Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa
melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak
sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah
salah Allah SWT. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan.
Di antara kemungkinan itu ialah: Ada kalanya kita sudah terlalu jauh
dengan Allah SWT. Ada dinding yang membataskan kita dengan Allah SWT
seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Allah SWT berasa tidak
patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci
itu. Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan
dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram. Boleh jadi
kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang
kita tahu atau sedar. Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat
masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah
pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami
selalu berdoa. Ibrahim Adham menjawab: “Kerana hati kamu buta (mati)
disebabkan sepuluh perkara, iaitu”:
1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat
bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar
bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan
yang melimpah ruah – setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap
permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Bey Ariffin dalam
bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu
tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri
serendah-rendahnya (khusyu’ dan tawadhu sewaktu berdoa, serta memuliakan
Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau
sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai
Allah. Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa
sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya
kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan
tabi’iin, para wali dan orang soleh lainnya.
Untuk
membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan
dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara
adab-adab berdoa ialah: Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik
dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga
yang akhir dari malam dan pada waktu sahur. Berdoa dalam keadaan yang
mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan
musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan
sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada
gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah. Berdoa dengan menghadap
kiblat. Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh
orang yang berada di sisi kita. Berdoa dengan tidak menggunakan
kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana,
sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan
amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan
kehebatan Allah dalam jiwa. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan
dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak
diperkenankan Allah s.w.t. Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga
tiga kali. Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa. Bertaubat
sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah
s.w.t. Sumber : Harian Metro Online
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, January 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment