Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, April 21, 2013

INSAF

~♥ Biar airmata kita mengalir menyesali segala DOSA..daripada hanya KETAWA tanpa mengira MASA.. 

~♥ Biar airmata kita mengalir ketika BERTAUBAT..daripada tak sempat kerana TERLAMBAT.. 

 ~♥ Biar airmata kita mengalir kerana SYUKUR..daripada terus terleka dalam KUFUR.. 

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana diberi PETUNJUK..daripada tergoda dengan SYAITAN yang MEMUJUK..

 ~♥ Biar airmata kita mengalir kerana TAKUT API NERAKA..daripada terus menjadi HAMBA ALLAH yang DERHAKA.. 

~♥ Biar airmata kita mengalir kerana rindukan SYURGA..daripada terpesona dengan DUNIA hingga DIRI tiada HARGA..

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...