Ya, aku nak berubah! Bisik hati kecil ni dah berjuta juta lemons rasanya, tapi entah apa yang ditunggu untuk berubah tu, dari Ahad tahun lepas sampai Isnin tahun ni masih macam tu.
Boleh tak kalau aku kata, SEMUA ORANG NAK BERUBAH! Mungkin. Berubah yang macam mana? Apa target perubahan tu? Banyak perubahan dalam hidup ni kita boleh buat uols. Mau dengan idok je ler. Berubah dari single kepada married, dari tak berapa nak baik hati kepada baik hati giler, dari gengster kepada ustaz/ustazah, atau dari ustaz/ustazah kepada gengster? Pon boleh! Asalkan ada target atas perubahan yang nak buat tu. Baik untuk kita, keluarga, juga masyarakat. Suka hati hampa lah.
Cerita pasal perubahan manusia yang kurang baik ke arah lebih baik. Contoh, freehair kepada berhijab. Alhamdulillah, sekurang kurangnya dia ada perubahan walau apa sebab musabab dia sekalipun. Kau hado? Niat ikhlas ke tidak hanya Allah yang tentukan. Siapa kita ni nak pandai pandai hukum orang? Cermin diri dulu!
Bila ada yang berubah macam tu, kita patut bersyukur. Sekurang kurangnya sudah ringan sikit dosa dia, dosa kita. Kenapa dosa kita? Kadang kadang kita tengok orang freehair, rambut hijau kuning, pakai pelik pelik, mula la mulut tu nak mengumpat bagai, pot pet sana pot pet sini. Tambah dosa kering tu dah kenapa? Pastu bila orang dah berubah pun kita masih dengan mulut puaka ni, Ya Allah. Apa yang tak puas hati sangat tu hah?
Permpuan pulak, senang sangat nak dapat dosa, senang jugak nak dapat syurga. MashaAllah! Aku ni perempuan, takut sungguh dengan fenomena sekarang ni. Harap harap dijauhkan dari perkara perkara yang tak ketahuan.
Ok, cakap tadi pasal nak berubah kan? Berubahlah! Walau dalam keterpaksaan, sebabnya kadang kadang keterpaksaan tu akan ada manisnya. Tak percaya? Cobalah dulu, baru tau! Tapi janganla berubah dari ustaz tadi nak jadi gengster pulak. Memang tak hado la manisnya tu. Ada orang kata, nak berubah kena ikhlas, tunggu hidayah turun. Masalahnya kat sini, agaknya kita tau bila kita nak ikhlas? Bila hidayah nak turun? Belum pun dapat hidayah, esok lusa dah nak kena kafan. Na'uzubillahiminzaalik! Bukanlah kita nak doakan yang pelik pelik, tapi kita kena fikir logik. Biarlah sekarang contohnya kita tutup aurat, tapi dalam hati tak ikhlas pun. Sekurang kurangnya dah kurang dosa kita buka aurat tu, kan? Nak tunggu bila tahun nak ikhlas, saham dosa makin bertambah hari hari. Insha Allah, bila ada usaha, Allah akan permudahkan urusan kita. Hati kita ni Allah yang pegang. Bila bila masa Dia boleh bolak balikkan hati kita, bila bila masa Dia boleh hidupkan rasa ikhlas dan damai yang kita cari tu, asalkan kita tak jemu meminta, merayulah walau dengan air mata darah, Allah Maha Mendengar. Dia nak sangat kita merayu kat Dia, mintak dengan sungguh sungguh apa yang kita nak. Allah tak kejam! Yang kejam ni manusia. Tak nak bersyukur, tak nak bersujud, tak nak meminta. Kadang kadang kemewahan yang kita ada tanpa susah payah meminta pada Allah, sebenarnya ujian dan dugaan Allah untuk kita. Mungkin kita senang sekarang, kita lupa Allah. Jangan sampai satu masa Allah tarik segala yang kita ada, baru kita nak ingat Dia.
Orang kata, bukan senang nak berubah, tambah tambah bila nak kena istiqamah. Ya betul, istiqamah tu penting. Once kita dah berubah ke arah kebaikan, takkan tetiba kita nak balik ke perangai lama? Itulah pentingnya istiqamah. Perubahan bukanlah wajib secara drastik! Harini freehair, esok pakai niqab! Haa kau! Boleh ja, tak mustahil. Tapi kita boleh berubah slow slow, slow and steady orang kata. Ingat semua orang yang kita tengok tutup aurat sempurna tu, ilmu penuh di dada? Tak semua ye. Sekurang kurangnya dia ada inisiatif dan keinginan nak tutup aurat, kurangkan dosa. Ilmu pulak sambil sambil la kita cari. Nak cari ilmu bukan macam cari ikan kat pasar tau! Dan jangan pulak tengok orang yang pelik pelik, tak tutup aurat, huha sana huha sini, dia tak ada ilmu? Jangan sesekali pandang rendah kat orang lain sebab diri kita pun belum tentu Allah terima ibadat yang kita buat selama ni. Jaga jaga uols.
Jom berubah!
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment