Kalau nak melenting pasal pakaian labuh-labuh yang panas, ingat! Panas di dunia, sejuk di akhirat.
  Kalau kita buat sesuatu benda hanya dengan harapkan keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan permudahkan. Muslimah yang labuh-labuh siap purdah tu steady je? Kenapa kita tak boleh? Diorang bukannya khunsa. Perempuan yang lemah macam kita jugak kan?
  Yes, aurat di luar solat adalah sama aurat di dalam solat. Yang pasti dalam mazhab Imam Syafie rahimahumullah, ketika solat kita akan tutup part dagu kerana dianggap sebahagian daripada anggota leher.
  Ala, zaman sekarang kan tudung dah macam-macam. Belit sana, pusing sini, jadi gunakanlah kreativiti kita sendiri untuk kasi belit tutup dagu tu, ye tak?
4. Kalau Ada Silap, Senang Orang Nak Tegur.



  Kita ni takut benar la kalau ada kesilapan dalam solat. Itulah gunanya saudara sesama Islam, saling bertegur dengan penuh hikmah. Maybe kalau kita pakai telekung, kesilapan kita melakukan gerak solat akan tersorok.
  Saudari, sampai bila nak bersolat tanpa ilmu? Tepuk dada tanya iman. Jangan esok kita pi amali solat, terkial-kial melakukan gerakan solat dan mulalah nak fikir sama ada betul ke tak gerakan solat kita. Time tu, mula la malu dengan fasilitator dengan peserta lain.
  “Eleh, aku jarang la pi amali. Takde hal la!”
  Yela, untuk pengetahuan kau, gerakan solat ni cukup penting dan halus. Kalau kau duduk dengar taskirah, kau akan sedar kalau kau slack dalam bab gerakan solat, ada kemungkinan solat kau tak diterima. Turun naik, siang malam solat, last-last zero. Kau nak?
  Jadi, kalau kita ni tersilap dalam melakukan gerakan solat, insyaAllah akan muncul hamba Allah SWT yang prihatin menegur dan membetulkan cara kita. Ingat. Tanpa izin Allah SWT, hati dia takkan terlintas untuk tegur kita.
  Bersyukur la, sebab sebenarnya Allah SWT yang ‘menegur’ kita dan nak tengok kita perform solat dengan lebih baik. Takkan tak rasa best Allah SWT bagi ilmu, nak tunjuk jalan betul? Kalau kita fikir dengan positif, mesti dah ya-be-da-be-du!

5. Permudahkan Urusan Kita!



  Yezza! Aku cukup cemburu dengan muslimah Arab yang datang solat. Bukan cemburu negatif, tapi cemburu dalam berfikir. Mudahnya dia solat. Datang, wudhuk, kemaskan jubah, cari ruang, solat! Dah solat, berdoa’, angkat beg, blah!
  Aku tengok pulak muslimah Melayu kita. Ambik wudhuk, then jalan cari telekung yang mana liat bawak telekung sendiri. Lepas tu pilih telekung. Dah cari telekung, cari ruang, solat! Habis solat, doa’, lipat telekung, simpan balik telekung, hadap cermin nak betulkan tudung, mana yang nak make-up, memang lama la. Dah lawa, angkat beg, blah!
  Kalau telekung habis atau cari telekung sampai penuh ruang solat? Lagi sadis. Satu hal nak menunggu.
  So, kat sini kita boleh fikir dan nampak sendiri la kan? Bezanya, mungkin mazhab si fulan tu ringan sikit aurat solatnya. Kita ni mazhab ‘halus’, jadi kalau nak solat tanpa telekung tu, memang kena berhati-hati.
  Kalau kita nak bagi alasan takut baju kotor ke, ada najis ke... Ehem. Habis, kita ni sarung telekung, dalam telekung tu apa? Sama jugak sis. Baju kita. Cuma kalau nak bagi alasan untuk perkemaskan solat, lagi yakin dengan telekung, aku terima.
********************************************************************************* 
  So, entri harini aku rasa sangat bermanfaat untuk buat ilmu kat para muslimah. Tak kisah la nak pakai telekung ke, tak pakai telekung ke. Lagipun memang kita faham, mazhab kita lebih berat, jadi pakai telekung ni lebih menggalakkan.
  Tapi korang digalakkan sebelum keluar, korang pakai pakaian korang dan cuba lakukan gerakan solat. Cuba tanya diri sendiri,
  “Kalau aku solat tanpa telekung, sah ke? Aurat betul ke?”
  Kalau tutup sepenuhnya, tahniah! Kalau tak, pi la betulkan. Tak kisah la kalau nak pakai telekung time solat ke tak.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...