Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Saturday, August 4, 2012
Pengecualian Wanita Solat Tarawih di Masjid
Soalan:
Adakah dibenarkan wanita bertarawih sendirian di rumah? Sebabnya adalah kerana masjid sesak, masalah air wudhu
yang tidak tahan lama?
Jawapan:
Dibolehkan setiap individu mengerjakan solat tarawih di rumah dan tidak dikerjakan secara berjemaah kerana solat tarawih itu hukumnya sunat. Berjemaah yang kita lakukan itu kerana ingin mencari kelebihan pahala dalam berjemaah. Namun bagi seorang wanita solat di rumahnya lebih utama daripada solat berjamaah di masjid,
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
"Solat seorang perempuan di rumahnya lebih utama daripada ia solat di masjid".
Namun jika ingin menghadiri solat berjemaah di masjid boleh saja,
asal saja tidak membawa kesukaran seperti berjumpa denganramai kaum lelaki di jalan atau orang jahat yang akan mengganggu dan sebagainya.
Cukuplah seorang wanita itu ia solatberjemaah di rumah bersama-sama dengan perempuan lain serta dengan anak-anaknya. Yang bertindak sebagai imam berdiri ditengah-tengah saf, dan janganlah membaca dan bertakbir dengan suara yang keras atau llantang, cukup dengan perlahan dan seperlunya saja.
DN 054 Bimbingan Lengkap Fardhu Ain - Ibadah Puasa
selamat beramal,kita renung renungkan sejenak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...
No comments:
Post a Comment