Telah disyaratkan bahawa wanita Islam yang mahu solat mereka 'SAH' di sisi Allah, mereka wajib menutup aurat tubuh badan mereka. Pakaian khusus untuk Solat bagi wanita Islam ini dipanggil 'kain telekung'. Kain telekung ini mencerminkan konsep memelihara aurat yang paling sempurna semasa Solat dan juga untuk dilaksanakan di kehidupan luar. Maksud aurat dalam Islam cukup jelas iaitu wanita Islam wajib merahsiakan@menutup bahagian-bahagian tubuh badan mereka kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
“Dari ‘Aisyah Radiallahu ‘anha sesungguhnya Asma’ binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: “Wahai Asma’ sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini… Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.
(Hadis riwayat Abu Daud)
Semua wanita Islam pasti jelas dengan konsep aurat itu.
Persoalannya, mengapa terdapat wanita Islam hanya menutup aurat di dalam Solat tetapi kembali mendedahkan rambut dan aurat tubuh badan setelah selesai Solat ? Fikirkan.
Ini bermaksud, mereka sebenarnya sedar akan kewajiban bertudung dan menutup aurat di dalam kehidupan harian tetapi mereka cuba men-tidak peduli-kannya (ignore) akan hukum tersebut atas sebab-sebab tertentu antaranya seperti:
- Faktor kerjaya, di mana 'tutup aurat' menjadi penghalang.
- Faktor kecantikan, di mana tudung menghalang kebebasan fesyen dan tunjuk kecantikan.
- Faktor kemalasan, atas alasan panas, rimas dan leceh.
No comments:
Post a Comment