1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah
susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2)
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan
bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
4)
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi
bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku
puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5)
Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas
soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak
bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
6) Pernah
baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah
lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda
menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda
antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka
mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda
yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak
tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanyasetelah selesai
bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya
Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit... " desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah
mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang
kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat
menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi
halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah!
Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak
akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut,
"Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi
Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila
aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan
ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9)
Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh
rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam
masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10)
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke
tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di
depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah
terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di
waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadat hinggakan pernah
baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13)
Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku
telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab
baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba?
Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."
Pages
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."aurat
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Wednesday, March 5, 2014
Wednesday, November 27, 2013
Sikap Pemaaf Rasulullah
Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)
Adil dalam pembahagian harta rampasan
Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)
Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir berjaya
dipulihkan dari sumur Zarwan. Tidak pernah baginda mengungkit
kembali perkara berkenaan walaupun di hadapan Yahudi berkenaan.
Pernah baginda dihunuskan pedang dan ditanya "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" dan baginda menjawab "Allah". Maka jatuhlah pedang tersebut dan baginda mengambilnya dan bersabda "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" Lelaki itu menjawab "Adalah engkau hendaknya sebaik-baik orang yang mengambil kebajikan" Baginda menjawab "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah" Lelaki itu menjawab "Tidak, hanya aku tidak akan memerangimu. Aku tidak akan bersamamu dan aku tidak akan bersama kaum yang memerangimu" Lantas Baginda melepaskan lelaki berkenaan dan mendekati sahabat-sahabatnya dan bersabda : "Aku datang kepada kamu dari orang yang terbaik antara manusia"
Perkara-Perkara Yang Tidak Digemari Rasulullah Saw
Seorang laki-laki masuk ke tempat baginda SAW dengan memakai kain yang berwarna kuning (pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari situ, baginda mengatakan kepada sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.
Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda SAW. Para sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air kecilnya dan baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini tidak harus berlaku di dalam masjid.
Dll.
(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly dll sumber pelbagai )
Kemurahan Hati Rasulullah Saw
Sayyidina Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata : "Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW"
Seorang lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing dan lelaki itu kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya memeluk Islam.
Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.
Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.
Pernah baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi kehendak si peminta, Baginda SAW menyuruhnya membeli secara berhutang atas nama baginda dan baginda berjanji untuk melunaskannya.

Saturday, August 4, 2012
Ringkasan 50 Perkara Penting Mengenai Rasulullah S.A.W.
- Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai Rasul semasa berusia 40 tahun.
- Rasulullah s.a.w wafat semasa berusia 63 tahun.
- Bani Najjar dan Bani Zahrah adalah keturunan Rasulullah s.a.w.
- Haris bin Uzai adalah bapa susuan Rasulullah s.a.w.
- Usamah bin Zaid adalah pencinta Rasulullah s.a.w.
- Huzaifah bin Yaman adalah penyimpan rahsia Rasulullah s.a.w.
- Zubir bin Awwam adalah golongan penyokong Rasulullah s.a.w.
- Rasulullah s.a.w lebih rapat dengan Kabilah Quraisy Al-Adnaniah.
- Baginda berkahwin dengan 13 orang isteri.
- Cucu kesayangan Baginda adalah al-Hassan dan al-Hussin.
- Rasulullah s.a.w telah berperang sebanyak 27 kali.
- Rasulullah telah berperang dalam 9 pertempuran.
- Abu Qasim adalah diantara gelaran yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w.
- Nama Assakab, Al-Murtajiz, Lazzaz, At-Tarbi dan Al-Lahif adalah nama-nama unta Rasulullah s.a.w.
- Zainab binti Al-Haris adalah orang yahudi yang telah meracuni Rasulullah s.a.w.
- Mariah Al-Qibti dan Raihanah binti Zaid adalah Dua orang hamba yang telah dikahwini Rasulullah s.a.w.
- Nama-nama Zul Faqqr, Battar, Al-Haif, Rasub dan Al-Mukhzim adalah nama-nama bagi pedang Rasulullah s.a.w.
- Kabilah Bani Nadhir Yahudi yang ingin melempar batu ke atas Rasulullah s.a.w.
- Ali bin Abi Thalib, Uthman bin Affan, Al-As bin Ar-Rabi’ dan Utbah adalah kerabat ipar lelaki Rasulullah s.a.w.
- Zubir bin Awwam adalah anak saudara Rasulullah s.a.w.
- Fatimah binti Amru Al-Makhzumi adalah nenek kepada Rasulullah s.a.w di sebelah ayah Baginda.
- Hassan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan Kaab bin Malik adalah penyair-penyair Rasulullah s.a.w.
- A-Mat’am bin Adi adalah orang yang membantu Rasulullah s.a.w ketika Baginda kembali dari hijrah ke Taif.
- Halimah binti Sa’diah dan Suwaibah adalah keturunan Abi Lahab.
- Surah An-Nur adalah surah yang Rasulullah s.a.w galakkan perempuan mempelajarinya.
- Ramlah binti Sufian adalah perempuan yang dipinang oleh Raja Najasyi untuk Rasulullah s.a.w.
- Kumpulan tenteraAbdullah bin Hahsyi adalah kumpulan pertama yang berhadapan dengan Rasulullah s.a.w di kawasan tepi pantai.
- Uqbah bin Abi Al-As adalah orang yang telah mematahkan dua batang gigi Rasulullah s.a.w.
- Peperangan pertama yang Rasulullah s.a.w hadapi adalah peperangan Al-Abwa’.
- Ibnu Qim,ah adalah orang yang telah melukai wajah Rasulullah s.a.w pada peperangan Uhud.
- Zaid bin Harisah adalah sahabat terakhir yang terlibat dalam sistem penceraian yang tidak berbentuk Islam sebelum wujudnya sistem pernikahan dalam Islam yang dikendalikan oleh Rasulullah s.a.w.
- Semasa kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan 9 orang isteri.
- Nota : Rasulullah s.a.w berkahwin adalah untuk menyelamatkan wanita-wanita tersebut dari berbagai masalah. Baginda sahaja yang mampu menyelesai dan membahagiakan wanita dengan izin Allah SWT. Baginda tidak berkahwin di atas dasar nafsu, malah semua wanita yang Baginda kahwini adalah bukan anak dara, Hanya Siti Aisyah sahaja dari kalangan anak dara. Inilah bukti Baginda bukan mementingkan nafsu. Nauzubillah Hilazim.
- Thabit bin Qais adalah pembaca Khutbah Rasulullah s.a.w
- Barrah binti Abdul Izzi adalah nenek Rasulullah s.a.w di sebelah ibu Baginda.
- Ummul Mukmini yang terakhir meninggal dunia dari kalangan isteri Baginda s.a.w adalah Ummu Salamah.
- Anak perempuan Baginda s.a.w pertama yang meninggal dunia adalah Ruqayyah.
- Maimunah binti Al-Haris adalah isteri terakhir Rasulullah s.a.w.
- Abi bin Khalaf adalah satu-satunya yang telah dibunuh oleh Rasulullah s.a.w walaupun Baginda telah membentuk 27 peperangan dalam menentang mereka yang mencabar Islam.
- Rasulullah s.a.w telah memulakan perjalan Isra’ bermula dari rumah Ummu Hani’ .
- Sahabat yang mengaku nabi selepas kewafatan Baginda adalah Tulaihah binti Khuwailid Al-Asadi, kemudian beliau bertaubat dan kembali kepada Islam dengan sempurna.
- Baginda s.a.w dikafankan dengan kain Kafan yang disediakan oleh Fatimah binti Asadi, iaitu isteri bapa saudaranya Abu Talib. Selawat dan Salam untukMu Ya Rasulullah s.a.w.
- Rasulullah s.a.w telah menghadiahkan 70 Selawat dan Salam kepada Saidina Hamzah r.a. --> Betapa besarnya kesan peperangan Uhud kepada Jasad dan Jiwa Rasulullah s.a.w.. Salam Rindu buatmu Rasul Junjungan.
- Rasulullah s.a.w telah melakukan solat Ghaib ke atas jenazah Raja Habsah An-Najashi yang telah memeluk Islam tanpa pengetahuan rakyatnya.
- Wanita pertama yang telah membuat perjanjian dengan Rasulullah s.a.w dalam Aqabah kedua adalah Fukaihah binti Yazid Al-Ansari.
- Daldal adalah binatang yang dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w oleh Al-Qauqas.
- Rasulullah s.a.w telah membahagikan bulan Ramadhan kepada 3 bahagian: Di permulaan Ramadhan adalah Rahmat, Di pertengahan Ramadhan adalah Keampunan dan Di akhir Ramadhan adalah Perlindungan dari api neraka.
- Di antara umrah yang telah Rasulullah s.a.w lakukan adalah Umrah Hudaibiah, Umrah Al-Qoda’, Umrah Al-Ja’ranah dan Umrah Haji.
- Ibu Rasul Junjungan iaitu Siti Aminah meninggal dunia di Al-Abwa’ suatu tempat diantara Mekah dan Madinah.
- Rakan perkongsian dalam perniagaan Rasulullah s.a.w di Mekah adalah As.Saib bin Abi Saib.
Menyingkap Kehidupan Harian Rasulullah S.A.W
- Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
- Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ” Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.
- Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
- Pernah baginda bersabda "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
- Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah? "Baginda menjawab "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar ." Lantas Sayidina Umar bertanya lagi "Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeseran di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…" desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, ” Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
- Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
- Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak "Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
- Rasulullah s. a. w. bersabda , "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat."
Dipetik dari : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/07/06/11-perkara-menyingkap-kehidupan-harian-rasulullah-saw/
Thursday, July 26, 2012
KEINDAHAN SENDA GURAU RASULULLAH (:
Kisah1 : UNTA ITU IBU DAN ANAK
Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah ﷺ lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda ﷺ berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah ﷺ. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.
KISAH 2:Baginda ﷺ berlumba lari dengan Sayyidatina Aisyah
Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah ﷺ. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari? Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda ﷺ) telah mendahului saya. Kemudian baginda ﷺ berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda ﷺ berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda ﷺ berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.
Indahnya Akhlak Rasulullah . ^^
Bersenda gurau semacam ini tidaklah salah dilakukan sekali-sekala tetapi tidak boleh dilakukan selalu sangat.
dalam bersenda gurau jangan menipu/menyakitkan hati orang lain untuk buat orang ketawa. ^^
سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم
سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

Subscribe to:
Posts (Atom)
Translate
Muhasabah Diri Sebelum Tidur
"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...