Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Friday, May 10, 2013

pintu pintu syurga...

Dari satu riwayat bahawa Ibnu Abbas berkata: "Syurga mempunyai lapan pintu dari emas yang bertatahkan mutiara. Pada pintu pertama ditulis "Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad utusan Allah." ffice ffice" />
Pintu pertama adalah pintu para nabi, rasul, syuhada dan dermawan.
Pintu kedua adalah pintu orang yang mengerjakan solat dengan sempurna.
Pintu ketiga untuk orang yang memberi zakat dengan kebaikan jiwa.
Pintu keempat bagi orang yang memerintah dengan kebaikan dan melarang kemungkaran.
Pintu kelima untuk orang yang memutuskan kehendak hawa nafsu.
Pintu keenam bagi orang yang menunaikan haji dan umrah.
Pintu ketujuh adalah ahli jihad (berperang untuk meninggikan agama Allah). Pintu kelapan untuk orang bertakwa yang memejamkan matanya daripada perkara haram, orang beramal soleh, termasuk orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung tali persaudaraan.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...