Sedang aku harungi
liku-liku kehidupanku, cewah, serabai buat karangan! Ni ha
gue nak kabo sikit. Selama
aku pergi bersolat di mana-mana, aku
akan memerhatikan tingkah laku and
gelagat jemaa’h lain. Bukan untuk
cari kesalahan, tapi cari pengalaman dan peringatan untuk diri aku.
Korang nak tau, dalam pemerhatian aku, aku sedar
ada beberapa kelebihan yang terserlah bila kita, kaum Hawa, solat tanpa telekung. Dan hendak aku
tegaskan, ini entri bukan ada double meaning dengan Jom Boikot Telekung. Jangan nak
buat andaian aneh-aneh eh!
Entri ni jugak
boleh diambil pengajaran agar kita ni
lagi hati-hati bila bersolat. Jom!
*********************************************************************************
1. Kita Akan Solat
Dengan Lebih Sopan.
letopkeypad.blogspot.com |
Yes! Kalau korang perasan
la, ada sesetengah jemaa’h bila pakai telekung, dia akan melakukan gerak solat dengan kasar sekali. Dan definitely
korang akan,
“Ya Allah.
Kalau takde telekung ni, macam mana agaknya
rupa gerakan dia?”
Tak payah cakap orang la,
pandang diri masing-masing. Kita ni
kadang-kadang terlupa yang kita sedang menghadap Allah SWT. Sama la macam
kita pi hadap Sultan. Nak ke kita kasar-kasar? Of course
dengan lemah gemalai macam tulang patah riuk
kita hadap baginda, betul tak?
Bila kita solat tanpa telekung, gerakan kita akan lebih lembut, lebih sopan, sebab kita tau kalau kita kasar-kasar, maybe baju boleh terangkat, tudung boleh tercabut. See? Kalau pakai telekung, anak menyorok kat
dalam pun tak boleh nampak.
Yang lebih bagus
lagi, bila kita bersolat dengan
lembut dan sopan, kita akan automatically
merasa tenangnya solat ni. Dan kita akan jadi lebih yakin bahawa
Allah SWT melihat perbuatan kita yang lembut dan sopan kepadaNya.
2. Kita Akan
Pastikan Diri Kita Cantik Dan Wangi.
memburucintahakiki.blogspot.com |
Masuk surau, ambik wudhuk. Dengan bau
peluh, bau hapak, tudung herot-berot, kita terus
sarung telekung dan dengan konfidennya fikir,
“Eleh. Aku pakai telekung. Bau cover, baju
selekeh pun takde siapa nampak time solat.”
Amboi? Bila kita nak
jumpa kawan buat grouping, bila kita nak jumpa boyfriend, kemain wangi
satu badan! Kemain baju, tudung kemas! Tapi nak menghadap Allah SWT.. Punyalah kita ambik remeh, seolah-olah bersujud
kepada Allah SWT adalah perkara sampingan dan tak penting langsung!
“Yang penting, aku dah solat!”
Itulah persepsi
kita. Ish, saudari, janganlah
begitu. Kalau kita tak pakai telekung, sudah tentu kita akan
kemas-kemaskan pakaian kita. Kita akan berwangi-wangian. Kita akan pastikan
diri kita cantik dan kemas sebelum menghadap Allah SWT.
Yes, manusia ni suka
bagi alasan. Kita ni macam takut aib, tau tak. Bila orang tak nampak, kita sambil lewa. Bila
orang nampak, kita akan lagi hati-hati. Walhal tak sedar malaikat kiri
kanan sentiasa ada. Yang lebih tak
sedar lagi, Allah SWT sentiasa memerhatikan kita.
Kalau niat kita
menyeleweng, takut orang fikir buruk, betulkan niat kita. Lawan! Allah SWT Maha Mendengar. Berniat kita berlawa sebab nak ‘jumpa’
Allah SWT. Dan orang lain akan pandang, wah, indahnya Islam!
Betapa terjaganya bila nak hadap Yang Maha Esa!
Cuba kita
renung-renungkan balik.
3. Kita Gerenti,
GERENTI Pakai Pakaian Menutup Aurat Sepenuhnya!
Tudung pendek, baju lengan pendek, seluar jean ketat. Datang surau,
ambik wudhuk, sarung telekung, solat. Sah! Terselamat! Sebab
alasan telekung la ada sesetengah kaum Hawa
datang bersolat tanpa rasa risau pun dengan aurat dia.
“Eleh, yang penting aku dah solat.
Orang yang tutup aurat penuh tu
bukannya semua solat!”
Yela, puas kita turun naik solat.
Pahala pun dapat. Sekali tu bila
kita keluar je surau, pahala mula
menolak balik sebab aurat kita
sendiri. Dah la makin berkurang, kalau dah
hilang semua pahala? Bertambah pulak dosa. Ades, ruginya.
Cuba la kita ni fikir sikit sis.
Yes! Cuba takde telekung? Nah, entah-entah dia ikut je
style orang Arab, sarung jubah, tudung labuh, habis cerita! Rileks
sister-sister semua. Kalau nak
melenting pasal pakaian labuh-labuh yang panas, ingat! Panas di dunia, sejuk di akhirat.
Kalau kita buat
sesuatu benda hanya dengan harapkan keredhaan
Allah SWT, maka Allah SWT akan
permudahkan. Muslimah yang
labuh-labuh siap purdah tu steady je? Kenapa kita tak
boleh? Diorang bukannya khunsa. Perempuan yang lemah macam kita jugak kan?
Yes, aurat di luar solat adalah sama aurat di dalam solat.
Yang pasti dalam mazhab Imam Syafie rahimahumullah, ketika solat kita akan tutup part dagu kerana dianggap sebahagian
daripada anggota leher.
Ala, zaman sekarang kan
tudung dah macam-macam. Belit sana,
pusing sini, jadi gunakanlah kreativiti kita sendiri untuk kasi belit tutup dagu tu,
ye tak?
4. Kalau Ada
Silap, Senang Orang Nak Tegur.
Kita ni takut benar la kalau ada kesilapan dalam solat.
Itulah gunanya saudara sesama Islam,
saling bertegur dengan penuh hikmah. Maybe kalau kita pakai telekung, kesilapan kita melakukan gerak
solat akan tersorok.
Saudari, sampai bila
nak bersolat tanpa ilmu?
Tepuk dada tanya iman. Jangan esok kita pi
amali solat, terkial-kial melakukan
gerakan solat dan mulalah nak fikir sama ada betul ke tak
gerakan solat kita. Time tu, mula la malu dengan
fasilitator dengan peserta lain.
“Eleh, aku jarang la pi amali. Takde hal la!”
Yela, untuk pengetahuan kau, gerakan solat ni cukup penting
dan halus. Kalau kau duduk dengar taskirah,
kau akan sedar kalau kau slack dalam
bab gerakan solat, ada kemungkinan solat kau tak diterima. Turun naik, siang malam solat, last-last zero.
Kau nak?
Jadi, kalau kita ni tersilap dalam melakukan gerakan solat, insyaAllah akan muncul
hamba Allah SWT yang prihatin menegur dan membetulkan cara kita. Ingat. Tanpa
izin Allah SWT, hati dia takkan
terlintas untuk tegur kita.
Bersyukur la, sebab
sebenarnya Allah SWT yang ‘menegur’ kita dan nak tengok kita perform solat dengan
lebih baik. Takkan tak rasa best Allah SWT bagi ilmu, nak tunjuk jalan
betul? Kalau kita fikir dengan positif, mesti dah ya-be-da-be-du!
5. Permudahkan
Urusan Kita!
Yezza! Aku cukup cemburu dengan muslimah
Arab yang datang solat. Bukan cemburu negatif, tapi
cemburu dalam berfikir. Mudahnya dia solat.
Datang, wudhuk, kemaskan jubah, cari ruang, solat! Dah solat, berdoa’, angkat beg, blah!
Aku tengok pulak muslimah Melayu kita. Ambik wudhuk, then jalan cari telekung yang mana liat bawak telekung sendiri. Lepas tu
pilih telekung. Dah cari telekung, cari
ruang, solat! Habis solat, doa’, lipat telekung,
simpan balik telekung, hadap cermin nak betulkan tudung, mana
yang nak make-up, memang lama la. Dah lawa, angkat beg, blah!
Kalau telekung habis atau cari telekung sampai penuh ruang solat? Lagi sadis. Satu hal nak
menunggu.
So, kat sini kita boleh
fikir dan nampak sendiri la kan? Bezanya, mungkin mazhab si fulan tu ringan sikit aurat solatnya. Kita ni mazhab ‘halus’, jadi kalau nak solat
tanpa telekung tu, memang kena berhati-hati.
Kalau kita nak bagi alasan takut baju kotor ke, ada najis ke... Ehem. Habis, kita ni sarung telekung, dalam telekung tu apa? Sama jugak sis. Baju kita.
Cuma kalau nak bagi alasan untuk
perkemaskan solat, lagi yakin dengan telekung, aku terima.
*********************************************************************************
So, entri harini aku rasa sangat bermanfaat untuk
buat ilmu kat para muslimah. Tak kisah la nak pakai telekung ke, tak pakai telekung ke. Lagipun memang kita faham, mazhab
kita lebih berat, jadi pakai telekung
ni lebih menggalakkan.
Tapi korang digalakkan sebelum keluar, korang pakai pakaian korang dan cuba lakukan gerakan solat. Cuba tanya diri sendiri,
“Kalau aku solat tanpa telekung, sah ke? Aurat betul ke?”
Kalau tutup
sepenuhnya, tahniah! Kalau tak, pi la betulkan. Tak kisah la kalau nak pakai telekung time solat ke tak.
No comments:
Post a Comment