Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Tuesday, October 1, 2013

Renungkan & Ambil Pengajaran | Percintaan | Love Story

aku pernah bercinta,
sayang sorang perempuan/lelaki sepenuh jiwa
aku kata suatu hari nanti aku akan
kahwini dia
takda apa yang dapat menghalang cinta
aku
angkuhnya aku berkata-kata.
dia kata dia cuma nak dengan aku jer
macam aku, angkuhnya dia berkata-kata.

suatu hari dia mintak putus
kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu
aku rasa sebak, tak pernah terfikir
hubungan selama setahun ni
yang konon akan abadi selamanya berakhir
berbulan2 bagai nak mati bercinta
rasa cinta boleh hilang?
macam hidupkan lampu hilang bayang-bayang
aku menangis, tak percaya semua ni
aku termenung pedihnya kat hati jahilnya aku,
tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.

suatu malam lepas solat macam biasa
aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda
tiba-tiba aku menangis...
bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil
baru aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih
aku menangis terus menangis...
aku nampak siapa yang sayangkan aku lebih

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Al-Imran ayat 139)

- termenung berfikir -

baru aku tahu...
bila bercinta, setiap kali jumpa
tangan dia aku pegang macam biasa
muhrim ker bukan aku terus lupa
pinggang dia aku peluk konon tanda sayang
ilmu agama semua terbang hilang
begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa
kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa?
berapa pulak agaknya sebatan kat neraka?
kalau hari di akhirat berganda
Astagfirullah...

baru aku nampak...
masa tengok wayang sama bukan main seronok
sampai burn Asar ataupun Zuhur
kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur
keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh
dengan Tuhan makin jauh... ya Allah
betapa alpanya hidup aku
dulu bercita-cita nak jadi mujahid
tapi belum apa-apa benteng iman dan "Syahid"
Astagfirullah...
malunya aku... nak menghadap Kau.

baru aku sedar...
setiap kali call beringit duit hangus
balik-balik cakap benda yang sama
"saya sayang awk, awk sayang kita?"
bila merajuk nak kena pujuk pulak
kekadang sampai berjam,berjimat ingat pun tidak
tak pernah berbincang pasal hal-hal agama
sebab rasa macam potong stim jer
tak pernah saling mengingatkan untuk solat
lima waktu tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat
Astagfirullah... selepas apa yang aku buat
Tuhan masih lagi bagi aku nafas
sayangnya Dia kat aku... bagi peluang aku taubat

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)

- menangis menyesal -

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Al-Baqarah ayat 45)

menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu
Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau
aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh
dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.
sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal
air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan
sedangkan air mata taubat yang mengalir
mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil

tengok-tengok sekeliling
semua berbincang masalah percintaan
tapi tak pernah pulak ada orang kata
dia ada masalah
bila siapa yang dia cintakan tu Tuhan
takda pulak diorang ada masalah percintaan
sebab tiap sujud malam ada yang temankan
takda pulak orang rasa tertipu atau disakiti
dengan janji-janji manis...
janji-janji seperti syurga dan segala isi.
jadi aku serahkan jiwa dan cinta
pada yang lebih berhak...
pada Dia yang pemberianNya tak pernah sikit
untuk Dia aku hidup dan untuk Dia aku ingin Syahid

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."(At-Taubah ayat 129)

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...