Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, June 7, 2012

Jangan dekati zina

SAYA wanita muda yang berkerjaya. Pernah bercinta dan terjebak dengan pelbagai maksiat tetapi tidak pernah sampai berzina.
Adakah dosa seseorang itu masih boleh diampunkan selepas dia sedar, mengaku serta bertaubat dari dosa yang pernah dilakukan sebelum ini?

ELEENA,
Perak




APABILA seseorang sudah insaf dan bertaubat kepada Allah dengan bersungguh-sungguh atas kesilapan yang dilakukan, dosanya akan terampun.

Bagi mereka yang melakukan dosa kecil ia boleh terhapus dengan cara banyakkan beristighfar, iaitu memohon keampunan kepada Allah s.w.t. Selain itu, dengan mengambil wuduk juga dapat menghapuskan dosa kecil.

Saya nasihatkan, ketika bercinta anda tidak boleh keluar berdua-duaan kerana boleh menjurus kepada perbuatan dosa besar iaitu zina. Sebagai ingatan, zina termasuk dalam dosa besar yang perlu dijauhi.

Ini kerana ia mempunyai akibat buruk di dunia dan akhirat. Dosa zina itu menyebabkan amalan baik tidak dikira kecuali seseorang itu kembali bertaubat, beriman dan melakukan amal seterusnya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan lain berserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan digandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu Allah akan menggantikan (pada tempat) k

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...