Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat

Google+ Followers

Thursday, September 26, 2013

Kenapa ????


Ingat Allah


Tuesday, September 24, 2013

Indahnya Berbaik Sangka


Dosa Penghalang Rezeki

Bila pintu rezeki ditutup Allah, maka dunia terasa menghimpit. Inilah yang dinamakan ‘Khizyun’ yakni kehinaan dunia akhirat. Wal ‘iyazubillah.

Dari awal lagi, Islam telah mengajar umatnya bahawa meninggalkan ketaqwaan di dalam apa jua aspek kehidupan akan mengundang kemiskinan dan kemelaratan. Macam-macam kemiskinan boleh berlaku bila taqwa tidak dimiliki.

Semuanya termaktub di dalam alquran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak miskin harta, seseorang yang melakukan dosa terus menerus tanpa taubat boleh jadi miskin iman, miskin hidayah, miskin ilmu, miskin akhlak dan adab, miskin maruah dan jatidiri. Dalam kata-kata yang lain, kalau taqwa menjadi faktor ‘pengundang’ rezeki, keberkatan dan rahmat Ilahi, maka kesan dosa, maksiat dan mungkar adalah sebaliknya.

Lalu, pernahkah selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita? Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dosa yang dilakukannya.”

Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda: “Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

Memang benar. Itulah hakikatnya. Melalui hadis-hadis Rasulullah SAW berkenaan keutamaan amalan, bukankah istighfar kepada Allah, menghubungkan silaturrahim, memberi sedekah, mengeluarkan zakat dan banyak lagi menjadi faktor ‘pengundang’ dan ‘pembukaan’ pintu-pitu rezeki? Semua itu tidak lain adalah amalan taqwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Jikalau penduduk sesuatu penduduk kampung (negeri) beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan bukankan ke atas mereka (pintu-pintu) keberkatan dari pihak langit dan pihak bumi.” Manusia yang tinggi taqwanya, mampu pula mengagih-agihkan kurniaan dan rezeki Allah kepada insan-insan yang lain pula.

Demikianlah pengalaman benar pemandu-pemandu teksi di zaman tok kenali rahimahullah. Wali Allah dan alim besar yang terkenal kelahiran negeri Serambi makkah. Sekiranya beliau menaiki mana-mana teksi, maka dengan izin Allah, maka pemandu-pemandu teksi tersebut akan mendapati penumpang yang sentiasa penuh (tidak putus) dari awal pagi hinggalah ke petang. Bukankah ia satu kuniaan Allah hasil ketaqwaan?

Rezeki tidak berkat

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukan kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka.

Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini.

Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga. Macam orang yang sangat dahaga yang diberi minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa?

Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita? Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini?

Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita. Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia tidak diberkati

Allah Swt Memanggil Hambanya 3 Kali


Wednesday, September 18, 2013

Amalan anak salih selepas kematian ibu bapa


5 Perkara Menyebabkan Solat Anda Tidak Khusyuk


Hadiah


Nak ikut Amalan siapa | Amalan Nabi vs Amalan Syaitan

Hadis Rasullulah - "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam Perkara-Perkara Besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam Perkara-Perkara Kecil."

Di antara 'Perkara-perkara kecil' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita (Islam).

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran "mereka" ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa KOPI tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan KAMBING tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging Paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat TINGGI MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5."Mereka" juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu @ Islam kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, "mereka" ni gak mengwar-warkan kebaikan minum SOYA (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang SEBAB dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Firman Allah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah, 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Al-Maidah, 88)

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.(an-Nahlu, 114)

Thursday, September 12, 2013

Gaya Syaitan Menelanjangi Muslimah

Sama-sama kita muhasabah... biar sikit-sikit perubahan kpd kebaikan dilakukan..mudah-mudahan Allah membantu... Insyaallah, amin... .

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering diguna adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su&rsquo . Syaitan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapnya.

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar mode. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tuh tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekedar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak ghairah. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakian Tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih enak dipandang,” syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparen, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan enak, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih leluasa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga.”

Lalu dicubalah ide abaru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih enak dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik ke kereta. “Yah tersingkap sedikit tak apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merusak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasat lain yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.

Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar membuat susah, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih enak kalau di potong saja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh ada yang terlupa, kalau kamu bakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan, orang tetap menamakannya dengan “bertudsung”.

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini buru-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan sepatu hak tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih enak, bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.”

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia mema-kai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun buru-buru bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”

Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata. “Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini berarti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasatnya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampak kan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini modelnya berpakaian mini, dan agar serasi rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”

Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai model lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling rawan saja yang tinggal untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzu billah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan laki-laki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” syaitan tak mau ambil risiko.

Penutup Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut, karena kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat berarti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyeng-sarakan, baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a’lam bis sawab.

Sumber idea dan pokok fikiran: Kitab “At ta’ari asy syaithani”, Adnan ath-Tharsyah, disadur dengan bebas.

Kesalahan


Muasabah diri | Picture


Wednesday, September 11, 2013

R4BIA - Lambang Tangan Simbol Kuasa Sihir Demonik !

Ntah la umat islam di dunia ni... dan termasuklah umat islam di Malaysia. Tak faham aku la. Dorang ni main ikutttt jerr... main gasakkkkk ajer tanpa mahu menyelidiki maksud sesuatu kumpulan atau sesuatu simbol. Pak turut ikut sedap telinga mendengar dan mata memandang.

Main sokonggggg jer... malas benar nak buat sikit penyelidikan ke ... dan sebab main ikut2 ni lah, simbol2 R4BIA tu dorang taruk kat fb, tweet, pelekat kereta lerr..kat pintu, tingkap, surau, masjid, jamban, beg, baju, topi, sepandok dll lagila..dan yang best pulak tu ada yang letak dalam "ni" coz nak tunjukkan sokongan kat Mesir tu. mmm... geleng kepala den..senang saja melayu2 islam ni jadi pak turut ... jadi pak ikut. Tak cukup ke simbol2 yang ada dalam agama islam? Simbol R4BIA ni mahzab mana pulak yer?

Sebenarnya, semua lambang2 TANGAN yang diwujudkan semasa demontrasi ke atau revolusi ke atau reformasi ke, adalah bekerja untuk satu jenis kaum jer iaitu - Illuminati - Zion - Zionist - One World - Dajjal !!

Rothchild - anak didk Jusuit Vatican, cucu cicit Dajal, pernah berkata - "keuntungan kita adalah daripada kemusnahan dunia yang kita gerakan melalui tangan2 kami, dan simbol2 kami akan berada di mana-mana untuk menghasilkan kemusnahan ini, segalanya adalah untuk persediaan kedatangan Penyelamat kita nanti".



Agak2 korang la kan, saper laaa Penyelamat dorang tu agaknya kan ? Dah ada Penyelamat, dah tentu ada "jemaah" nya kan ? so, saper2 yang dok "ikut" depa ni kot yang akan jadi jemaah kepada si Penyelamat ni nanti, kot?

Adusssss... ..manusia2 di Malaysia ni. Tenet ada, buatlah rujukan sebelum main ikut jer. Dengarnya, rakyat Malaysia ni pandai2 belaka..atau, sebaliknya? ntah la... sebab tu aku cakap dari dulu lagi, kalau ikut kepala panas baran korang, fanatik tak hapa2, otak dah tak rasional lagi, lebih kepada emosional, sedap2 tekan "like R4BIA" jerr .. main ikut tak tentu hala, semua simbol main sedap follow jer..tu sebab, kadang2 kita ingat si anu tu, si polan tu, tok haji ni, tok guru tu mewakili perjuangan islam, tup2..pelatih Mossad dan CIA! Banyak nar dah yang aku jumpa orang2 macam ni, tapi ramai dari kita di Malaysia ni bukan saja "buta mata" tapi juga "buta hati".Jadi pak turut memanjang! mmm... . ntah lerrr

korang bacalah artikel yang aku dah buat sikit penyelidikan tentang SIMBOL2 TANGAN yang dok orang islam ikut main mamKERBAU buta ni..

PESANAN UNTUK UMMAH: Jauhilah sama-sekali dari musuh² kita dibawah Pakatan Judeo-Kristian (Yahud & Nasrani) yang sering menggunakan simbolisma terahsia dari sihir2 sigil Iblis & Syaitan dalam agenda perjuangan mereka untuk memesongkan kita.

Simbol atau lambang tersembunyi adalah perantara kekuatan yang digunakan pengikut aliran sesat untuk memohon bantuan kekuatan jahat dalam dunia ghaib dan pemujaan setan. Tetapi penggunaannya lebih berkesan jika dalam bentuk tiga dimensi. Simbol digunakan orang untuk menarik perhatian kuasa² gelap.

Sebagian besar dari kita belum sepenuhnya menyedari kekuatan misterius dari simbol-simbol yang disalahgunakan. Dan anda juga tidak dapat merubah keadaan dengan membantu budaya simbolisma yang sedang disusun sebagai rasukan mantra kegilaan terhadap ummah.

Ketahuilah sihir sigil adalah sihir yang digunakan oleh para penganut aliran Satanik. Sihir sigil merupakan sebuah sihir yang menggunakan simbol-simbol tertentu (simbol yang digunakan oleh aliran satanilk) agar mampu dilihat oleh mata kasar.

Sesiapa yang membuat salah satu daripada isyarat tangan ini walaupun tanpa niat sudah memadai bagi Iblis dan bala tenteranya untuk bergelak ketawa. Syaitan dan Iblis tidak memerlukan bagi anda memasang niat-niat tertentu. Cukup bagi mereka dengan anda mengikut-ikut telunjuk mereka secara tanpa disedari atau bawah sedar sudah menjadi kabar gembira bagi mereka.

Istilah SIGIL berasal dari sigillum Latin, meskipun mungkin juga terkait dengan סגולה Ibrani (segulah arti “kata, tindakan, atau bahan untuk kesan spiritual) Sigil mungkin memiliki bentuk abstrak, bergambar atau semi-abstrak. Penggunaan masakini berinspirasikan dari tradisi turun-temurun ilmu2 sihir kuno. Sihir sigil lambang tangan R4BIA ini dengan pelbagai mantra pemujaan Iblis, Jin & Syaitan ini turut termaktub dalam kitab sihir kuno Arab AL AZIF.

Pakar ahli otak mengatakan, bahwa paparan gambar, bentuk, dan warna tertentu itu mampu mempengaruhi otak kita, khususnya otak bahagian reptilian (naluri), sehingga secara naluriah otak kita bekerja cenderung menggunakan naluri haiwani. Maknanya, pemikiran kita lebih bersifat emosional, tidak mementingkan rasional, atau baik dan buruknya. Mereka yang pakar dalam segala cabang ilmu ini akan sentiasa menggabungkan pelbagai medium ini untuk melemahkan ummah.

Pemikiran emosional akan menyebabkan seseorang merasa hal-hal yang difikirkan dan yang dirasakannya itu berasal dari dirinya sendiri, meski kenyataan pemikiran nya itu hasil dari pelbagai pengaruh lingkungan dan kawalan bawah sedar yang membentuknya, kerana itu pada hari ini tersangat ramai dari kita yang hidup dalam EMOSIONALl!




Harap2 lepas ni korang GUNA AKAL YANG RASIONAL DAN KEBIJAKSANAAN TERPIMPIN untuk lakukan penyelidikan sebelum kena main dengan mamat2 Zionist ni, jangan asyik dok main ikuttttt jerr... .asyik2 kena kantoi dengan iblis jerrr

Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...