Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, February 19, 2012

Seagung cinta Julaibib

“CINTA bukan hanya di mata. Cinta hadir di dalam jiwa. Biarlah salah di mata mereka. Biar perbezaan terlihat antara kita.” Itu antara bait lagu Suci Dalam Debu nyanyian kumpulan Iklim dan pernah jadi siulan ramai satu ketika dulu.
Saya juga terdengar lagu ini di dalam teksi ketika mengunjungi Jakarta, tahun lalu. Begitu hebat lirik dan alunan melodinya hingga diminati penduduk Indonesia.
Lagu itu antara ribuan yang mengisahkan kehebatan panahan cinta dalam diri manusia. Pelbagai ekspresi atau kisah diluahkan dalam bait lagu dalam pelbagai genre, rentak juga bahasa.

Ada menggambarkan kehebatan cinta, kecewa kerana cinta serta kesucian cinta. Tidak kurang lagu berunsurkan Islamik yang berkisarkan dambaan cinta daripada Allah serta Rasul-Nya.

Itulah kehebatan cinta diciptakan Allah dalam setiap diri manusia. Allah ciptakan cinta tanpa dapat dilihat, apatah lagi disentuh, namun tetap dirasai setiap manusia.

Cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan insani bersumber daripada fitrah Allah dalam diri manusia, iaitu kecenderungan kepada lawan jantinanya sebagai saling melengkapi di antara satu sama lain.

Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu (kaum lelaki) isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”

Istilah cinta terlalu indah, bicara mengenai cinta pula kadangkala boleh meremangkan bulu roma. Apatah lagi bagi remaja yang ghairah mencari cinta dan datang serta pergi silih berganti.

Mungkin kerana itu, cinta usia remaja dipanggil ‘cinta monyet’ kerana sifat monyet tidak tetap dan bertukar-tukar tempat tinggalnya.

Saya umpamakan cinta sebagai satu masakan. Keenakan sesuatu masakan bergantung kepada bahan digunakan. Jika bagus kualitinya, tepat sukatannya serta betul adunannya, enaklah masakan itu.

Namun, jika tidak berkualiti bahannya dan tidak betul adunannya, pasti masakan itu tidak enak dimakan.

Pendek kata, semua bergantung kepada tukang masak kerana dia bakal menentukan rasa sesuatu masakan. Oleh itu, tukang masak perlu mempelajari teknik masakan betul untuk menghasilkan makanan enak.

Begitu juga perihal cinta. Untuk mendapatkan kemanisan cinta sejati, tentu ramuannya perlu sempurna. Pergaulan hendaklah sentiasa dibatasi. Paling utama, panduan serta tunjuk ajar agama perlu ditaati supaya cinta yang didamba bukan cinta dimurkai.
Cinta juga subjektif kerana kita mempunyai alasan menyintai seseorang. Ada yang menyintai kerana tertarik dengan kecantikan atau ketampanan. Tidak kurang yang menyintai pasangan kerana ‘jatuh hati’ pada hartanya.

Zaman ini, sukar bertemu cinta yang benar ikhlas kerana Allah. Apabila berbicara mengenai cinta, saya teringat kisah sahabat Rasulullah SAW bernama Julaibib.

Julaibib adalah pemuda yang kurang elok paras rupanya. Pendek kata, wanita zaman itu lebih rela membujang hingga ke tua daripada bersuamikan Julaibib.
Satu hari, Rasulullah SAW mengajak Julaibib ke rumah sebuah keluarga yang mempunyai anak gadis rupawan.

Berjumpalah Rasulullah SAW dengan bapa kepada gadis itu dan melamarnya untuk Julaibib.

Si bapa tersentak seketika sebaik mendengar nama Julaibib dan memohon untuk berbincang dengan isterinya. Seperti diduga, isterinya juga terkesima mendengar perkhabaran itu.

Namun tidak bagi si gadis yang mendengar perbualan orang tuanya. Si gadis berkata kepada ibu bapanya: “Adakah sanggup ibu dan ayah menolak pinangan serta hajat daripada kekasih Allah? Jika pinangan itu daripada kekasih Allah, sudah pasti ada kebaikannya.”

Kemudian berkahwinlah wanita tadi bersama Julaibib. Namun tidak lama selepas itu Julaibib menyertai satu peperangan bersama Rasulullah dan terkorban.

Rasulullah sendiri mendukung Julaibib dan meletakkan tubuh syahidnya di dalam liang lahad. Rasulullah SAW memuliakan Julaibib.

Lalu berebut-rebutlah para sahabat untuk mengahwini balu Julaibib dan akhirnya dikatakan wanita itu dikahwini sahabat Nabi SAW bernama Saad bin ‘Ubadah, hartawan terkenal zaman itu.

Inilah kisah yang dapat memberi panduan kepada kita menyintai seseorang itu kerana agama, bukan nafsu semata-mata.

Bak kata pepatah: ‘Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan Allah, kekal untuk selama-lamanya’.

Sempena kedatangan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari ini, usah ada antara kita berpegang dengan niat ia disambut bukan kerana sejarahnya.

Tidak perlu anda menyambutnya sedangkan banyak lagi hari lain jika ingin menyatakan perasaan cinta terhadap pasangan. Malah, sambutan Hari Memperingati Kekasih tidak termaktub dalam ajaran Islam.

Paling utama, turutilah batas agama supaya cinta kekal hingga ke syurga. Apabila menyintai seseorang, pasang niat untuk mengahwininya supaya tidak menjadi sia-sia. Cari jalan untuk mengahwini wanita itu kerana Allah.

Kerana naluri kemanusiaan serta cinta kepada agama dan sunnah Nabi, insya-Allah saya akan menamatkan zaman bujang pada 17 Februari ini di Sabak Bernam dengan gadis pilihan hati.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...