Dengan
 nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala 
puji-pujianbagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke 
atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke 
atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
Ya
 Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad 
suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan 
dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala 
hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan 
yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi 
darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan 
segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas
 keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera 
yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Ya
 Allah, jadikanlah anak-anak dan penuntut-penuntut kami dari golongan 
orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di 
dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah mereka dari golongan 
hamba-hambaMu yang soleh.
Ya
 Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan 
orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami dan 
mereka daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat 
kerosakan.
Ya
 Allah bukakanlah hati mereka sebagaimana terbukanya hati orang-orang 
yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada mereka kepada mereka 
kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta�wil 
dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada 
mereka kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat 
muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari 
segala yang lain yang mengasihani.
Ya
 Allah, lapangkanlah bagi mereka dada-dada mereka, dan permudahkanlah 
bagi mereka urusan-urusan mereka, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah 
kepada mereka, dan luruskanlah mereka dan kumpulkan bagi mereka di 
antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah 
mereka daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan
 lupa.
Ya
 Allah, terangilah cahaya pada hati-hati mereka dengan cahaya hidayatMu,
 sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan 
bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat ,
 wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha 
Mengetahui.
Ya
 Allah, Keluarkanlah mereka daripada kesamaran dan muliakanlah mereka 
dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada mereka pintu-pintu ilmu, 
dan hiasilah mereka dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan 
jauhkanlah mereka daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan
 penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang 
lain yang mengasihani.
Dan
 Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli 
keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi 
Allah Tuhan seru sekalian alam.
 
 
 
No comments:
Post a Comment