Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, April 21, 2014

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

Post perkongsian ini khasnya untuk diri sendiri kerana saya selalu solat ketika azan sebabnya saya kejar masa.Jadi hasil pencarian hukum solat ketika azan  adalah dapat disimpulkan seperti di bawah
1) Apakah hukum mendirikan solat semasa azan sedang dilaungkan.Ini kerana ada masa disebabkan tugas atau perjalanan jauh, kita perlu mendirikan solat segera apabila masuk waktu.Kadangkala berpandukan pada waktu solat yang telah ditetapkan,kita terus solat dengan yakin apabila jarum jam menunjukkan waktu telah masuk.
2) Perlukah kita menunggu sehingga azan habis dilaungkan untuk mendirikan solat.
Ulasan :
Dalam persoalan ini anda seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu…
Dalam masalah ini seharusnya anda menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Nabi menyatakan yang bermaksud apabila kamu semua mendengar azan, maka sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin. (al-Bukhari) maka Awlawiyatnya menjawab azan dahulu. Satu lagi ianya masuk di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati) takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.
(sumber: qasolatjemaah)

Apakah hukumnya saya memulakan sembahyang saya ketika azan sedang berkumandang?
Sembahyang anda sah tetapi dari segi hukum makruh. Maknanya bila sembahyang juga – tak dapat la pahala walau sah solat (hukum makruh)

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...