Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Thursday, May 24, 2012

KDN haram buku Irshad Manji

Irshad Manji
Kulit buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata beliau.

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu, katanya, buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari," katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.

Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis. - Bernama

Monday, May 21, 2012

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba
2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.
4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.
6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.
9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Thursday, May 17, 2012

20 Fakta Menarik Tentang Islam

1.Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari (Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. (Sumber : http://www.indomp3z.us/archive/index.php/t-88731.html)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden

6 Perkara Allah Sembunyikan

UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:

1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan. Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatanyang kita persembahkan kepadaNya suapaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita. Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bernegapmegah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat. Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa

Wednesday, May 16, 2012

161 Orang Asli ucap syahadah serentak

Dr Zambry


Zambry mengiringi Najmuddin yang memimpin bacaan doa pada Majlis Pengislaman
beramai-ramai masyarakat Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai, kelmarin.

SIMPANG PULAI - Kelmarin merupakan hari bersejarah bagi 161 masyarakat Orang Asli dari sekitar Kampung Kerawat di sini, kerana melafazkan dua kalimah syahadah serentak dengan dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu majlis di Surau Kampung Kerawat.

Majlis doa dipimpin oleh Penasihat Agama Menteri Besar, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias Al-Hafiz dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Mohd Yusop Husin.

Zambry dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri berharap saudara baru terus menimba ilmu pengetahuan bagi memahami hakikat ajaran Islam yang sebenarnya.

Katanya, dengan memahami hakikat sebenar ajaran Islam dapat membentuk seseorang itu untuk menjadi manusia yang baik.

“Kita harap mereka ini akan dapat terus menimba ilmu pengetahuan untuk belajar hakikat agama serta ajaran agama yang sebenarnya.

“Ini kerana matlamat agama itu sendiri, khususnya Islam bertujuan menjadikan seseorang itu manusia yang baik,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pengislaman beramai-ramai Peringkat Negeri Perak 1433H/2012M di Pekarangan Surau Perkampungan Orang Asli Kampung Kerawat, Simpang Pulai, kelmarin.

Beliau turut berharap semua saudara baru tersebut memberi penekanan terhadap keamanan, kedamaian, kasih sayang dan perpaduan.

“Saya sangat berharap setelah memeluk Islam ini, janganlah pula mereka menyisihkan masyarakat kampung yang belum memeluk Islam. Islam tidak mengajar sebegitu.

“Sebaliknya Islam mengajar kita untuk saling menghormati antara satu sama lain. Walaupun telah memeluk Islam, tetapi mereka perlu sentiasa menjaga hubungan harian dengan penduduk kampung yang lain sebagaimana biasa,” tegasnya.

Tuesday, May 15, 2012

Himpunan Mutiara KAta

kata luqman al-hakim kepada anaknya: "jika ingin mencari teman, ujila dia dengan membuatnya marah.jika dia tdk sbr dgnmu, jauhilah ia."

Cabaran ibu zaman moden

PALING AKRAB...ibu perlu melayan segala kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.
PALING AKRAB...ibu perlu melayan segala kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.
MARTABAT ibu lebih tinggi daripada bapa kerana hubungannya dengan anak lebih hampir kerana merekalah yang mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak.
Dengan kehadiran cahaya mata menjadikan tanggungjawab ibu semakin berat kerana perlu menggalas beberapa tugas dalam satu masa.


 KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA...jasa dan pengorbanan ibu amat besar dan tidak mungkin dapat dibalas.
DEMI ANAKKU...kasih sayang ibu kepada anaknya sememangnya tiada bandingan.






































Ibu pastinya sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya. Sebab itu martabat ibu terletak pada kedudukan kedua tertinggi selepas mentaati Allah.

Perkara itu berdasarkan ‘tartibul kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Imam Bukhari meriwayatkan kisah daripada Said bin Abi Burdah mengenai seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya.

Selesai tawaf, beliau bertanya Ibnu Umar: “Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa bakti ibuku?” Jawab Ibnu Umar: “Tidak, apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.”

Martabat tinggi itu adalah berdasarkan peranan terbesar ibu mengandungkan anaknya yang tidak mampu dipikul seorang lelaki pun.

Apabila lahirnya anak ke dunia ini, ibu sebenarnya sudah diangkat menjadi pendakwah di dalam keluarga. Tugas yang perlu mereka laksanakan antaranya bertanggungjawab mendidik serta menerapkan akhlak terpuji kepada anak.

Maka, setiap ibu tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai pendakwah. Sejak dari dalam kandungan lagi, ibu adalah guru dan sekolah pertama bagi anak.

Agenda utama dakwah ialah membina peribadi Muslim yang sempurna dan mantap.
Peranan ibu sebagai pendakwah di sini ialah dalam konteks melayan kerenah anak yang sedang melalui zaman peralihan hidup.

Ibu perlu memahami cabaran persekitaran dalam proses pembentukan anaknya.
Mereka perlu mempelajari teknik pembangunan anak seperti mengawal emosi, kaunseling, teknik membimbing anak bermasalah dan juga teknik memuji sebagai penghargaan.

Setiap kesilapan dan kesalahan yang dilakukan perlu diperbetulkan secara bijaksana. Cara menegur dengan leteran, menengking, marah atau ugutan amat tidak bersesuaian kerana ia akan menerbitkan perasaan dendam, sedih, malu dan memberi tekanan kepada anak.

Perunding motivasi syariah, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi berkata, Imam Malik pernah ditanya bagaimanakah beliau memperoleh anak alim dan soleh mosleh.

“Jawapan beliau, aku pilih ibunya. Kisah ini bermaksud pendakwah yang disegani dalam skop perbincangan wanita bermula dari peringkat awal lagi iaitu pemilihan bakal isteri.

“Dari aspek pemilihan bakal isteri, nabi junjungan menyarankan kita memilih yang beragama. Seorang penyair Arab berkata, sang ibu itu samalah dengan sekolah, jika anda pandai menyesuaikannya... samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik keturunannya... Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi pentingnya peranan kedua ibu bapa dalam mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna.

“Ibu adalah murabbi (pendidik). Betapa bahagianya ibu bapa dapat diumpamakan seperti, mereka dapat melihat buah (hasil) bahkan dapat juga berlindung di bawah pohon yang mereka tanam dahulu.

“Itulah ‘seni’ mendidik anak; perlu secara halus, dalam lembut ada tegasnya, dalam semangat ada berkat,”katanya.

Beliau berkata, ulama tersohor Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Tarbiyatul Aulad menggariskan lima panduan dalam kaedah mendidik anak serta mengekalkan disiplinnya.

“Pertama, menunjukkan contoh teladan iaitu mengambil Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan.

“Kita pernah mendengar orang tua kata, anak adalah cermin ibu bapanya. Kalaulah ibu atau ayahnya seorang yang baik sudah pasti anaknya juga begitu.

“Kedua, memastikan disiplin anak dengan cara kebiasaannya. Pujangga Arab berkata, sesiapa yang terdidik dari kecilnya maka akan terbiasa sehingga dewasa.

“Bahkan imam Ghazali menyatakan, akhlak adalah perbuatan yang tidak perlu kepada berfikir dahulu, iaitu tindakan terus akibat menjadikan perbuatan itu adat kebiasaannya.

“Ketiga, menggunakan nasihat dan bimbingan. Anak mana yang sentiasa berdisiplin dan dengar kata. Sudah pasti ada kenakalan atau ragam mereka yang perlu kita tegur.

“Ini selaras dengan dasar pendidikan agama iaitu, nasihat. Bukan sekadar ibu bapa perlu menasihatkan anak, malah ibu bapa wajar meminta pandangan dan nasihat dari anak mereka.

“Keempat, pendidikan berterusan dengan pemerhatian serta pengawasan ibu bapa.
Apabila anak meningkat remaja ibu bapa perlu mengawasi anak daripada berbuat perkara yang menyalahi agama.

“Kelima, disiplinkan anak dengan denda dan hukuman. Ia bukan bersifat menghukum tetapi lebih kepada mendidik agar mereka mematuhi konsep tarbiah.

“Ajar anak dengan contoh persekitaran mereka seperti pencuri akan ditangkap polis dan dihukum. Ini satu bentuk gambaran kepada keterbatasan tindak tanduk anak, iaitu mereka boleh bergembira tetapi ada batasannya,” katanya.

Menurutnya, seorang ibu wajar berniat, aku adalah ibu yang terbaik kepada anakku dan isteri solehah kepada suamiku.

“Niat ini bukan saja doa malah menjadi ingatan kepada diri supaya tahu matlamat diri sendiri. Dalam Islam, tidak menjadi kesalahan bagi seorang ibu untuk bekerja.

“Malah, isteri yang reda dan ikhlas dalam bekerja bagi membantu suaminya mencari nafkah akan memperoleh ganjaran seumpama berjihad.

“Pepatah barat ada menyatakan, “you win some, you loose some”. Tiada kemenangan kepada kedua-duanya tetapi keseimbangan dalam pembahagian masa dan perhatian diperlukan dalam menangani konflik seperti ini.

“Tiada gunanya hebat dalam kerjaya tetapi membiarkan anak gersang kasih sayang.
Apabila rumah kosong dengan kasih sayang, mereka akan mencari kasih sayang di luar,” katanya.

Katanya, ibu sebagai pendidik dalam keluarga perlu membiasakan diri dengan sikap sentiasa mahu belajar.

“Jangan malu bertanya. Tambah ilmu serta bertukar pandangan dengan alim ulama atau menghadiri kursus keibubapaan bagi menajamkan kemahiran mendidik anak generasi kini.

“Kita perlu menambah maklumat yang boleh digunakan dalam mendidik anak bagi menjauhkan mereka daripada anasir negatif.

“Jangan sampai tersedar selepas anak disahkan menagih dadah, mengandungkan anak luar nikah atau ditangkap polis kerana melakukan jenayah.

“Peranan ibu bukan sekadar melahirkan malah mendidik dengan penuh keikhlasan supaya anak menjadi sebutir mutiara di celahan deraian kaca,” katanya.


Sunday, May 6, 2012

Keutamaan Berselawat Dan Kelebihannya




KEUTAMAAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

اِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا
Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (member segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .
(Surah al-Ahzab-56)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.
2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11.Allah akan menutupi segala dukacita.
12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13.Mendapat darjat al-Sidq.
14.Ditunaikan segala hajat.
15.Salam sejahtera pada hari kiamat.
16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22.Tidak akan merasai fakir.
23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24.Mendapat kesejahteraan daripada doa rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabu Muhammad s.a.w.
28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31.Mendapat keberkatan daripada Allah.
32.Mendapat kesempurnaan iman.
33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36.Teguh pendirian dengan kebenaran.
37.Berselawat bererti kita menggunakan sebaghagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.


Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” -(Riwayat Tabrani)

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.-(Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” -(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam)

“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” -(Riwayat Ibnu Murdawaih)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” -(Riwayat Abus Syaikh dari Anas)

“Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. -(Riwayat Tirmizi)

Jangan berhidung belang (Rumahtangga)

annganlah seorang lelaki Islam itu 'mata keranjang'. Sebab Allah dan Rasulnya melarang seorang mukmin melihat (mata keranjang) kepada seorang wanita yang bukan mahramnya, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. di bawah ini: "Suruhlah orang mukmin itu menundukkan sebahagian drpd pandangan mereka." (Surah An-Nur: 30).
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Telah berkata Jabir bin Abdullah: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (wanita) dengan tidak sengaja, maka sabdanya: Palingkan pandanganmu." (H.R. Muslim).
Lagi satu sabdanya: "Ya Ali! Janganlah engkau iringkan satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan tetapi yang kedua." (H.R. Abu Dawud).
Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Seseorang (lelaki) Islam, jika melihat kecantikan seorang wanita di pertama kali (yakni tidak sengaja) kemudian ia tundukkan pandangannya, maka pasti Allah adakan baginya satu ibadat yang ia akan rasakan manisnya di dalam hati." (H.R. Ahmad).
Sudah jelaslah bahawa keterangan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah ini menunjukkan larangan bagi seorang mukmin memandang kecantikan wanita orang lain, kecuali kalau tidak sengaja, tetapi jangan diulangi lagi melihatnya yang kedua kalinya sebab yang kedua kali itu bukan lagi tidak sengaja.

Sebab memandang kecantikan wanita orang lain itu akan mendatangkan nafsu berahi. Maka dari itu Allah s.w.t. dan Rasul-Nya memerintahkan supaya menunjukkan sebahagian pandangan dari wajah wanita. Dengan begitu maka selamatlah dari bahaya seks, fitnah dan pertengkaran dengan orang yang mempunyai isteri.

Sebab ada kalanya suami dari wanita itu, seorang yang cemburu dan ada kalanya seorang bapa dari seorang anak gadis yang tidak suka dan cemburu jika anakgadisnya dipandang oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Maka dari itu untuk menjaga syahwat dan fitnah, hindarkanlah memandang wanita. Sebab kalau sampai terjadinya pertengkaran dengan orangakibat memandang wanita, maka kejadian itu akan memalukan dan membawa diri menjadi hina-dina dan tentu khabar buruk itu akan sampai ke telinga isteri. Lalu sang isteri pun akan menjadi marah kerana malu sebab dicemuhkan orang dengan kata-kata seumpamanya: "Suami si anu itu berhidung belang, pantang melihat wanita berdahi licin."
Justeru timbul pertengkaran dan akhirnya menjadi keributan besar dalam rumahtangga dan mula retak tatatertib suami isteri.

Solat Dhuha Hindari Kepapaan

Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (al-Dhariyat: 56)

Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.


Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.

Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

?Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

?Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur,? kata Nidzamuddin dalam temu bual baru-baru ini.

Kelebihan

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

?Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

?Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

?Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,? kata Nidzamuddin.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ?rehat sebentar? setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu?aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. (Riwayat Imam al-Tirmizi)

Tegasnya, bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi). Oleh itu, eloklah ia dijadikan sandaran bagi amalan kita.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Para sahabat yang komited

Antara mereka yang paling komited dengan amalan solat sunat ini ialah Abu Darda', Abu Hurairah dan Abu Zar al-Ghifari. Mereka komited lantaran wasiat dan pesanan Nabi s.a.w. kepada mereka ditambah pula dengan sifat mereka yang kuat beribadat.

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...