Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Saturday, February 16, 2013

Doa Waktu Uzur & Doa² Lain


Errmm... ekceli ayah penah cakap dulu, tiap kali masuk waktu solat,(time kita uzur) kita just niat "sahaja aku tidak bersembahyang kerana ALlah Taala". Tanda kita masih ingat utk menunaikan ibadah solat walaupun kita takleh menunaikan secara fizikal... .Memula aku dengar aku gelak gak.Ingatkan ayah memain, tapi die tegur aku pulak asal aku gelak.Betulla tu... 
**********************************************************************
Assalamualaikum,
I don’t know whether you know about this or you’ve read this before but if you are already practicing it, alhamdulillah.
This is a doa the moment you get your period. This supplication is so that you will reap the benefits (pahala) of prayers, reading the Quran (or any ibadah that you missed) throughout having your period.
Here it is, “Alhamdulillah ala kulli hal astaghfirulloh minkulli zanbi” .
I have to apologize that this is in Romanized letters because I got this from my ustaz in Makkah via sms. Unless of course, any of you have the Arabic version or maybe the website that points to this doa. Please share it with us if you have it. Ilmu yg dikongsi insyaAllah berkat and the bonus is, you get the pahala when ilmu yg dikongsi tu diamalkan! Amin.
*****************************************************************************


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolahSurah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lainSurah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malamSurah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al Baqarah dibaca & tiup pd air , dan semburkan keliling rumah

Ubat Penyembuh Hati

Terdapat dua penyakit hati iaitu : 

Pertama, jenis penyakit yang kesakitannya tidak dirasakan seketika oleh orang yang dijangkitinnya. Seperti penyakit kejahilan, syubhat, penyakit syahwat dan penyakit syubhat. Jenis-jenis penyakit tersebut adalah sangat berbahaya. Sebagai ubatnya adalah perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar para Rasul yang membawa hidayah , dan pada masa kini tentunya adalah golongan ulama'. Pengubatan seperti ini lebih dikenali sebagai sistem terapi secara syar'i. 
kedua, adalah seperti gelisah, sedih, susah, sentiasa marah dan lain-lain. Penyakit seperti ini boleh diubati dengan cara pengubatan TABI'I. Iaitu seperti dengan menghilangkan punca-puncanya atau mengubati dengan ubat-ubat yang boleh menyembuhkan perasaan-perasaan di atas. Ini kerana, adakalanya rasa sakit pada hati itu merupakan kesan daripada badan yang sakit, begitu juga sebaliknya. Penyakit ini biasanya terasa dengan serta-merta. 
Perasaan gelisah, sedih dan kecil hati adalah juga menyakitkan hati. Ubatnya adalah dengan sentiasa menenangkan fikiran sehingga lahir perkara gembira, suka ria dan besar hati. Jika proses penyembuhan tersebut dengan menggunakan kaedah pengubatan yang hak (betul), maka hati itu akan berjaya di ubati, menjadi sihat dan sembuh dari penyakitnya. Sebaliknya, jika ia menggunakan cara yang salah dan batil maka akan tidak dapat sembuh , bahkan semakin banyak penyakit yang akan berjangkit kerananya. 

Kejahilan dan kebodohan merupakan penyakit yang menjangkiti hati. Sesetengah orang mengubatinya dengan menggunakan ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat. Ia beranggapan bahawa penyakit jahil di atas boleh di sembuhkan dengan ilmu yang tidak bermanfaat di atas. Padahal sebenarnya ianya hanya akan menambahkan rasa sakit yang tersembunyi dalam hati itu sendiri. Jadi, yang boleh menyembuhkan penyakit jahil itu hanyalah ilmu yang bermanfaat. 
Huraian pada bab ini dapat disimpulkan, "Bahawasanya berbagai-bagai penyakit hati ada yang boleh disembuhkan dengan kaedah rawatan dan pengubatan secara Tabi'i, bagaimanapun yang lebih banyak, ianya hanya dapat disembuhkan dengan rawatan secara Syari'i, iaitu menerusi cahaya keimanan atas bimbingan Nabi SAW dan pewarisnya (iaitu Ulama, pada masa kini)." Dan hendaknya di maklumi bahawa hati itu juga ada halnya hidup sihat, mati, sakit dan perlu kepada rawatan dan pengubatan. Ia adalah lebih penting daripada merawat badan.

Isyarat Kematian

Assalamualaikum, 
Pernahkah anda mendengar seseorang itu sebelum meninggal dunia berkelakuan ganjil seolah-olah dia tahu bahawa dirinya akan dipanggil oleh Allah s.w.t ke alam barzakh. Gelagat aneh dan ganjil perilaku seseorang itu lebih ketara semasa dirinya terlalu hampir kepada kematian. 
Sebagai contoh ada di kalangan hamba Allah ini sebelum menemui ajal akan mengumpulkan saudara maranya, mengumpul semula gambarnya semasa muda untuk tatapan keluarganya, menulis atau bercakap sesuatu yang menggambarkan kedatangan ajalnya dan lain-lain lagi perlakuan aneh. Dalam masyarakat melayu, terdapat peribahasa orang tua-tua mengenai tanda kematian ini seperti "Buang Tebiat" 
Hakikatnya, setiap orang akan mendapat tanda atau kelainan pada dirinya di hari-hari terakhir hayatnya. Bagi orang beriman, ini adalah kelebihan yang Allah Taala berikan pada mereka. Mereka mengetahui bahawa mereka akan meninggal dunia dalam masa terdekat cuma tidak mengetahu tarikhnya secara tepat. Hakikatnya Allah s.w.t memaklumkan lebih awal bila seseorang itu meninggal dunia menerusi gerak hati yang dipanggil Latifah rabbaniah. 
Didalam kitab Tasauf iaitu Sir Al-Salikin dalam bab Zikrul Maut (Mengingati mati) menunjukkan bahawa seseorang itu diberi isyarat ketika mautnya hampir sampai kepada orang tersebut. Ada juga dikalangan individu yang menerima isyarat tersebut tetapi buat-buat tak faham dan masih bergelumang dengan maksiat dan dosa. Setengahnya akan menjadi insaf dan mengambil peluang untuk beribadat dengan sisa kehidupan yang ada. 
Isyarat akan menjadi lebih jelas ketika seseorang itu menghadapi sakratulmaut atau nazak. Orang yang beriman dan beramal soleh akan menghadapi kematiannya dengan tenang berbeza dengan orang yang kufur dan melakukan maksiat. 
Penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai kematian, cerita ini penulis dapat daripada abang ipar penulis yang juga seorang doktor. Ada hamba Allah ini yang nazak setelah berbulan-bulan. Ketika menghadapi sakratulmaut se belum dicabut nyawanya, nafas hamba Allah ini seperti kerbau dan ketika nyawa ditarik, hamba Allah ini jatuh seakan-akan terpelanting daripada katil hospital. Begitulah sakitnya ketika menghadapi kematian. Hingga jatuh daripada katil barulah nyawanya selesai dicabut. Penulis bercerita mengenai kematian hamba Allah ini bukanlah untuk mengaibkannya tetapi sekadar peringatan untuk kita semua. 
Oleh yang demikian, wajarlah seseorang muslim itu mengingati mati pada setiap masa. Ia juga selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. serta dapat menghindarkan seseorang untuk melakukan kejahatan.

Sabar & Redha

Sifat sabar adalah permulaan bagi segala maqam atau segala pangkat yang boleh diterima oleh setiap orang yang ingin mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Seseorang yang telah dapat memiliki sifat sabar ini, dia akan meningkat pula kepada satu lagi maqam yang lebih tinggi iaitu sifat redha. Sifat redha ini adalah taraf atau maqam yang tinggi selepas sifat sabar.

Bila kita katakan seseorang itu sabar, ertinya dia dapat menerima segala ketentuan qada' dan qadar Allah swt. Tapi perlulah kita ingat bahawa sekiranya kita tidak bole sabar dengan segala ketentuan dari Allah swt, maka payah sekali untuk redha denganya. Lebih2 lagi untuk kita merasa terhibur dengan segala ketentuan dari Allah swt ke atas setiap diri kita.

Mungkin seseorang itu dapat bersabar dan dapat pula dia redha dengan segala ketentuan Allah swt, tapi adakah dia terhibur dengan segala ketentuan Allah swt itu? Untuk itu dia memerlukan sedikit usaha untuk mendapat maqam terhiburnya dia dengan segala ketentuan Allah swt iaitu qada' dan qadar Allah swt.

Jadi, untuk menjadi golongan diantara orang2 soleh @ solehah, maka hendaklah kita memiliki sifat sabar dan redha terlebih dahulu. Sebab itu, hendaklah kita berusaha untuk mendapatkan sifat-sifat yang mulia itu disamping kita berdoa kepada Allah swt untuk dianugerahkan kita rahmatNya, moga-moga kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang dimuliakan di sisi Allah swt. Diantara doa yang bole kita panjatkan kepada Allah swt ialah yang bermaksud :

"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkan kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepadaMu)"

Hadis Sekitar Solat

Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani 
Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" H.R.Attabrani 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka H.R.Abu Daud & Tarmizi 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga" H.R.Muslim 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya" H.R.Bukhari 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya" H.R.Muslim 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai" H.R.Sahih Muslim 
Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat tanpa siwak" H.R.Zanjawaih & Hakim 
Rasullulah s.a.w bersabda : "Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak memakai serban dan solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai serban" H.R.Ibn'Asakir 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas" H.R.Bukhari & Muslim 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca "Allahuma Rabbana lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud 
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" H.R.Attabrani 

Bersihkan Hati, Tenangkan Jiwa


KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.


Allah berfirman bermaksud: 

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam diri seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah.

Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia. Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: 

“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar. Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal. Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Maka, jangan sesekali ada terpahat di hati kita ungkapan... ".... aku ni susah sikit nak maafkan orang..." Buangkan ungkapan itu jauh-jauh. Tanamkan sifat pemaaf dalam diri.

Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar.

Sesiapa yang berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 

“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad s.a.w. apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah s.a.w. memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.

Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah. Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. 

Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan. Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.

Sebaikmya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan oleh orang alim agar kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa semoga orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. Insya'Allah. Kerana sesungguhnya kesalahan dengan Allah itu lebih mudah untuk kita memohon keampunan kerana memang sifat Allah Maha Pengampun tetapi kesalahan sesama manusia susah untuk di selesaikan... tetapi jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini... sama-sama kita amalkan Insya'Allah.

kredit: masjidnegara

Keistimewaan Ramadan

1. Syurga akan dihias semula. 

Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana ia lebih hebat lagi. Haruman syurga juga akan ditambah. Ia boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan. 

2. Bidadari diciptakan oleh Allah 

Bidadari merupakan penghias syurga. Mereka tidak dilahirkan oleh sesiapa tetapi dijadikan oleh Allah khusus untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah s.w.t. ketika di dunia. Balasan ini akan diperolehi mereka semasa di dalam syurga. 

3. Allah akan menyeru sebanyak tiga kali. 

Pada malam pertama Ramadan bahkan pada setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: Adakah di sana sesiapa ingin meminta sesuatu lalu Aku akan berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku akan ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah s.w.t! . maka Aku akan menerima taubat . 

Pada bulan puasa Allah membuka seluas-luasnya peluang kepada hamba-hamba-Nya supaya beribadat kepada-Nya. 

4. Ikan di air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka puasa. 

5. Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadan 

6. Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi.

Ramadan, Bulan Penuh Keberkatan
 

Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Berkat di sini bermaksud menghubungkan kita dengan Allah. Pada bulan ini, apa saja kebaikan yang dilakukan untuk menghubungkan diri kepada Allah, akan digandakan pahalanya oleh Allah s.w.t. 

Pada bulan ini juga Allah memerintahkan Malaikat Ridzuan supaya membuka pintu syurga kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa melakukan kebaikan. Allah berseru:

Wahai Ridzuan, bukalah pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w.
 

Allah ju! ga berseru kepada malaikat Malik yang menjaga pintu neraka:

Hendaklah kamu tutup pintu-pintu al-Jahim ataupun pintu-pintu neraka daripada golongan Nabi Muhammad.
 

Pada bulan ini juga Allah memerintahkan kepada Jibril a.s. supaya turun ke bumi untuk mengikat atau membelenggu syaitan dan melontarnya ke dalam lautan-lautan.

Tiga perkara penting elok dibuat pada bulan Ramadan

1. Mesti kuatkan kerja
 

Kerja melambangkan kesungguhan kita meminta sesuatu daripada Allah. Sebagai hamba kita perlu beramal sebanyak mana yang boleh kerana amalan kita itu akan dilihat oleh Allah s.w.t.

2. Banyakkan istighfar
 

Jika kita merasakan banyak dosa kepada Allah, inilah bulan yang sesuai untuk memohon keampunan-Nya. Selain melakukan ibadah puasa, kita dapat membentuk peribadi. 

Semasa berpuasa, manusia berada pada keadaan yang lemah dan manusia bila berada pada keadaan yang lemah akan teringat kepada Allah.

3. Bertaubat kepada Allah
 

Pada bulan ini manusia akan mudah mendapat keampunan daripada Allah jika mereka benar-benar bertaubat 

salah guna perkataan "masyaallah"

Assalammualaikum, Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika terlihat ganbar-2 censored atau bila anak-2 kita buat perangai nakal. Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Kiamat Jauh Lagi La, Rilek Sudah


Tanda-tanda kiamat kecil kita dah nampak, kita tunggu yang besar pula.. Tapi bila dah sampai yang besar jangan takut dan jangan gentar. Lek Lu Lepak Lu Hsap Rkok Lu !

Di bawah merupakan tanda kiamat besar untuk kita semua baca dan bayangkan..

Hijaunya bumi arafah.
Bumi Arafah hijau, lepas ni kita boleh suruh kerajaan kita buat satu litar macam litar sepang untuk anak-anak muda kita. Kalau 50 Juta boleh laburkan dalam Emel takkan untuk generasi muda tak boleh kan.

Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah atau perceraian tidak diluluskan mahkamah.
HAHA, masa ni kita buat bisnes jual bayi. Tak ke untung ?

Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
OK ! Masa ni kita bersiap sedia nak tangkap binatang ni walaupon mustahil untuk kita tangkap binatang ciptaan Allah ni. Walaupun mustahil kita kena tangkap jugak. Haiwan ni muncul untukmemberikan tanda-tanda atau cap di tiap-tiap wajah manusia dimana tanda-tanda itu akan membuat wajah orang mukminin bercahaya dan akan menggelapkan wajah orang-orang kafir. Habisla kita jadi hitam. HAHAHA
Keluar asap tebal dibumi hijaz.
Asap yang amat tebal sehingga mengaburi mata kita. Arghh. Masa ni yang gelap 40 hari 40 malam. Sapa ayah dia jual lampu untung doh !

Munculnya nabi palsu yang ke 40.


Rilekla, sekarang baru ayah pin. Tunggu keluar ayah pam, ayah porn dan sebagainya sehingga genap 40 orang. 


Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.


Haha, masa ni takut sikit boleh kot. Apa yang kau hafal dan apa sahaja ayat Al Quran Allah ambil balik.


Berlaku perang besar dikawasan kaukasus


Aku tak tahu ni. Skip*


Runtuhnya Ka'abah diserang oleh orang habshah


Masa ni kita mungkin dah tak sempat nak menunaikan haji walaupon penjualan ubat kuat dan gelang magnet kita sukses !


3 kali gempa bumi.


No komen. Aku tak belajar kajibumi.


Keluarnya sukuYakjuj dan Makjuj.


Masa ni kalau kita nampak dia ajakla lepak sekali sambil suruh dia daftar Facebook. Tapi dia ni bahaya sikit. Dengar cerita dia suka seksa orang kalau tak mahu jadi follower blog dia.


Bermulalah kekuasaanDajjal.


Yeah ! Dia dah berkuasa. Follower dia pon ramai. Mat rempit, mat dadah, mat-mat semua jadi pengikut setia dia. Kalau anda ni jahat pun anda akan jadi pengikut dia jugak.


MunculnyaImam Mahdi.


Imam Mahdi dia mai nak perbetul balik umat Islam yang lama terpesong. Masa ni semua kembali kepada ajaran Islam.


TurunnyaNabi Isa a.s.danazannya mematikan yakjuj makjuj.


Boleh cari sendiri cerita ni kat internet. Aku malas komen.


Matahari terbit dari ufuk barat.


Kepada yang tak sembahyang subuh dan tidurnya bangun tepat jam 12 tengahari mungkin terlepas melihat kejadian alam ni.


Terdengar tiupan sangkakala pertama.


Then were are dead. Nak hidup balik tunggu yang kedua !


So lambat lagi kiamat, kalau agak nak prepare awal adalah bagus untuk diri anda sendiri.
Iman Amal Taqwa adalah senjata yang bagus untuk menghadapi semua ni.


Sekian.

Sesungguhnya aku tulis seperti ini bukan maksud aku untuk mempermainkan agama. Aku sengaja tulis macam ni supaya hamba Allah yang membaca muhasabah diri dia.

Kasih Sayang Allah

Bismillah,
Hadis riwayat Umar bin Khathab ra.: 
Bahwa ia datang menghadap Rasulullah saw. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu jika ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan dia langsung mengambil bayi itu lalu mendekapkannya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah saw. berkata kepada kami: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya. (Shahih Muslim No.4947)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: 
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

Allah berfirman : 
Jika kau datang kepadaKu(Allah) dengan dosa segunung, dan kau mohon ampun maka akan Aku ampuni.

Jika kau datang dengan dosa seluas lautan, dan kau memohon ampun maka akan Aku ampuni.

Jika kau mati, tidak dalam keadaan musyrik dan kau memohon ampun maka dosamu akan Aku ampuni

Allah Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "RahmatKu mendahului murkaKu." (HR. Muslim)

Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Seorang masuk surga bukan karena amalnya tetapi karena rahmat Allah Ta'ala. Karena itu bertindaklah yang lurus (baik dan benar). (HR. Muslim)

Semoga kita dapat mengambil pelajaran dari apa - apa yang telah diterangkan. "Perbanyaklah mengingat Allah, maka Allah akan mengingatmu". Tak pernah bosan untuk mengatakan, perubahan selalu terjadi pada diri kita, tapi usahakan perubahan diri kita menjadi lebih baik. Orang yang beruntung, kita dia dapat merubah dirinya menjadi lebih baik dari diri sebelumnya. Dosa masa lalu, bukan suatu hal yang menghalangi diri kita untuk berubah menjadi lebih baik, karena Allah membuka seluas - luasnya pintu ampunan. Semoga bermanfaat bagi kita semua.

Kekurangan datang dari kami pribadi.
Kesempurnaan milik Allah.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...