Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, August 15, 2012

Jangan Sampai Bankrap

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Adakah kamu tahu siapa yang muflis?' Jawab sahabat: ``Orang yang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.' Sabda Rasulullah s.a.w lagi: ``Sesungguhnya orang muflis dari umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang, puasa, dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memfitnah, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka, dibahaginya kebahagiaannya tadi kepada orang-orang itu (yang difitnah tadi). Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.' 

- (Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi) 

Maksud hadis

Dalam hadis ini, Nabi Muhammad s.a.w. memberi peringatan kepada umat Muslim bahawa yang dimaksudkan dengan muflis yang sebenar-benarnya ialah mereka yang bankrap di akhirat nanti. Segala kebaikan dan pahalanya habis dirampas dan diberi kepada orang lain yang pernah dizaliminya di dunia ini. Kalau tidak cukup pahalanya juga, maka kejahatan orang yang dicerca itu pula ditimbunkan ke atasnya. Kemudian dia dilontarkan ke dalam neraka. Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan dengan orang lain sebelum terlambat. Jangan sampai bankrap di akhirat nanti. 


Kesimpulannya 

Hendaklah seseorang itu menyelesaikan segala persoalan atau masalah sesama mereka (manusia) agar kesalahan mencerca itu diampuni oleh orang yang pernah dicerca sebelum terlambat atau jangan sampai dia bankrap akibat perbuatan buruk yang tidak disedarinya itu walaupun dia bersembahyang, berpuasa dan berzakat.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...