Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, June 25, 2012

Perhiasan emas yang hilang

Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan haul adalah syarat-syarat wajib zakat. Namun bagi emas perhiasan ia juga mestilah mencapai atau melebihi uruf. - Gambar hiasan



Saya juga telah meniatkan, andai terjumpa kembali emas perhiasan itu, maka saya akan menjualnya dan semua hasil jualan itu akan saya sedekahkan kepada sebuah institusi. Adakah saya masih perlu mengeluarkan zakat?
JAWAPAN
Terima kasih kerana mengajukan persoalan dan mudah-mudahan soalan ini dapat dikongsi oleh orang ramai demi manfaat bersama. Semoga Allah SWT juga mempermudahkan urusan puan untuk mendermakan hasil jualan barang-barang emas perhiasan puan.
Baiklah, dalam menyajikan jawapan kepada soalan puan di atas, suka saya mengajak agar kita kembali melihat syarat-syarat wajib zakat yang perlu ada bagi seseorang itu untuk mengeluarkan zakat hartanya, iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan haulnya, manakala bagi emas perhiasan mestilah mencapai atau melebihi uruf.
Dalam kes puan ini, andaikan sahaja kesemua syarat itu telah dipenuhi (termasuklah mencapai atau melebihi uruf), kecuali hanya satu syarat yang terkurang, iaitu sempurna milik. Ini kerana, apabila emas perhiasan itu hilang daripada simpanan puan, bermakna puan telah tiada kekuasaan ke atasnya lagi.
Dalam erti kata lain, kala itu puan sudah ketiadaan hak at-tasaruf (hak kebebasan penggunaan). Maka, pada tempoh puan kehilangan emas perhiasan selama lima tahun itu, puan terlepas daripada kewajipan mengeluarkan zakat ke atas emas perhiasan tersebut.
Timbul persoalan, adakah puan wajib mengqadanya? Maka, dalam hal ini apa yang harus difahami, qada diwajibkan seandainya sesuatu ibadah itu sudah cukup segala syarat wajibnya dan puan meninggalkannya dengan sengaja, maka baharulah wajib diqada.
Maka, dalam hal ini, puan bukanlah dengan sengaja meninggalkannya, melainkan puan tidak menunaikan zakat ke atas emas perhiasan itu kerana ia tidak ada dalam simpanan (kekuasaan) puan. Maka, tidaklah wajib bagi puan untuk mengqadakan kembali segala zakat ke atas emas perhiasan itu selama tempoh lima tahun berkenaan.
Kecuali, sebelum emas perhiasan itu hilang, puan sepatutnya sudah wajib mengeluarkan zakatnya kerana telah mencapai haul dan uruf, maka puan hendaklah mengqadakannya dengan segera bagi tahun yang puan telah terlalaikan itu.
Berkenaan hajat dan niat puan untuk menjual dan menyedekahkan kesemua hasil jualan barangan emas perhiasan itu, maka ia adalah baik dan mulia. Namun, sebelum puan memberikan keseluruhan hasil jualan itu kepada institusi yang berkenaan, maka sewajarnyalah puan mengeluarkan terlebih dahulu zakat ke atasnya, yakni zakat pendapatan.
Ini kerana, apabila puan menjual emas itu maka wang yang puan perolehi boleh dinisbahkan sebagai harta perolehan (yakni sebahagian daripada harta pendapatan atau mal al-mustafad yang perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan).
Maka, keluarkan dahulu 2.5 peratus daripada hasil jualan emas perhiasan itu sebagai zakat dan selebihnya baharulah puan panjangkan ke mana-mana institusi yang puan berkenan untuk didermakan. Ini kerana, menunaikan zakat itu wajib sedangkan memberikan sedekah itu adalah sunat, maka hendaklah puan mendahulukan perkara yang wajib.
Kecualilah puan mahu menyedekahkan kesemua emas perhiasan itu kepada institusi berkenaan dan kemudian pihak institusi itu yang menjualnya, maka tidaklah wajib zakat pendapatan ke atas hasil jualan itu lagi. Sesebuah institusi kebajikan yang merupakan milik ummah, tidaklah wajib zakat ke atas harta-harta yang dimilikinya. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...