Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Wednesday, November 13, 2013

Puasa Assyura

Sejarah Puasa Assyura Riwayat: 

(Muslim Kategori: Ibadah Hadith: Dari Aisyah r.a. katanya 
"Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". 

Huraian Hadith: Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. 
  
Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 

10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut: 
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. 
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. 
(3) Dicipta Adam a.s. 
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
 (7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya. 
(9) Lemasnya Firaun. 
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. 
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit. 
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. 
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. 
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. (19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Monday, November 11, 2013

Cara Melawan Nafsu





1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka  yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.


Sunday, November 10, 2013

SUJUDPUN BISA MEMBUAT SETAN MARAH DAN JENGKEL



Hadist Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Apabila salah seorang dari kalian ragu-ragu dalam salatnya, sehingga dia tidak tahu sudah berapa rakaat dia salat, maka hendaklah dia mengabaikan keraguannya dan melakukan yang dia yakini kemudian hendaklah dia sujud dua kali sebelum salam. Seandainya dia salat lima rakaat maka kedua sujud itu bisa menggenapkan salatnya, dan jikalau salatnya telah sempurna maka kedua sujud itu bisa membuat setan marah dan jengkel”

(HR. Muslim: 571)

Thursday, November 7, 2013

Hasad Dengki?

Satu dari perangai buruk kebanyakan orang kita, tidak senang melihat orang lain lebih dari kita. Kita rasa susah hati bila kawan kita atau jiran kita lebih kaya atau lebih berjaya dari kita. Kalau boleh biarlah mereka itu tidak mendapat lebih dari apa yang kita ada atau sekurang-kurangnya sama dengan apa yang kita ada.

Perasaan iri hati ini memang telah sebati dengan budaya orang Melayu. Malah di zaman yang lampau, ada di antara mereka yang sanggup menggunakan cara kotor seperti menabur fitnah dan menggunakan ilmu hitam atau sihir semata-mata tidak suka melihat saingan mereka lebih maju darinya. Apabila kesedaran beragama di kalangan masyarakat kita semakin bertambah baik maka penggunaan ilmu hitam untuk menghapuskan pesaing makin bertambah kurang.Namun begitu perasaan iri dan rasa tidak senang dengan kejayaan orang lain itu masih juga belum hilang dari masyarakat kita. Padahal agama kita juga melarang perasaan iri yang sedemikian. Perasaan iri seperti inilah yang boleh menghalang bangsa kita dari mencapai kejayaan dan kemajuan.

Orang Cina mempunyai satu pegangan yang begitu menarik yang berkaitan dengan kejiranan iaitu ?jiran yang kaya lebih baik dari jiran yang miskin?. Sepintas lalu falsafah ini kelihatan biasa saja tetapi jika diamati dengan teliti, ia boleh memberi kesan yang besar kepada sesuatu masyarakat yang menghayati falsafah tersebut. Berbanding dengan fahaman masyarakat Melayu, masyarakat kita tidak berasa senang dengan jiran yang lebih kaya. Padahal kalau kita menggunakan fikiran yang rasional, jiran yang kaya sebenarnya tidak akan menyusahkan kita sekalipun mereka tidak memperdulikan kita. Tetapi jika jiran kita miskin, bukan saja mereka tidak mampu untuk membantu kita, silap-silap mereka pula meminta bantuan dari kita, paling kurang pinjam cili atau garam.

Kalau jiran kita kaya tentu anak-anak kita akan diutamakan untuk bekerja dikilang atau dipejabat mereka. Kalau kita membuka kedai runcit tentulah kedai kita akan maju kerana orang-orang kaya ini mampu berbelanja besar. Tetapi jika jiran-jiran kita miskin, mereka bukan saja tidak mampu untuk berbelanja besar di kedai kita, silap haribulan mereka beli pun cara hutang.



Ini bukanlah bermakna kita benci jiran yang miskin tetapi yang hendak ditekankan di sini ialah tidak seharusnya kita iri dengan jiran kita yang lebih kaya atau lebih berjaya dari kita. Sebenarnya banyak faedah yang kita dapat bila jiran kita kaya. Kalaupun faedah itu tidak kita dapat secara lansung, secara tidak lansung kita akan dapat juga faedahnya.

Berdasarkan kepada inilah dapat kita lihat kenapa masyarakat Cina tidak ada menaruh perasaan iri terhadap jirannya yang lebih kaya. Orang Melayu kalau buka kedai, suka kalau ditempat itu hanya ada satu kedai dia sahaja, jadi semua orang akan bertumpu ke kedai dia sahaja. Kita kena ingat, mana ada orang nak pergi ke pekan yang mempunyai satu atau dua kedai sahaja. Orang mesti tertarik ke pekan yang mempunyai banyak kedai yang tentunya mempunyai banyak pilihan. Sebaliknya pekedai Cina tidak pernah berasa bimbang jika orang lain membuka kedai berdekatan dengan kedainya, kerana ini akan menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke kawasan itu.

Membendung Budaya Hasad Dengki

MASYARAKAT kita amat mudah sekali terjebak dengan pelbagai bentuk konflik. Sering kali konflik yang tercetus melarat-larat pula kepada pertelingkahan emosi hingga terputusnya ikatan ukhuwah dan terlerainya kasih sayang yang selama ini menjadi asas kekuatan umat Islam. Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat.

Jika diamati secara objektif, kita akan dapati bahawa kebanyakan konflik yang melanda umat bermula dengan sikap hasad dengki yang dibiarkan menyubur dalam sanubari masyarakat. Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong umat untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan konflik getir di kalangan anggota masyarakat.

Rasulullah s.a.w. sendiri memperakui betapa elemen hasad dengki dan segala perbuatan yang boleh menjejaskan hubungan kemanusiaan mestilah dihindari sekiranya kita benar-benar ingin menzahirkan ketaatan seutuhnya kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. menegaskan:


Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).



Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.

Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia politik umpamanya fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar apa yang dicita. Ini kerana Islam melarang pengikutnya memandang kenikmatan yang diperoleh orang lain dengan pandangan seorang musuh yang hatinya dipenuhi kebencian, kemarahan dan ketamakan untuk memiliki.

Sebaliknya asas aqidah yang meletakkan kepercayaan mutlak bahawa Allahlah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) menumbuhkan sikap yang lebih jernih bahawa setiap rezeki kurniaan Allah sudah pun ditentukan-Nya berdasarkan potensi jasmani, rohani dan kepintaran setiap individu. Ini bermakna tidak ada apa-apa yang mampu menghalang seseorang memperoleh rezeki yang ditetapkan Allah kepadanya walau pelbagai usaha dilakukan manusia untuk menafikannya.

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)



Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Cara Bersangka Baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita semasa Islam saling ingat mengingati. Klu rajin fowardkan sesama kita.

Sunday, November 3, 2013

Kenapa Bayi Muslim Perlu Diazan Dan Diiqomat?

Kenapa Rasulullah SAW mengarahkan si bapa mengazankan di telinga kanan si anak (setelah ia dilahirkan) dan mengiqomatkan ia di telinga kirinya?



Perkara sunat yg dituntut oleh Islam kpd bakal-bakal 'AYAH' ialah setelah dia dikurniakan permata hati (anak-anak) maka dia dituntut utk mengumandangkan azan (tak perlulah kuat dan berlagu) di telinga kanannya. manakala diiqomatkan di sebelah kirinya (telinga kiri).

KENAPA?

Soalan: jika telah diazan dan diiqomat, bila mau disembahyangkan?

-FIKIRKAN-

Jawapan: Setelah diazan dan diiqomat, sudah tentu tiba masanya utk dirikan solat. BILA

SUDAH TENTU SETELAH DIA WAFAT/MENINGGAL DUNIA. KERANA SOLAT JENAZAH AKAN DISOLATKAN TANPA AZAN & IQOMAT.

Soalan ini hanya sbg renungan buat kita. Dan barangkali kita tentu tertanya-tanya kenapa bayi yg dilahirkan perlu dikumandangkan azan dan iqomat. Inilah jawapannya!



ANAK ADAM YG DIBERI NAFAS UTK HIDUP DI DUNIA YG SEMENTARA INI AKAN DIAZANKAN DAN DIIQOMATKAN DAN KEMUDIAN AKAN DISOLATKAN SETELAH IA MENINGGALKAN DUNIA INI. Wallahu a'lam

Wednesday, October 30, 2013

Jodoh

Kenapa lambat kahwin?
Orang datang minang putus.
Orang datang merisik tak jadi.
Kenapa? Terutama kaum wanita.

1. Sihir
- orang hantar sihir supaya orang datang minang tak berminat pada wanita yang dipinang, orang taknampak anak dara orang tersebut.
- Nak elak :
A) baca surah Ar-Ra'd ayat 1-3 setiap kali selepas solat.
baca surah Ar-Ra'd pada air dan diberi minum serta mandi dengan air itu.

2. Jin jatuh cinta
- Tandanya, lebam-lebam pada bahagian peha, suka berkurung, suka cakap sendirian, tidur ditindih dan seumpama.
- Nak ubati :
A) Tugas ibubapa.
- jangan biar anak duduk termenung.
- jangan biar anak duduk berkurung.
- jangan biar anak cakap sendirian.

Tugas anak.
- kekuatan dalaman, jangan layan hasutan jin syaitan.
- perbanyakkan baca Al-Quran setiap kali usai solat.
- banyakkan buat solat sunat.
- selalu dengar mp3 ayat-ayat pendinding seperti zikir dan ayat Ruqyah terutama di dalam bilik tidur.
- banyakkan duduk dengan family atau kawan-kawan.

#Perubatan Islam :
- Ambil 3 biji limau nipis, hiris dan campur dengan air mandian selama seminggu.
- Setiap hirisan limau dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7kali.
- Sebab : jin/makhluk halus suka bau badan manusia, jadi limau mampu menghalang jin dari mendekati.

InsyaAllah.

Aurat | lengkap berpakaian bertudung tetapi tidak menutup aurat
























































































Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...