Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, April 10, 2013

Adakah Layak Aku Bertaubat ?

[Aku memang bersalah dalam permasalahan aku ini namun aku masih belum mampu nak mengaku kesalahan aku ini ..Bimbang selepas ini ramai yang semakin membenci aku ..Aku belum sedia Ya AllAH ..Tak termampu oleh kudrat aku ini nak tempuh kemungkinan yang telah kau tetapkan ya allah ..meski pun perancangan untuk hari esok lusa aku tidak tahu keadaan dia macam mana yang kau aturkan namun kuat hati aku menyatakan akan muncul satu hari iaitu “hari kejatuhan aku sebagai budak baik” ..aku memang sudah jadi budak baik sedikit tapi aku menyampaikan dakwah kecil-kecilan pada orang yang tidak pernah tahu masa silam aku .kadang – kadang aku berasa ALLAH tidak merahmati dakwah aku sebab ada sahaja dugaan ..Ini lah masalah aku tidak memperolehi rahmat ilahi .]

Hari kejatuhan sebagai budak baik macam pelik bila disebut namun itu lah takdir yang hamba allah ini fikirkan .Itulah kawan- kawan fikiran sekarang sudah melebihi dari takdir yang allah dan tetapkan ..malah dan terlebih taksub dengan pemikiran sampai tidak menyakini yang sesungguhnya Ya Rabbi itu maha pengampun segala dosa kecil mahupun besar ... Mengapa menyalahi tindakan yang serong waktu dahulu ,mengapa masih ragu – ragu janji allah pada hambanya ..Seharusnya teruskan hidup dengan jalan perhijrahan bukannya masih duduk bawah tempurung jahiliah ..Ingatlah katak pun sudah tidak sanggup inikan kita insan yang cerdik akal lagi bijaksana tak kan masih pilih jurusan si katak ..

Janganlah risau akan dosa –dosa lalu tidak diampun tapi jadilah orang yang paling risau jika kaki ini tergelincir pada perbuatan silam .Siapalah yang nak tarik tangan ini kembali jika tergelincir kita itu membuatkan kita lumpuh dan sudah tak mampu bangun balik .Sudah diberi peluang ayuh rebut jangan mengeluh penat sampai lelah nk bertaubat ..Yang ini kita patut risau kerana buruk selalu mudah melekat manakala baik sentiasa jadi ‘close friend’ sahaja kadang – kadang ada dan kadang – kadang tidak .Tidak ada kerana gaduh la tu ..Maksud kat sini ialah buruk sentiasa ada , baik ada tapi mudah diuji oleh allah .Silap-silap langkah tersungkur jadinya ..Penting yang perlu di lakukan ialah ISTIQAMAH .Allah paling suka pada istiqamah kerana ini membuktikan keteguhan keimanan kita sebagai hamba .Bila istiqamah iman sudah kuat in shaa allah mampu tempuh cabaran yang mendatang . Iman pun tidak rapuh semakin terasa keberkatan ..

Lagu taubat seorang hamba paling popular di corong corong Mp3 ..pasti yang memiliki anak jati muslim...
in shaa allah !


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x... ..
Taubatku ini... .


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...


Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
*Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x... .
Taubatku ini

*ulang ...

Hayatilah bait- bait lirik itu kerana secara tidak sengaja kita mengaku pada ilahi kesilapan yang kita lakukan ..Mengaku pada ilahi sudah cukup bermakna sesungguhnya hidup dan mati ku hanya untuk ALLAH swt .. Berserah diri serta meperhambakan diri pada ilahi untuk mengecapi nikmat syurga yang AlLAH janjikan ..Susah –susah dahulu senang – senang kemudian . Belajar ilmu agama memang agak susah namun sebenarnya islam itu indah .Terokailah dunia islam yang ALLAH pinjamkan untuk kita kumpul secukupnya bekalan akhirat di sana .

[Baru aku tahu aku selalu berdoa agar allah memaafkan kesilapan aku tapi rupa-rupanya doa aku ada salah sedikit dimana sepatutnya aku mengaku dahulu kesilapan aku lepas tu baru mohon ampun .Bertahun- tahun aku doa baru tahu silapnya ..Ni lah akibatnya memikirkan bahawa allah mengetahui apa jua yang kita lakukan ..jadi aku pun tak mengaku sebab ingat allah sudah tahu ~ ~]

Masya –ALLAH ,mengapa lah berfikiran sebegitu .Ya memang ALLAH maha mengetahui namun bukan bererti kita tidak patut mengadu pada allah apa yang kita lakukan ..Ingat ALLAH suka pada hamba yang kerap merayu-rayu padaNya ... Kesugguhan ketika berdoa bahkan ALLAH kasih pada insan yang tidak lupa siulkan zikir padanya ..Sebijak – bijak muslim ialah kaki sentiasa ke arah yang diredhai dan landasan hidup yang lurus bertepikan akhlak yang murni ..

[aku sekarang sudah ubah doa aku :
‘Ya allah,sesungguhnya aku hamba mu yang kerdil ini banyak melakukan kesalahan dunia ..aku minum air syaitan yang kau laknat aku pernah meceburi maksiat kecil malahan aku juga pernah menderhaka kepada kedua ibu bapaku ..ya rahmat ..,sungguh tinggi hajatku ini ya allah namun aku tahu kau maha pengampun Kau ampunilah segala dosa-dosa ku selama ini serta aku perlukan keteguhan ya RABBI agar dapat mengukuhkan amal ibadat aku ..tiada daya upaya ku melainkan meminta padamu ya allah ..AMIN
Barulah sekarang aku merasa barakah dari ALLAH ..Alhamdulillah]



Penting dekat sini ialah cara kita ingin meminta sesuatu pada allah .sudah semestinya selembut-lembutnya seikhlas yang tinggi agar apa yang di minta pasti ditunaikan ..ALLAH ajar kita minta sesuatu pada sesama manusia dgn penuh adab bergitu juga dengan berdoa adab yang teratur mesti dilakukan barulah ALLAH limpahkan nikmat dengan selembut-lembutnya pada hambanya .Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah. :

· Berwudhu terlebih dahulu
· Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy.H.R. Bukhari dan Muslim
· Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari
· Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.)
· Berdoalah dengan suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
· Berdoa dengan penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”H.R. Anas r.a.
· Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
· Menangis ketika berdoa cuba sedaya upaya menangis kerana lebih barakah ..

.In Shaa ALLAH boleh !
wassalam ..


Tiada menlibatkan peribadi mana-mana yang hidup mahupun sudah tiada lagi ..

Ikhlas dari seorang yang juga cetek ilmu masih terkial-kial dalam hijrah

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...