Rasulullah
 s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka 
kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang 
positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang 
apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi 
pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk 
mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan 
mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang 
berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.   
Untuk
 berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar 
dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka 
membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya 
selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini 
bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga 
boleh melakukan perkara yang serupa. 
 
 
 
No comments:
Post a Comment