Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan
salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri
merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang
melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu
sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari
kalanganku." (Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa
sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan.
Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan
untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang
banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari
kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita
jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah
SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya
seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari
belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus
menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat
gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang
mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama
berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan
nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam
keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin
lagi," jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak
bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak
mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin
lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang
lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah,
isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana
ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab
Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar
jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya
ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia
masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan
menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku
menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang
harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata
Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya.
Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada
ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan
kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi
keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang
sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah
Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah
jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku..
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label Pasangan Sudah beristeri. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013
Didik Isteri Perlu Strategi
Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya
sentiasa kretif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum
lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah
didorong oleh perasaan.Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan
wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya,
ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah
keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah yang bermaksud:
"lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.
Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.
Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.
Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.
Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."
Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemahpemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya."Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.
Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Sewaktu Rasulullah dinikahkan dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun manakala Siti Aishah baru enam tahun dan mereka bersama tatkala Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan mertabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?" Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.
Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaanya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.
Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidakm menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.
Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Monday, May 27, 2013
Bila Isteri Mengamuk
Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira hendak "mendua","mentiga" dan "mengempatkan" ku?
Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah
Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan
Atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang "serangan" itu sebagai peringatan
Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar,berhentilah
Kalau berdosa,bertaubatlah
Jangan berkira-kira hendak "berdua"
Kalau yang satu itu pun tidak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan
Tetapi mampukah meratakan keadilan memimpin penuh kasih sayang?
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayyub
Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
"Bersabarlah kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita..
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu..
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita..
Dia yang membantu menjaga makan minum kita..
Dia yang mencuci kain baju kita..
Dia yang membantu membersihkan rumah kita..
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?"
Taburkanlah segenggam salji pada secubit api..
In shaa Allah cinta itu akan semarak kembali... ..
Nota : perkongsian bersama buat para suami dan juga para isteri diluar sana mahupun dalam vf ini..semoga ia dijadikan panduan kata utk bahagia rumahtangga kalian...
Buat "kamu" juga yang bakal bergelar "suami" ingatlah..aku xsentiasa sempurna..

Sunday, February 17, 2013
Mengetahui lelaki berbohong atau menipu anda
Anda mungkin mencurigai pasangan anda bukan?. Untuk mengetahui pembohongan yang dilakukan oleh gologan lelaki adalah lebih mudah jika dibandingkan penipuan yang dilakukan oleh pasangan wanita. Yes!! ini benar. Penipuan yang dilakukan oleh perempuan lebih susah dikesan jika dibandingkan dengan lelaki.
Terdapat beberapa tips penting untuk mengetahui pasangan anda berbohong atau menipu anda antaranya:
1) Bersikap Lebih Defensive.
Lelaki sebenarnya tidak terlalu menjaga phone, email, twitter atau apa saja gadjet komunikasi dengan betul. Tetapi Ia mula berubah apabila mereka menipu anda. Ini benar!! Pasangan anda akan mula berhati-hati dengan gadjet mereka. Walaupun anda menyentuh anset mereka mereka akan mula defensive dan mula marah anda.. Pekara semula jadi tentang lelaki ialah jika mereka setia atau tidak berbohong mereka sedia memberi kata laluan social network seperti facebook, twitter dan sebagai kerana lelaki sifat semula jadinya bersifat "sharing and caring" bermaksud sedia berkongsi.. tetapi jika mereka mula mengelak dari bersifat demikian, itu bermaksud terdapat sesuatu yang tidak kena dengan hubungan anda..
2) Lelaki Mula Melaram (Berhias)
Ketahuilah wanita bahawa lelaki hanya berhias hanya sebab tertentu sahaja.. Misalnya ingin menarik perhatian seseorang.. Secara jujurnya kebanyakkan lelaki bersifat sederhana dan mereka tidak berhias keterlaluan.. Jika terdapat perubahan mendadak seperti memakai minyak wangi, baju kemas dan sebagainya anda harus berhati-hati... Tetapi jika pasangan anda memang dari mula sudah menjaga penampilannya itu adalah pekara biasa...
3) Perubahan Bau Badan
Jika anda sudah mengenali pasangan anda atau mereka yang sudah berumah tangga sudah tentu mengetahui bau badan pasangan masing-masing bukan.. Jika bau badan pasangan ada berbeza dari bau badan yang anda rasa itu bermakna anda perlu menyiasat pekara ini. Anda perlu tahu bahawa manusia akan berubah bau badannya apabila mereka excited dengan sesuatu.. Perkara ini susah hendak dijelaskan tetapi jika anda benar-benar mengenali pasangan anda.. Pasti anda dapat mengenal pasti pekara ini..
3) Hubungan Kelamin Berkurangan
Buat pasangan yang sudah berkahwin.. Lelaki sememangnya inginkan seks dan mereka perlu anda untuk memenuhi tuntutan batinnya.. secara semula jadinya terdapat beberapa factor yang menyebabkan keghairahan hubungan kelamin menurun antaranya usia, perkerjaan, pemakanan, daya tarikan dan sebagainya. Namun jika anda sudah mengoda suami anda tetapi dia menolak dan berjauhan dengan anda itu bermakna dia tidak berminat mengadakan hubungan seks dengan anda.. So perlulah anda siasat pekara ini kerana hubungan seksual merupakan pekara penting dalam rumah tangga.
4) Masa berada di Rumah Kurang.
Ketahuilah wahai kaum wanita..jika mereka kurang bersama kamu dan selalu memberi alasan sibuk dan jarang menhantar SMS atau menghubungi kamu.. Mungkin mereka sudah tidak menyayangi kamu.. Ketahuilah para wanita. Jika seseorang lelaki menyayagi kamu walau sesibuk manapun mereka, mereka pasti akan menghubungi kamu. INI ADALAH FAKTA.
Elak Bercinta Dengan Suami Orang | Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri
Ramai
gadis ketika ini terperangkap dengan situasi bercinta dengan suami
orang. Walau bukan itu yang dimahukan namun kerana lakonan dan permainan
lelaki yang cukup mantap, si gadis akhirnya jatuh cinta dan terjerat
dengan hubungan sebegini.
Bila status lelaki diketahui, ramai yang merasakan ia sudah terlambat, hati sudah pun terlanjur mencintai dan amat sukar untuk melepaskan dirinya. Akibatnya ada gadis yang sanggup menjadi madu atau mengambil lelaki yang sudah menjadi milik orang lain. Adakah ini kesudahan yang dimahukan oleh anda yang belum berumahtangga?
Jika tidak, panduan berikut mungkin berguna. Langkah pertama untuk mengelak berhadapan dengan situasi ini ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri. Lelaki yang sudah beristeri sebenarnya ada ciri-ciri yang tersendiri. Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuannya agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta.
Selain itu ia penting juga supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.
Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga anda. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.
1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.
2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.
3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.
4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.
5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.
6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.
7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.
8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.
\
9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.
Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...