Fesyen kain halal haram. Bila 
melangkah haram dan bila tutup halal..tapi memang salah fesyen macam 
ini. Kalau nak pakai fesyen kain halal haram ni cuba la guna kain dalam 
yang tidak menampakkan betis gebu anda ( better gunalah kain dalam 
berwarna hitam ). Nanti  kalau korang pakai macam ini terus buaya 
terkam. 
 Ini pulak aku tak faham la 
kenapa dia tanpa segan silu pakai seluar macam ini, nampak pulak seluar 
dalam. Adakah lebih baik anda tak payah pakai apa-apa clear je mata 
orang tengokkan?. Dia ni perasan atau tidak? Dah tahu legging tu nipis 
dan menampakkan semua celah melah anda kenapa dipakai dikhalayak ramai? 
Pakai depan suami cukuplah kak oiii..

Fesyen macam ini membuatkan aku 
malu je tengok, tambah-tambah kalau depan mata aku. Dahlah seluar bawah 
pusat baju pula atas pusat jadi keluarlah dan tersembullah benda yang 
tak sepatutnya. Jadi mata pun menjadi juling bila melihatnya. Ibarat 
pakai tudung tapi tunjuk punggung. 

Kadang-kadang mereka memang suka 
fesyen ini sebab nak tunjuk jenama seluar dalam yang beratus-ratus. Apa 
ke jadahnya begini? Korang bila nak keluar tengok pakaian dulu depan 
cermin. Tonggenglah punggung tu dulu nampak lurah ke tak..kalau nampak 
segala kerak-kerak punggung kalian silalah pakai baju yang labuh. Bukan 
cantik fesyen macam ini. HODOH!!

 Fesyen
 macam ini memang acapkali aku tengok tambah-tambah majlis perkahwinan. 
Pengantin pun kadang-kadang mengenakan fesyen macam ini. Belum lagi bagi
 suami tengok orang lain dah merasa puas tengok. Kalau nak pakai fesyen 
baju lut cahaya ni silalah pakai inner. Pada pandangan aku memang BURUK 
la wei. 

Aku pun tak tahu motif apakah 
yang ingin diketengahkan oleh wanita ini? Lebih baik engkau cabut je 
tudung tu sebab mungkin ia lebih nampak "sopan" sikit dari begini. Ayah,
 ibu, cikgu dan masyarakat sila terangkan apa itu aurat wanita? nanti 
anak-anak anda cuma tahu rambut sahaja perlu ditutup tapi yang lain 
bukalah seluas-luasnya.

Fesyen macam ini cukup digemari 
oleh muda mudi masa kini. Nak ikut perkembangan fesyen la konon? Contoh,
 pakai baju masuk dalam seluar..apam balik pun orang boleh image. Lepas 
itu yang menghodohkan lagi wanita bertudung bila pakai baju tapi baju 
luar singlet yang berbentuk cup bra. Nak jadi superman ke? ( lepas ini 
pakai spender di luar ye..kan nak ikut fesyen sangat..haa hambikk kau )

Ini adalah fesyen ekor kuda. Nak tunjuk rambut baru lepas buat rawatan rebonding ke? Pakai jari pun bolehkan?...

Bersukan tu tak salah tapi 
pakaian yang dipakai oleh si pemakai itu yang salah. Kalau suka sport 
pun janganlah tiru pemain football? Tapi aurat lelaki kan dari pusat ke 
lutut? Pakai la seluar panjang la adik oii..kalau tak ada mari sini akak
 bagi kain batik ye..

Entahlah..tak tahu nak kata apa..lu fikirlah sendiri!
Bestnya usung anak dan isteri. 
Tapi sebelum keluar rumah tu cik abang kenalah tegur dulu pakaian 
isteri. Kalau dalam bilik tak apalah. Isteri anda tanggungjawab 
anda..isteri tak menutup aurat anda kena tanggung. Isteri anda perhiasan
 anda bukan perhiasan orang lain. SO ingatlah!!
Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.
Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:
i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.
ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.
iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.
iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki
v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.
Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)
Oleh yang demikian, sebagai menyahut perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia. Bila ditegur tak pakai tudung..mereka akan jawab "ala perempuan bertudung pun bukannya baik"..memang tak dinafikan tapi menutut aurat adalah perkara WAJIB. Meraka yang bertudung litup tapi akhlak buruk itu urusan dia dengan ALLAH SWT bukan urusan kita nak persoalkan semua itu hanya Allah yang boleh menghakiminya. Kewajipan mesti ditaati bukan dipersoalkan. Artikal Credit to TRO diolah oleh Miss farah.
 
 
 
No comments:
Post a Comment