Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT
sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah
Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita
perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa
yang ada di dalam hati dan fikiran kita?
Suatu ketika dahulu
saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan
bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan
dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah
beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya
berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.
Mengapa Perlu Berdoa?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti
memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita
dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan
memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita
terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga
sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding
kebesaran Allah SWT.
Berdoa itu merendahkan darjat kita
sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung.
Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan
berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas
siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan
kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan
Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.
Namun
persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan
merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?
Doa memerlukan KESEDARAN.
Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di
sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita
memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala
keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita
seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di
dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan
melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.
Kalian semua,
Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT
dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan
benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang
sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita
juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan
kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada
Allah SWT.
Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana
sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di
dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman
sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik
mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian
hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia
bukan hak kita.
Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan
prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala
permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana
kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk
diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,
Kalian yang dihormati,
Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara
terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat
tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi
apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam
minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran
kita menurun.
Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan
perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan
menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang
dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan
akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, January 5, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment