Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Sunday, May 6, 2012

Ilmu Yang Perlu Dikongsi

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua... amiiin

Dikatakan

۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga

۞Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke...
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞Syaitan kata,'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Wahai SaudaraKu~
Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….

No comments:

Post a Comment

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...