Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Monday, June 25, 2012

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma Dan Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga. Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA. Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, Tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. . Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. . Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. . Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan Kita redha Dan Allah meredhai. Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa Di dunia jua di akhirat kelak serta Di dalam rahmat Allah s.w.t. Tanya balik diri sendiri... adakah cukup bekalan yang akan mengiringi pergi nanti?? Ya Allah berikan lah petunjuk kepada kami agar kami tidak sesat buat selama2nya!!

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...