Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, August 10, 2012

Fasa Akhir Ramadhan...semoga Kita Termasuk Dalam Golongan Sedikit

Pejam celik, pejam celik dah 25 hari Ramadhan - injury time gitu. Ibarat permainan bola juga, waktu2 akhir nih sangat menentukan kemenangan atau kekalahan. Jika di saat tersebut lengah dan lalai, kemenangan yang sudah di depan mata mungkin terlepas.

Fenomena hari2 akhir ramadhan ni tak pernah berubah tahun ke tahun. Orang lagi suka memakmurkan Jln TAR dari Mesjid. Kesibukan mempersiapkan Syawal menenggelamkan rukyah ramadhan yang pada hakikatnya untuk pengendalian diri. Itu kata Ustaz Ahmad Husni dari Pusat Zakat yang aku menghadiri tazkirah nya pada Khamis, 2/9/2010 di Menara Public Bank. Kenapa awal2 Ramadhan mesjid2 sampai ke tangga org solat tarawikh tetapi kenapa akhir Ramadhan saf2 tinggal bilal dengan imam je. Ini lah yang dimaksudkan dengan golongan yang sedikit. Kerana sedikit sangat golongan yang bersyukur dan tinggi tahap keimanan mereka. Something to ponder...

Dizaman Khalifah Umar al-khatab r.a, satu ketika terdapat seorang pemuda sedang duduk beribadat d ekat ka’bah dengan terus menerus berdoa ” Ya Allah, jadikanlah saya masuk ke dalam golongan orang yang sedikit ” Tatkala Amirul Mukminin mendengar permohonan pemuda tu, beliau pun bertanya, " hai pemuda, kenapakah anda memohon untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah kesemua orang berkehendak agar masuk kedalam golongan yang terbanyak (majoriti) sebab pada umumnya golongan yang terbanyak itu mempunyai kedudukan yang lebih bermakna ”. Pemuda itu menjawab, "Bukankah anda pernah pernah membaca di dalam Al-quran surah Sabak ayat 13, ”sedikit sekali hamba-hambaku yang bersyukur”. Maka selepas itu fahamlah akan saidina umar maksud doa pemuda tadi.

Dalam tazkirah nya lagi, Ustaz menceritakan bagaimana Pusat Zakat menjalankan satu program di bulan Ramadhan, di Lorong Hj Taib bersama pekerja2 yang mereka panggil "pekerja2 sosial". Mereka cuba mentarbiah dengan memberi satu sorang AlQuran tafsir. Katanya di satu sudut dia terlihat seorang wanita sedang flip thru AlQuran dengan mengalunkan bacaannya dengan begitu baik sambil menunggu pelanggan. Kata ustaz lagi, dia mendekati dan sambil bertanya "kenapa dia membaca kitab suci sedangkan dia dlm keadaan menunggu pelanggan, tidakkan AlQuran itu menghalangnya dari berzina".

Jawap perempuan tu: "Siapa yang tak nak syurga Allah ustaz, kan bulan Ramadhan Allah buka semua pintu syurga dan menutup semua pintu neraka" Jawapan perempuan itu sungguh terkesan di jiwa ustaz walaupun latar belakangnya dia telah difitnah dan terjebak ke lembah hina. Dengan sinis perempuan tu bertanya lagi, Ustaz jangan lama2 bercakap dengannya, nanti orang fikir ustaz ada deal plak dengan dia. Sambil disambut oleh gelak ketawa audience. Bayangkan semua org mengimpikan syurga Allah walaupun kedudukan nya bergelumang dengan dosa dan noda.

Walaupun Lailatul Qadar itu boleh berlaku bila-bila masa sepanjang Ramadhan kerana itu adalah hak Allah s.a.w untuk menganugerahkannya, namun sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. "Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, iaitu pada malam ghasal". Oleh kerana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada ummatnya, baginda menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam-malam ganjil, malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29. Malah Rasulullah s.a.w juga mengatakan lazimnya ia berlaku pada malam 27 Ramadhan.

Bayangkan ye.. kelebihan Lailatul Qadar yang dijanjikan pahala menyamai pahala beribadat 1,000 bulan. Nabi pun mengasingkan diri dari isteri2 nya pada 10 malam akhir Ramadhan. Nabi bersifat maksum tu. Kita yang jahil dan karat jahiliah nih tak ada hati untuk berlumba-lumba mendapatkan 'bonus' yang dijanjikan Allah s.w.t itu?

Cukup Allah SWT yang mengetahui tingkatan taqwa seseorang. ” Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. ” (QS An Najm[53]:32).

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...