Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, June 7, 2012

Gagap jejas keyakinan diri

SAYA mempunyai masalah dalam pertuturan (gagap) hingga menyebabkan kurang yakin dan rendah diri.
Di sebabkan kekurangan itu, saya sering kali mengelak daripada berkomunikasi dengan rakan saya. Bagaimana untuk mengatasi masalah itu?

FATHUL,
Negeri Sembilan




GAGAP dalam percakapan bukan hanya membabitkan kesukaran bertutur, malah menyebabkan masalah dalam berkomunikasi.

Gagap adalah keadaan bertutur yang terhenti-henti atau cenderung mengulangi bunyi, suku kata atau perkataan.

Faktornya disebabkan bermasalah dalam percakapan, takut, terlampau ghairah, terkejut atau gugup. Menurut kajian, tiada rawatan yang berkesan untuk masalah gagap.

Di negara maju, terdapat satu peratus penduduk gagap. Bagaimanapun ia dapat dikurangkan secara beransur-ansur dengan latihan dan kesabaran.

Kita boleh mendapatkan bahan bacaan berkenaan masalah itu dalam pelbagai buku panduan atau di Internet. Selain itu, kita perlu membiasakan diri dengan membaca al-Quran.

Ini kerana, al-Quran mengajar kita supaya lancar lidah dalam sebutan dan bacaan. Al-Quran boleh dibaca dengan kuat tanpa perlu malu-malu.

Amalkan juga doa yang diajar Allah kepada Nabi Musa dalam surah Taha yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha ayat 25- 28).

Suami jarang tunai solat

SAYA sudah berkahwin dan tertekan dengan sikap suami. Suami jarang solat dan apabila ditegur, dia bermasam muka. Keadaan itu menyebabkan saya mengalah dan mudah memaafkannya.
Pernah saya tegur dengan cara lembut tetapi tetap tidak berhasil. Apabila memikirkan ikatan perkahwinan yang dibina selama sembilan tahun, saya akhirnya mengalah.

Kadangkala, sabar seorang isteri ada hadnya. Pernah sekali saya terjumpa mesej mesra dengan wanita lain. Bila diajak berbincang dia cuba mengelak kemudian saya yang dimakinya.

Macam-macam perkataan kurang sopan dilemparkan kepada saya. Saya ingin mengambil keputusan untuk bercerai, tapi tidak sampai hati kerana memikirkan anak-anak.


Dia umpamakan saya seorang isteri yang cemburu buta, suka menuduh sesuatu yang dia tidak buat. Ketika marah, saya tidur berasingan dengannya.

Suami saya jarang menunjukkan perasaan sayang dan hormatnya kepada saya walaupun di depan orang ramai. Dia berani meninggikan suara kadangkala mengherdik saya.

Berbeza sekali sikapnya jika berdepan dengan rakan di luar. Malah semua urusan anak saya yang aturkan dan maklumkan kepadanya. Saya tidak ubah seperti seorang isteri tanpa suami.

Berdosakah saya sekiranya selalu mengasingkan diri dan tidak tidur bersamanya? Apakah patut saya melawan cakap suami dan hilang rasa hormat atas perbuatannya itu?

UMI,
Johor



TEKANAN perasaan dialami semua orang dalam menghadapi cabaran hidup. Ia boleh berlaku dalam alam rumah tangga, keluarga, pekerjaan dan sebagainya.

Islam melihat kehidupan dunia sebagai ujian (ibtila’, bala) dalam menguji kesabaran dan kesyukuran seseorang hamba Allah. Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan segala ujian biasanya yang tidak baik dan bersyukur apabila menerima nikmat daripada Allah.

Dalam kes di atas, puan terganggu dengan sikap suami seperti tidak bersolat, mengabaikan teguran yang baik, mempunyai wanita lain hingga timbul rasa cemburu dan api kemarahan.

Itu menjadikan puan seorang pendendam terhadap suami hingga sentiasa tidur berasingan dengannya. Puan pula dibiarkan mengurus rumah tangga dan anak bersendirian tanpa bantuannya.

Semua itu menyebabkan puan hilang rasa hormat kepada suami dan berdendam dengan suami. Bagaimanapun, kasih kepada anak yang mengikat perkahwinan puan.

Beberapa nasihat yang saya boleh berikan, antaranya puan hendaklah menghilangkan sikap pendendam dengan suami kerana sikap dan kelakuannya itu.

Perasaan seperti dendam dan benci boleh menghalang hubungan erat antara suami isteri. Perasaan sedemikian sebahagian daripada penyakit hati yang perlu dihapuskan dan diganti dengan kasih sayang serta mawaddah.

Kedua, puan hendaklah melayan suami dengan sebaik mungkin dan tidak membiarkan tidur sendirian. Perbuatan sedemikian hanya mengundang perkara negatif lain seperti suami ingin berkahwin lain.

Islam mengajar bahawa kedua-dua suami isteri adalah teman hidup dan teman tidur. Segala persengketaan dan pertelingkahan hendaklah diselesaikan sebaik mungkin.

Ketiga, mengambil sikap bermaafan antara satu sama lain adalah asas keharmonian rumah tangga. Tiada seorang pun yang maksum daripada melakukan kesilapan melainkan nabi saja.

Keempat, ambillah pendekatan bersyukur dengan adanya suami dan anak serta bersabar dengan kerenah mereka. Kelima, apabila proses membaiki diri berjalan dengan baik, kita dapat membaiki orang lain sebaik mungkin.

Apabila berbuat demikian InsyaAllah rumah tangga menjadi aman dan bahagia. Suami menjadi taat kepada Allah dengan bersolat dan bertanggungjawab kepada anak dan isteri

Kahwin awal elak maksiat

SAYA berumur 20 tahun manakala kekasih berumur 25 tahun. Saya mengenali kekasih lebih sebulan lalu.
Kami pernah berjumpa untuk kali pertama dan hubungan kami direstui ibu bapa saya. Pada pertemuan itu, kami berpegangan tangan dan berpelukan.

Ketika ini saya amat insaf dan ingin segera mengubah cara hidup kami dengan berkahwin. Namun saya juga ingin melanjutkan pelajaran.

Adakah kami perlu berkahwin dahulu bagi mengelakkan diri daripada maksiat ataupun belajar kemudian berkahwin?


Saya amat buntu memikirkan masalah ini.

IZZATI,
Perak




BERKAHWIN awal dapat menyelesaikan masalah pasangan terjerumus dalam jenayah zina atau perbuatan maksiat.

Ia banyak terjadi apabila pasangan kekasih berjumpa di tempat sunyi tanpa mahram. Anda berdua hendaklah mengelak daripada kerap berjumpa.

Sekiranya tidak dapat mengelak hendaklah pergi bersama mahram. Sete�rusnya tidak salah untuk berkahwin awal sekiranya ia dapat mencegah daripada kemungkaran dan dosa maksiat serta zina.

Ajaklah kedua-dua keluarga berbincang untuk kebaikan dan maruah keluarga.
Semoga keputusan terbaik dapat dicapai.

Rakan keliru status cerai

SAYA mempunyai rakan yang akan berkahwin selepas bercerai secara baik dengan bekas suaminya. Namun dia keliru dengan status perceraiannya kerana pada masa itu dia tidak datang haid lagi dan belum mandi wajib.
Ketika lafaz cerai itu, suaminya tidak tahu keadaan isterinya yang belum mandi wajib. Yang difikirkan hanya terlepas dari ikatan kerana tidak tahan dengan sikap suaminya.

Adakah sah perceraian mereka? Seandainya sah, bagaimana dengan perkataan cerai dalam keadaan suci dalam surat perceraian.

Perlukah ditukar semula dan adakah dia disabitkan denda?


INGIN TAHU,
Kuala Lumpur



HUKUM asal talak atau cerai adalah makruh. Bagaimanapun, menjatuh�kan talak ketika isteri dalam haid atau ketika suci yang dicampuri hukumnya haram seperti mana berlaku kepada anda berdua.

Walaupun begitu perceraian dalam keadaan itu tetap sah. Yang terbaik ialah suami rujuk kembali kepada isteri kerana ia dapat memastikan isteri tidak mengandung.

Hal itu mungkin sukar dalam kes anda berdua yang sudah berpatah arang. Sebab itu, timbul masalah tempoh idah yang lebih panjang.

Bagi isteri yang dicerai dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan, tempoh idah ialah tiga kali suci. Dalam kes di atas, tempoh idah berpanja�ngan kerana persetubuhan berlaku selepas suci.

Pihak isteri terpaksa menunggu keadaan suci selepas haid bagi permulaan kiraan idah. Perkara itu boleh diperbetulkan mahkamah kerana dikhuatiri berlaku kekeliruan dalam pengiraan tempoh idah bagi isteri.

Dalam masa idah, isteri tidak boleh berkahwin lain. Pihak suami pula boleh rujuk dalam tempoh idah berkenaan.

Jangan jadi wali fasik

BOLEHKAH seorang bapa yang tidak cukup ibadah mewalikan anaknya? Menurut ibu saya, bapa saya tidak layak menjadi wali pernikahan saya yang bakal berlangsung tidak lama lagi dengan alasan bapa saya tidak pernah cukup solatnya.
Harap Dr dapat membantu saya merungkai persoalan itu.

AINA,
Selangor





ANTARA syarat sah wali ialah dia tidak fasik. Tidak mendirikan solat fardu atau meninggalkan suruhan Allah termasuk dalam perbuatan fasik.

Dengan itu, bapa hendak�lah kembali taat kepada Allah dan bertaubat untuk menjadi wali. Bapa sah menjadi wali.

Pendaftar nikah hendaklah menasihati setiap wali beristighfar dengan memohon keampunan Allah atas kelalaian mereka.

Penting untuk memberi keinsafan kepada ahli keluarga terutamanya bapa sendiri mengenai kewajipan mendirikan solat. Ini untuk kebaikan diri dan keluarga di dunia dan akhirat.

Untung atas angin

SAYA ada menyertai syarikat multi level marketing (MLM), adakah ia halal? Pekerjaan saya hanya perlu mencari orang bawah (downline) tanpa perlu menjual produk dan apabila orang bawah semakin ramai, orang atas (upline) mendapat keuntungan seperti untung atas angin tanpa berusaha.
Bagaimanapun, syarikat itu berdaftar dan mempunyai sijil halal. Kini, saya berasa runsing kerana takut mendapat rezeki yang haram.

FAIRUS,
Johor




SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di negara ini, ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL).

Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan. Apabila seseorang berjaya memasarkannya, ia mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM membabitkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan pelanggan.

Mana-mana perniagaan termasuk MLM mesti berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual bara�ngan atau perkhidmatan.

Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Justeru, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperoleh adalah halal.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan anda di atas, MLM itu tidak halal dan termasuk bentuk penipuan dan skim piramid. Ia mengambil kesempatan daripada sifat tamak dalam diri manusia seperti hendak cepat kaya tanpa berusaha.

Wajar bagi anda untuk meninggalkan MLM berkenaan.

Doa qunut sunat ab’ad | Soal Jawab

ADA pendapat mengatakan doa qunut hanya perlu dibaca (sunat) ketika solat subuh sahaja. Bagaimana dengan qada’ solat subuh pada waktu lain contohnya meng�qada’ pada waktu zohor adakah saya masih perlu membaca doa qunut untuk mendapatkan pahala sunat atau meninggal�kannya saja?
LILI,
Pulau Pinang





MEMBACA qunut semasa solat subuh dan witir selepas 15 Ramadan dan selawat kepada selepas itu termasuk dalam sunat ab’adh.

Sunat ab’ad adalah perkara sunat yang sangat dituntut� dan diberi pahala jika melakukannya. Sekiranya terting�gal, ia tidak membatalkan solat, tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi.

Sujud sahwi dilakukan selepas tasyahud akhir sebelum salam yang pertama.
Menqada solat subuh yang tertinggal juga sama dengan solat tunai dalam waktu.

Dengan itu saudari hendak�lah membaca doa qunut seperti biasa sewaktu qada solat subuh walaupun di luar waktu subuh.

Talak bukan perkara remeh

ADAKAH jatuh talak terhadap isteri jika saya melafazkan cerai secara jelas, tetapi ketika itu saya berseorangan (tiada saksi) dan dibuat hanya untuk suka-suka?
SHAIFUL ANWAR,
Perak



TALAK dan kahwin bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Ia perkara serius kerana membabitkan hubungan suami isteri. Apabila akad nikah, persetubuhan dihalalkan kerana sebelumnya haram.


Begitu juga dengan talak, hubungan seksual suami isteri menjadi haram. Sebab itu, talak tidak boleh dipandang remeh. Berdasarkan kes anda, talak jatuh dengan sebab kata-kata berkenaan walaupun ia hanya main-main dan berseora�ngan tanpa saksi.

Bagaimanapun, talak itu hendaklah disahkan di mahkamah dengan melaporkan kepada pihak berkuasa agama. Anda hendaklah menceritakan perkara sebenar kepada mahkamah dan isteri.

Mahkamah boleh mensabitkan cerai jika ia sabit. Jika berlaku rujuk, ia juga boleh disahkan di mahkamah nanti.

SOAL JAWAB | Kawal kejahatan lidah

SAYA ada menegur seorang rakan yang suka bercakap kasar dan kadangkala mengeluarkan perkataan lucah. Dia juga seorang yang panas baran.
Walaupun ditegur, dia masih mempertahankan tindakannya, malah berasa bangga. Dia pernah menyatakan gurunya memberitahu, percakapan kasar dibenarkan Islam.

Malah, dia turut bercakap kasar dengan ibunya sendiri. Saya pernah menasihatinya supaya sentiasa menjaga tutur katanya tetapi tidak diendahkan.

Bagaimanakah hendak menangani individu yang berkelakuan seperti itu?


SAHABAT SEJATI,
Perak


MENURUT Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din, akhlak tercela muncul daripada dua nafsu syahwat (keinginan) iaitu nafsu makan dan nafsu seks serta daripada lidah iaitu tutur kata.

Kita perlu mengawal ketiga-tiga nafsu yang menjurus kepada kejahatan itu supaya ia tidak menguasai diri. Al-Ghazali menyenaraikan 20 kejahatan lidah antaranya berkata-kata kasar, kesat, lucah, berbohong, menyumpah, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat, bercakap perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah.

Kejahatan lidah ada yang besar dan kecil. Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti, memudaratkan orang lain dan diri sendiri.

Mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu hukumnya haram dan berdosa besar. Menurut al-Ghazali lagi, kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan kepada seseorang sama ada di dunia atau akhirat.

Merujuk kepada masalah yang dihadapi rakan anda itu, dia perlu disedarkan mengenai angkara dan kejahatan lidah. Teruskan menasihatinya secara baik, selain beri kepadanya buku mengenai penyakit hati dan kejahatan lidah de�ngan harapan dia kembali berubah.

SOAL JAWAB | Elak dekati dosa besar

APAKAH hukum seorang Muslim mendekati perkara yang menyebabkan dosa besar seperti selalu ke tempat perjudian dan berpegangan tangan dengan wanita bukan mahram?
IZZAT,
Melaka



SEMUA perkara yang mendekati dosa besar perlu dihindari. Sebab itu, Allah berfirman dalam surah al-Isra dengan maksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat” (Q.17: 32). Mendekati dosa besar semesti�nya dihindarkan.


Ia termasuk dalam perkara haram jika dilakukan. Memasuki pusat perjudian dikira bersubahat walaupun tidak berjudi. Memegang tangan wanita adalah haram walaupun tidak berzina.

Seorang lelaki haram menyentuh mana-mana wanita bukan mahram kecuali ada ikatan suami isteri

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...