- Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.
- Rasulullah s.a.w wafat semasa berusia 63 tahun.
- Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah s.a.w.
- Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah s.a.w.
- Usamah bin Zaid adalah pencinta Rasulullah s.a.w.
- Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah s.a.w.
- Zubir bin Awwam adalah golongan penyokong Rasulullah s.a.w.
- Rasulullah s.a.w lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.
- Baginda berkahwin dengan 13 orang isteri.
- Cucu kesayangan Baginda adalah al-Hassan dan al-Hussin.
- Rasulullah s.a.w telah berperang sebanyak 27 kali.
- Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.
- Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w.
- Nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah s.a.w.
- Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah s.a.w.
- Mariah Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah s.a.w.
- Nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah s.a.w.
- Kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu ke atas Rasulullah s.a.w.
- Ali bin Abi Thalib, Uthman bin Affan, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah s.a.w.
- Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah s.a.w.
- Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah s.a.w di sebelah ayah Baginda.
- Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah s.a.w.
- A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah s.a.w ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif.
- Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab.
- Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah s.a.w galakkan perempuan mempelajarinya.
- Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah s.a.w.
- Kumpulan tenteraAbdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah s.a.w di kawasan tepi pantai.
- Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah s.a.w.
- Peperangan pertama yang Rasulullah s.a.w hadapi adalah peperangan Al-Abwa’.
- Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah s.a.w pada peperangan Uhud.
- Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah s.a.w.
- Semasa kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan 9 orang isteri.
- Nota : Rasulullah s.a.w berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah. Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin di atas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara. Inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.
- Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah s.a.w
- Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah s.a.w di sebelah ibu Baginda.
- Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda s.a.w adalah Ummu Salamah.
- Anak perempuan Baginda s.a.w pertama yang meninggal dunia adalah Ruqayyah.
- Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasulullah s.a.w.
- Abi bin Khalaf adalah satu-satunya yang telah dibunuh oleh Rasulullah s.a.w walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.
- Rasulullah s.a.w telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’ .
- Sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.
- Baginda s.a.w dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah s.a.w.
- Rasulullah s.a.w telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah r.a. --> Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah s.a.w.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan.
- Rasulullah s.a.w telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.
- Wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah s.a.w dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari.
- Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w oleh Al-Qauqas.
- Rasulullah s.a.w telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Di permulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Di akhir Ramadhan adalah Perlindungan dari api neraka.
- Di antara umrah yang telah Rasulullah s.a.w lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji.
- Ibu Rasul Junjungan iaitu Siti Aminah meninggal dunia di Al-Abwa’ suatu tempat diantara Mekah dan Madinah.
- Rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah s.a.w di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, August 4, 2012
Ringkasan 50 Perkara Penting Mengenai Rasulullah S.A.W.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment