SEMEMANGNYA dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai  pandangan yang berlainan adalah perkara yang lumrah bagi manusia. 
Justeru, apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan  mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka, kononnya ia  bertujuan memburukkan sesiapa.
Oleh yang demikian, janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan  membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi  sehingga wujud cabar-mencabar. 
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. 
Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah SWT.
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak  yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu  mempunyai kebenarannya.
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah  berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang  perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. 
Kita tidak harus melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. 
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan  mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak  tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan  diperhitungkan oleh Allah SWT.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan  berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara  kita. 
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan: Dan  berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan  janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika  kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu  jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada  hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan  kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat  agar kamu mendapat petunjuk.
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
 
 
No comments:
Post a Comment