Sempena cuti sekolah yang baru bermula nie info ini
penting untuk langkah berjaga-jaga memandangkan kadar jenayah yang
semakin ketara akhir-akhir ini..
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur
sebelum tidur (Kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut
polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip
air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan
keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik
terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk
masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu
anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah
malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama&hellip .
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam,
cuba “on and off” kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah
anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini
naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan
jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku
saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan,
beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan
pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada
di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda
ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan
anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran
pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor
telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya.
Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh,
hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang
panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik
,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi
makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa
memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm
mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan
rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat
permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis
buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON
merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru
dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering
sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu
melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan,
sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg
mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya
berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi
tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni&hellip . Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock
baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
==============================
Share untuk manfaat sahabat anda bersama
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment