Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan..
Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja...
Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat...
Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...
Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:
1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..
2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..
3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..
4. Rumah yang makanannya halal...
5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..
6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..
7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..
8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..
9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..
10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..
11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji...
12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya.... Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Wednesday, February 22, 2012
Tanda-Tanda Kematian Untuk Orang Islam
Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.
Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.
Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita akan membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia masih boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.
Oleh itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang silap dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.

Sunday, February 19, 2012
kedewasaan
abah... tubuhku kian liat untuk bangkit dan berwudhuk bila selimutku tidak ditarik dan telinga ku tidak disumbat oleh ugutan dan nyaring azan lalu sering ketiduran ketengah hari
emak... sarapanku terasa hambar bila seleraku tidak pernah pudar roti bakar, cornflakes dan burger kerana nafsuku ingin mengunyah nasi dagang, nasi lemak lempeng atau cekodok pisang kopi susu terasa begitu pahit tanpa mendengar ceramahmu pagi - pagi
kakak... janggal terasa diri bila tiada yang marah - marah andai terlewat tiada yang menegur itu ini tentang rambut dan pakaian ada - ada saja yang tak kena cermin pun seakan malu - malu untuk berterus terang seperti mu
abang... petang ku begitu menjemukan bila tiada yang menarik ku ke padang untuk berlari atau bermain atau menyeringai di tepi kilang kemas bergaya mencuci mata acah - mengacah mencari habuan atau mencari nahas bila tersalah siulan
adik... malamku dingin sekali bila hanyaku sendiri dimakan malam tiada lagi rebut - merebut usik - mengusik dan pertengkaran mengacau dan mengganggu mu mengulangkaji aku pun sudah terlalu lama tidak mencubit paha, menarik telinga mu ataupun meninggikan suara
ah... . selamat malam kenangan pejamkan mataku dan hidangkan tidurku untuk jinakkan mimpi yang mengganggu bila mata diselaputi wajah - wajah dan betapa sukarnya hati menolak kesepian dan keasingan yang menggigit sebuah kedewasaan yang datangnya begitu cepat...
------@ -------@ ibu, ayah, abang, kakak dan adik - adik... aku masih mengimpikan dan sentiasa merindui kenangan dan kebahagiaan di masa lalu. kalau lah aku mampu untuk mngundurkan masa, tak ku biarkan segalanya berlalu kerana aku menyayangi keluarga ini dan kerana aku masih memerlukan kalian disisi untuk membimbingku, mendidik ku, menunjukkan ku apa yang benar untuk ku lalui... **
ayah... ketahuilah aku terlalu ingin bersamamu disaat - saat akhirmu sebelum kau menghembuskan nafas yang terakhir pada waktu ini... aku ingin sentiasa mendengar suaramu dan meminta ampun kepadamu atas segala kesalahan ku. aku ingin bermanja denganmu seperti dulu. dan kumohon pada tuhan biarlah pada ketika saat itu tiba aku ada di sisimu menyaksikan ketenangan diwajahmu saat akhir kau menghayati hidup ini. biarlah aku menjadi yang terakhir untuk kau ucapkan selamat tinggal. **
ibu... . dirimu sudah terlalu tua. dan aku masih belum dapat membalas segala jasamu. kedut di wajah dan uban dikepala mu menyatakan segala keperitan dan kesengsaraan hidup yang pernah kau lalui. aku ingin sekali mewarisi ketenanganmu dan aku ingin sekali lagi melihat airmata kegembiraanmu atas kejayaanku. aku ingin sekali memahami dirimu seperti mana kau memahami ku. aku ingin sekali mendengar kisah hidupmu seperti apa yang aku ceritakan tentang hidupku... semoga tuhan mengizinkan kita melalui semua ini. kesabaran dan ketabahanmu mengajarku erti kedewasaan dan aku bangga menjadi anakmu. @------@-------

Secebis Kisah Kenikmatan Di Dalam Syurga Secebis Kisah Kenikmatan Di Dalam Syurga
Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.
Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;
1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)
Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a. Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.
Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."
Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
Terdapat kemah-kemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna. Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.
Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."
Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya. Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.
Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.
Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.
Wallahu'alam.

Empat Perkara Yang Di Dahulukan Oleh Umat Akhir Zaman
Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada hati rasa, ada akal fikir.
Hakikatnya, umat manusia diakhir zaman yang didahulukan adalah:
1) Harta
Melalui harta kononnya manusia akan menjadi seorang penguasa yang dihormati. Tetapi pada hakikatnya, harta itu tidak akan membuatkan kamu menjadi seorang yang berkuasa seandainya tiada sedekah yang diberikan kepada orang-orang yang tidak berharta. Bagaimana boleh dikatakan kamu yang berharta dikatakan seorang yang berkuasa? Sedangkan apabila lahirnya seorang hartawan, maka lahirnya juga 1000 manusia yang berada di dalam kesusahan? Justeru, kenapa Allah menjadikan kamu seorang hartawan? Tugas kamu adalah untuk menjadi seorang dermawan. Sedarlah wahai hartawan, jutawan sekalian.. Tiada bekalan yang akan kamu bawa nanti untuk menempuh kesusahan kiamat melainkan sedikit harta yang telah kamu sedekahkan.
2) Pangkat
Semua manusia mengejar pangkat. Untuk apakah pangkat itu kalau bukan kerana untuk menyenangkan hidup kaum kerabat dan sanak saudara. Sebagai contoh, adakah adil seorang insan yang berpendidikan tinggi, bermotivasi tinggi, berilmu tinggi dipinggirkan daripada mendapat jawatan yang sepatutnya layak untuknya hanya kerana ingin mengisikan jawatan tersebut pada kaum kerabatmu?
Mungkin juga pangkat itu digunakan untuk menambahkan pengikut-pengikut persatuan atau kelab-kelab kamu dengan menggunakan syarat tertentu untuk mencari calon untuk mengisi jawatan tersebut. Adilkah kamu sebagai manusia yang berpangkat? Sedarkah kamu, bahawa Allah itu sentiasa menilai hidup dan segala amalanmu? Satu penganiyaan telah kamu lakukan seandainya pangkat yang kamu ada digunakan untuk kepentingan kamu dan keluargamu sahaja. Boleh jadi orang yang memohon kerja itu adalah orang yang berlatarbelakngkan keluarga yang susah. Jadi, kamu telah menganiayanya serta keluarganya hanya untuk kepentingan keluargamu.
3) Hiburan
Hiburan yang menyebabkan manusia semakin lalai dan alpa kepada Allah s.w.t. Hiburan yang menyebabkan terjadinya perbagai masalah sosial dikalangan anak remaja. Hiburan ini adalah yang menyesatkan manusia diakhir zaman.
Hiburan yang dituntut adalah zikrullah. Tiada satu pun hiburan didunia ini yang dapat menenangkan hati dan jiwa seseorang manusia melainkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah s.w.t. Hiburan itu jugalah yang sama-sama dilakukan oleh para malaikat dan para Anbiya’. Tempat hiburan yang terindah adalah di atas sejadah-Nya bukan dikelab-kelab malam, juga bukan ditepi-tepi pantai dan sebagainya. Wahai manusia akhir zaman, sedarlah segera selagi masih ada pintu taubat untukmu.
4) Kekasih hati
”Apa yang penting adalah cinta hatiku. Parent tidak suka, tidak mengapalah. Aku yang akan berkahwin, bukan mereka”. Inilah ungkapan yang akan dikeluarkan oleh manusia yang telah mendahulukan kekasih hatinya daripada Ibu bapa sendiri. Sedarkah kamu, perkahwinan itu bukan antara kamu dan kekasihmu sahaja. Perkahwinan itu merangkumi seluruh keluarga dan sanak saudara kamu. Jika kamu mengenepikan ibu bapa mu dalam pencarian jodohmu, Allah juga akan mengenepikan doa-doa kamu untuk memperoleh kebahagiaan untuk kehidupan kamu berdua.
Kebahagiaan kamu di atas keredhaan ibubapamu. Maka, hormatilah mereka terlebih dahulu sebelum kamu menghormati pasangan kamu. Sesungguhnya tiada ibubapa yang ingin melihat anak-anak mereka hidup menderita. Jika ada halangan daripada mereka, fikirkan secara mendalam. Pasti ada sebabnya.
Secara keseluruhannya, keempat-empat perkara ini, berpunca daripada satu. Iaitu NAFSU. Manusia akhir zaman, hanya memikirkan nafsu semata-mata. Itulah yang menolak kamu semua ke neraka. Semoga kalian semua terselamat daripada azab siksa api neraka tersebut. Aminn.

Kenapa Tak Jadi? Kenapa Tak Jadi?
Semasa tengah melayari internet terjumpa saya dengan artikel ini... ..sangat bagus untuk saya... .terjawablah sudah beberapa persoalan tentang faktor kemujaraban sesuatu rawatan tersebut... ..
Dalam surat Al Falaq dijelaskan bahwa kita harus berlindung kepada Allah dari kekuatan sihir para penyihir yang meniupkan sihir pada buhul buhulnya….
Jadi kekuatan black magic/sihir untuk mengirim guna guna/sihir memang disebut dalam Al Qur’an, bererti kekuatan sihir/black magic itu memang ada menurut Islam….
Obat yang paling mujarab untuk menangkal dan mengobati sihir/guna guna/ilmu hitam , tentu ada juga didalam Al Qur’an, karena Al Qur’an itu sumber seluruh petunjuk dan aturan seluruh kehidupan manusia/umat Islam….
Yang sudah dikenali oleh para pengobat spiritual Islam, yang digunakan adalah Surat Al Fatihah, Surat Al Falaq, Surat Annas, Surat Al Ikhlas dan Ayat Qursi….
Tapi nampaknya belum banyak yang yakin seratus persen bahwa Surat dan ayat tersebut memiliki kekuatan yang sangat dahsyat sehingga lebih banyak orang yang berangkat kedukun kerana merasa terkenasihir /guna guna….
Pendekatan yang digunakan oleh para dukun merawat sihir sering menggunakan sarana yang tidak Islami…justru menggunakan enerji /tenaga makhluk gaib atau jin …yang tentunya menurut Islam adalah haram…
Pengobatan sihir menggunakan enerji makhluk gaib atau jin ini akan mengakibatkan kesan negatif, kerana sama saja dengan orang muslim yang kelaparan lalu makan daging babi…memang betul laparnya hilang, tapi dosa haramnya tetap harus dipertanggung jawabkan nanti…
Saya berkongsi artikel ini untuk meyakinkan pada diri saya dan para orang awam di dunia mistik dan spiritual bahwa sebenar benarnya fakta nyata bahwa kelima Surat dan Ayat Suci Al Qur’an tersebut memiliki kekuatan/enerji gaib yang dahsyat kalau kita meyakininya seratus persen.
Sekarang bagaimana agar kita mampu mencapai enerji gaib dari Surat dan Ayat suci tersebut, karena menurut beberapa pembaca yang pernah mencoba mengobati kerasukan dengan Surat/ayat tersebut tapi gagal…
Kuncinya adalah kita harus pasrah sebenar2nya / seratus-peratus kepada Allah pada saat membacakan Surat dan ayat tersebut…hanya Allah yang tahu tingkat ketulusan dan keikhlasan sipembaca Surat dan Ayat tersebut…Karena ternyata ada pembaca yang mempraktekannya ternyata berhasil, padahal merasa dirinya bukan seorang yang suci atau ustadz…
Kegagalan mencapai enerji ghaib surat dan ayat tersebut biasanya kerana :
1. Masih ragu ragu/kurang yakin..
2. Merasa dirinya sudah bersih, suci dan hebat..ustadz lagi..
3. Ada perasaan riak yang tersembunyi, ingin menunjuk..
4. Kurang tulus dan ikhlas, ada maksud2 tersembunyi..
5. Kurang berhasil menghapuskan keegoan dirinya dan masih ada rasa ujub takaburnya…
Kelima perasaan dan fikiran yang tersembunyi tersebut akan terlihat oleh Allah, walau disembunyikan…makanya Allah tidak mengizinkan enerji IllahiNya dicapai oleh si perawat …
Jadi yang harus dilatih dan ditumbuh kembangkan adalah:
1. Yakini “La haula wala quwata ila bilahil aliyil adzim”..
maknanya adalah “We are nothing without support of Allah”..
2. Yakini: “Innamaa amruhu itza arada syaian an yaqula lahu kun faya kun.”
Ertinya: Bilamana Allah menghendaki sesuatau terjadi, maka terjadilah( Surat Yassin ayat 82)
3. Yakini isi surat Alfatihah, Annas, Falaq, Al Ikhlas dan Ayat Qursi secara mendalam betul..
4. Berserah diri 100% kepada Allah, walau resiko maut yang harus dihadapi dalam pengobatan…
( ini yang paling sulit , berani berkorban nyawa untuk mengobati orang lain..)
Kalau keempat hal tersebut diatas sudah dicapai, insya Allah anda mampu merawat sihir / ilmu guna2 atau ilmu hitam .
Kalau dalam pengobatan spiritual dilengkapi media air, garam dan sireh temu urat, itu hanya sekadar saranan , bukan hal utama…
Enerji / kekuasaanTuhan lebih dahsyat dari enerji air, garam dan sireh temu urat yang digunakan sebagai saranan bagi yang diobati dan sebagai media penyaluran enerji Illahi yang terkandung dalam semua ayat suci tersebut..
Innaa lillahi wa inna ilaihi rajiu'n.

Seagung cinta Julaibib
“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Saya juga terdengar lagu ini di dalam teksi ketika mengunjungi Jakarta, tahun lalu. Begitu hebat lirik dan alunan melodinya hingga diminati penduduk Indonesia.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.
Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.

Itulah kehebatan cinta diciptakan Allah dalam setiap diri manusia. Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat, apatah lagi disentuh, namun tetap dirasai setiap manusia.
Cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi di antara satu sama lain.
Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
Istilah cinta terlalu indah, bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma. Apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti.
Mungkin kerana itu, cinta usia remaja dipanggil ‘cinta monyet’ kerana sifat monyet tidak tetap dan bertukar-tukar tempat tinggalnya.
Saya umpamakan cinta sebagai satu masakan. Keenakan sesuatu masakan bergantung kepada bahan digunakan. Jika bagus kualitinya, tepat sukatannya serta betul adunannya, enaklah masakan itu.
Namun, jika tidak berkualiti bahannya dan tidak betul adunannya, pasti masakan itu tidak enak dimakan.
Pendek kata, semua bergantung kepada tukang masak kerana dia bakal menentukan rasa sesuatu masakan. Oleh itu, tukang masak perlu mempelajari teknik masakan betul untuk menghasilkan makanan enak.
Begitu juga perihal cinta. Untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati, tentu ramuannya perlu sempurna. Pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi. Paling utama, panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati supaya cinta yang didamba bukan cinta dimurkai.
Cinta juga subjektif kerana kita mempunyai alasan menyintai seseorang. Ada yang menyintai kerana tertarik dengan kecantikan atau ketampanan. Tidak kurang yang menyintai pasangan kerana ‘jatuh hati’ pada hartanya.
Zaman ini, sukar bertemu cinta yang benar ikhlas kerana Allah. Apabila berbicara mengenai cinta, saya teringat kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib.
Julaibib adalah pemuda yang kurang elok paras rupanya. Pendek kata, wanita zaman itu lebih rela membujang hingga ke tua daripada bersuamikan Julaibib.
Satu hari, Rasulullah SAW mengajak Julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan.
Berjumpalah Rasulullah SAW dengan bapa kepada gadis itu dan melamarnya untuk Julaibib.
Si bapa tersentak seketika sebaik mendengar nama Julaibib dan memohon untuk berbincang dengan isterinya. Seperti diduga, isterinya juga terkesima mendengar perkhabaran itu.
Namun tidak bagi si gadis yang mendengar perbualan orang tuanya. Si gadis berkata kepada ibu bapanya: “Adakah sanggup ibu dan ayah menolak pinangan serta hajat daripada kekasih Allah? Jika pinangan itu daripada kekasih Allah, sudah pasti ada kebaikannya.”
Kemudian berkahwinlah wanita tadi bersama Julaibib. Namun tidak lama selepas itu Julaibib menyertai satu peperangan bersama Rasulullah dan terkorban.
Rasulullah sendiri mendukung Julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad. Rasulullah SAW memuliakan Julaibib.
Lalu berebut-rebutlah para sahabat untuk mengahwini balu Julaibib dan akhirnya dikatakan wanita itu dikahwini sahabat Nabi SAW bernama Saad bin ‘Ubadah, hartawan terkenal zaman itu.
Inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama, bukan nafsu semata-mata.
Bak kata pepatah: ‘Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan Allah, kekal untuk selama-lamanya’.
Sempena kedatangan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari ini, usah ada antara kita berpegang dengan niat ia disambut bukan kerana sejarahnya.
Tidak perlu anda menyambutnya sedangkan banyak lagi hari lain jika ingin menyatakan perasaan cinta terhadap pasangan. Malah, sambutan Hari Memperingati Kekasih tidak termaktub dalam ajaran Islam.
Paling utama, turutilah batas agama supaya cinta kekal hingga ke syurga. Apabila menyintai seseorang, pasang niat untuk mengahwininya supaya tidak menjadi sia-sia. Cari jalan untuk mengahwini wanita itu kerana Allah.
Kerana naluri kemanusiaan serta cinta kepada agama dan sunnah Nabi, insya-Allah saya akan menamatkan zaman bujang pada 17 Februari ini di Sabak Bernam dengan gadis pilihan hati.
100 peratus kayu
SESIAPA saja yang melalui jalan utama Kampung Seberang Jertih di bandar Jertih, Besut, Terengganu - sama ada dari arah Kota Bharu, Kelantan atau dari Kuala Terengganu, pasti menoleh kagum melihat sebuah bangunan kayu tersergam indah. Selepas diamati, hati pasti lebih teruja menyedari struktur itu adalah tempat umat Islam bertemu dan beribadah.Keunikan masjid dibina dengan 100 peratus kayu cepat merebak dan menjadi tumpuan orang ramai dari segenap ceruk termasuk pelancong asing yang mahu melihat sendiri keindahan Masjid Kayu Seberang Jertih yang dibina dengan seni pertukangan Melayu. Corak ukiran awan larat dengan motif pelbagai jenis bunga pada struktur masjid ini misalnya, mengumpan mata terutama peminat seni khat Melayu.Ini terbukti sepanjang penulis berada di masjid seluas kira-kira 300 meter persegi ini, rumah ibadat ini sentiasa dikunjungi ramai. Ada saja pelawat singgah dan meninjau perkarangan masjid serta menunaikan solat. Malah, penulis juga sempat melihat sekumpulan rombongan menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kerandang, di sini, dari Tanah Merah, Kelantan yang singgah bersolat. Ketika mendekati kumpulan rombongan itu, ramai antara mereka mengakui kagum dengan keindahan masjid ini.
Masjid Kayu Seberang Jertih bernilai kira-kira RM12 juta itu diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan pembinaannya dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
Rumah ibadat ini adalah masjid pertama di Terengganu yang dibina mengikut konsep seni bina tradisi Melayu menggunakan sepenuhnya kayu iaitu 90 peratus kayu cengal serta selebihnya kayu nyatoh dan bala. Hanya tiang utama bangunan masjid dan lantai menggunakan konkrit.
Bagaimanapun, permukaan lantai konkrit dilapisi kayu bala.
Apa yang menarik, pembinaan masjid di tapak seluas 0.2 hektar pada Januari 2009 dan siap pada Ogos tahun lalu, mendapat sentuhan pengukir kayu terkenal yang juga anak Terengganu, Wan Mustafa Wan Su atau lebih dikenali Wanpo.
Wanpo yang juga pemilik syarikat Khazanah Seni Warisan diberi tanggungjawab merealisasikan projek membina masjid tradisional Melayu lama menggunakan kayu sepenuhnya.
Memasuki masjid ini, tingkat pertama atau tingkat bawah masjid dijadikan dewan serba guna untuk sebarang majlis keramaian. Manakala tingkat kedua adalah dewan solat serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan.
Ruang utama solat mampu memuatkan sehingga 700 jemaah selain ruang selasar atau serambi (ruang terbuka) di kiri kanan dewan solat yang masing-masing mampu memuatkan 700 jemaah. Ini menjadikan keseluruhan tingkat dua masjid mampu memuatkan sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
Menceritakan seni bina masjid itu, Wanpo berkata, beliau diberi tanggungjawab membina masjid itu mengikut konsep seni bina Melayu lama yang menekankan teknologi tulen seni pertukangan kayu Melayu tradisional.
Selain aspek ukiran, elemen lain termasuk sistem pengudaraan dalam bangunan dan kemasukan cahaya dari luar turut diambilkira.
Wanpo berkata, selain bangunan utama masjid, dua bangunan tempat mengambil wuduk dan kemudahan tandas yang juga keseluruhan dinding luar diperbuat daripada kayu serta tempat mengambil wuduk untuk wanita dibina berasingan di bawah masjid turut disediakan.
Selit elemen laut, konsep tebuk-pasak
KESELURUHAN dinding bangunan masjid serta dua bangunan tempat wuduk dan tandas dibina berkonsepkan dinding janda berhias. Manakala 12 pintu utama dewan solat pula diukir dengan corak awan larat menggunakan motif seperti bunga mas dan kenanga serta diadun dengan unsur motif bunga khayalan dan corak sisik tenggiling.
Dinding ruang mimbar juga dibina corak dinding janda berhias dan pagar depan mimbar bercorak tenunan songket Terengganu.
"Setiap atas pintu utama masjid juga diukir dengan ayat suci al-Quran iaitu doa keluar dan masuk masjid. Manakala di sekeliling bumbung masjid yang dikenali sebagai andam-andam dipasang dengan ukiran kaligrafi kayu diperbuat daripada kayu cengal dengan nama junjungan besar Nabi Muhammad dalam bentuk tulisan jawi dan huruf Lam Alif - bermaksud Maha Besar Allah yang tiada bandingan, menyerupai atau melebihi kekuasaan dan sifatNya,” kata Wanpo.
Wanpo berkata, Masjid Kayu Seberang Jertih dibina dalam bentuk 'Perabung Lima' seperti bumbung rumah Melayu lama di Kelantan dan inspirasi seni binanya berasaskan Masjid Kampung Laut yang tertua di Asia Tenggara berusia lebih 300 tahun yang terletak di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
“Masjid Kayu Seberang Jertih dibina 100 peratus menggunakan kayu dengan teknik ‘tebuk-pasak' atau tidak menggunakan paku,” katanya sambil menambah idea pembinaan masjid kayu itu dicetuskan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, apa yang membezakan masjid ini ialah ia dibina setinggi tiga tingkat dan mempunyai ruang selasar atau serambi iaitu ruang terbuka di tingkat dua tempat solat.
Wanpo berkata, beliau cuba menerapkan unsur asbtrak pada ukiran kayu di enam kepala tangga masjid berkenaan yang menggambarkan ombak Pantai Timur dan penyu. Manakala pagar kayu di ruang selasar masjid juga dibina berkonsepkan corak tenunan songket Terengganu.
"Ombak sebahagian gambaran kehidupan masyarakat Pantai Timur yang lebih dekat dengan kehidupan pantai manakala penyu adalah gambaran perjalanan hidup manusia yang jauh," katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Kayu Seberang Jertih, Ahmad Zaki Mohamad berkata, masjid itu dibina bagi menggantikan masjid lama yang terletak di kawasan tapak masjid berkenaan.
Ahmad Zaki berkata, masjid lama yang dikenali sebagai Masjid Seberang Jertih hanya mampu menampung kira-kira 300 jemaah dan dibina pada era sebelum kemerdekaan negara.
“Masjid lama pada awalnya diperbuat daripada kayu sebelum diubahsuai kepada konkrit dan kayu sehinggalah dirobohkan sebaik saja masjid baru digunakan, Ogos tahun lalu.
"Dengan siapnya masjid baru ini, ia banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menunaikan solat di tempat yang lebih selesa dan mampu memuatkan lebih ramai jemaah.
"Masjid ini juga menjadi tumpuan ramai umat Islam dari luar Terengganu dan pelancong yang datang untuk melihat keindahan seni binanya dengan semua pintu utama masjid diukir dengan ukiran awan larat dengan motif bunga selain ukiran ayat suci al-Quran," katanya.
Ahmad Zaki berkata, jumlah umat Islam dari luar Seberang Jertih yang datang menunaikan solat di masjid itu boleh dilihat menerusi sumbangan derma yang kepada tabung masjid berkenaan yang semakin meningkat setiap minggu.
"Sebelum ini, jumlah sumbangan derma hanya sekitar RM300 seminggu. Tetapi sekarang ia meningkat kepada RM700 dan RM800 seminggu.
“Manakala pada musim cuti persekolahan ia mencapai sehingga RM1,000 seminggu. Ini kerana ramai pelawat umat Islam dari luar Terengganu singgah menunaikan solat di masjid ini untuk merakamkan gambar dan memberi sumbangan derma,” katanya.
Ahmad Zaki berkata, kutipan derma digunakan untuk membiayai aktiviti masjid seperti memberi hadiah kecemerlangan kepada pelajar.
“Kita juga merancang untuk meluaskan sumbangan kepada anak yatim dan saudara baru di kawasan sekitar Seberang Jertih," katanya yang berbangga masjid itu menjadi tumpuan ramai.
Masjid Kayu Seberang Jertih dijangka dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Februari ini sempena lawatan baginda ke daerah Besut.
INFO
- Masjid Kayu Seberang Jertih
- Kos pembinaan RM12 juta
- Mampu menempatkan 2,000 jemaah
- Menggunakan rekaan seni bina Melayu - Perabung Lima
- Konsep dinding - Janda Berhias
- Mula digunakan Ogos 2011
- Dijangka dirasmikan pembukaan 24 Februari oleh Sultan Mizan Zainal Abidin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...