Mengejutkan orang yang tidur disunatkan
sekiranya orang itu tidur dalam keadaan
berikut:
Pertama:
seorang yang tidur di masjid dan waktu solat
sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع
النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه
برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau
tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau
menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya
thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat
kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas
permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات
على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas
permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya
telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu
Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam
keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak
kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار
بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم
“Apabila salah seorang kamu berada di bawah
pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena
pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu
subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh
menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila
melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan
berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau
tidur.”
Keenam:Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu
itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana
beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka
tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari -
sahih)
Ketujuh:Tidur lepas solat asar.
Nabi saw
bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa
yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela
melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:Tidur
berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya
al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang
tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang
sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur
sedemikian.
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap.
Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه
ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang
dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan
lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki
yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan
berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu
dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka
jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:Mengejutkan orang tidur
untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل
فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت
من الليل
فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang
bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya
enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita
yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya
suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 –
perwai2nya thiqah)
Ke dua belas:Mengejutkan orang yang tidur
untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا
واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada
waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum
mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
sharing is caring
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, August 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment