Pages

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah.... Jadikanlah pasangan kami... Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... Tunjukilah kami jalan keluar .... Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....

Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... Lembutkanlah hati-hati mereka ... Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... Ya Allah , Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

aurat

aurat
Showing posts with label SOLAT DAN DOA. Show all posts
Showing posts with label SOLAT DAN DOA. Show all posts

Wednesday, June 20, 2018

DOA HARI KHAMIS

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa hari Khamis

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya اَللّهُ :-
Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat....
Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar...
Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!
Ampunkanlah dosa-dosa kami....
dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami,
kaum keluarga kami, guru2 kami,
sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......
Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga
dan para sahabatnya...!
Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Monday, April 21, 2014

Waktu Dilarang Sembahyang

Soalan:
Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih ker?

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.

3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Jawapan:
بسم الله
 
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu, sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no (1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.
Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب


ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
HR: Muslim (no: 831).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;
-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
Berkenaan kenyataan:  “Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini”,
Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg dilarang.

Kerana:
-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).
-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).
-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Berkenaan kenyataannya:  “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;
Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada beberapa hadis yg menyebut secara umum.
Antara yg disebut dalam hadis ialah:

Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.
Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,

Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di awal waktu.
Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).
Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada mencari kelebihan lewat malam.
Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Hukum Solat Ketika Azan Berkumandang

Post perkongsian ini khasnya untuk diri sendiri kerana saya selalu solat ketika azan sebabnya saya kejar masa.Jadi hasil pencarian hukum solat ketika azan  adalah dapat disimpulkan seperti di bawah
1) Apakah hukum mendirikan solat semasa azan sedang dilaungkan.Ini kerana ada masa disebabkan tugas atau perjalanan jauh, kita perlu mendirikan solat segera apabila masuk waktu.Kadangkala berpandukan pada waktu solat yang telah ditetapkan,kita terus solat dengan yakin apabila jarum jam menunjukkan waktu telah masuk.
2) Perlukah kita menunggu sehingga azan habis dilaungkan untuk mendirikan solat.
Ulasan :
Dalam persoalan ini anda seharusnya mengetahui dan memahami Fiqh al-Nafs atau sebahagian ulamak menamakannya sebagai Fiqh al-Aulawiyat. iaitu yang manakah satu yang lebih utama dan perlu dilakukan pada waktu itu…
Dalam masalah ini seharusnya anda menunggu azan selesai barulah kemudiannya menunaikan solat, kerana Nabi menyatakan yang bermaksud apabila kamu semua mendengar azan, maka sebutlah sepertimana yang disebut oleh muazzin. (al-Bukhari) maka Awlawiyatnya menjawab azan dahulu. Satu lagi ianya masuk di dalam bab Ihtiyat (berhati-hati) takut waktu solat itu sebenarnya belum masuk lagi, atau muazzin terazan awal, jika kita menunggu sehingga selesai azan dan kemudian nya baru solat maka kita telah solat di dalam waktunya. perkara ini disebut oleh para ulama fiqh.
(sumber: qasolatjemaah)

Apakah hukumnya saya memulakan sembahyang saya ketika azan sedang berkumandang?
Sembahyang anda sah tetapi dari segi hukum makruh. Maknanya bila sembahyang juga – tak dapat la pahala walau sah solat (hukum makruh)

Sunday, April 20, 2014

Doa dan Bacaan dalam Shalat



Alhamdulillah, saat waktu luang kali ini saya mengajak untuk belajar bersama tentang Bacaan dan Doa pada setiap Fase dalam Gerakan Shalat.

Berikut ini adalah terjemahan dari Bacaan dan Doanya:




  1. Takbiratul Ihram
    Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • Doa Iftitah
      • Allaahu akbar kabiira, walhamdulillaahi katsiira, wa subhanallaahi bukrataw, waashiila (Allah Maha Besar, dan Segala Puji yang sangat banyak bagi Allah, dan Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang)
      • Innii wajjahtu wajhiya, lillazii fatharassamaawaati walardha, haniifam, muslimaa, wamaa ana minal musrykiin (Sungguh aku hadapkan wajahku kepada wajah-Mu, yang telah menciptakan langit dan bumi, dengan penuh kelurusan dan penyerahan diriku, dan aku tidak termasuk orang-orang yang mempersekutuan Engkau/Musryik)
      • Innasshalaatii, wa nusukii, wa mahyaaya, wa mamaati, lillaahi rabbil 'aalamiin (Sesungguhnya shalatku dan ibadah qurbanku, hidupku dan matiku, hanya untuk Allaah Rabb Semesta Alam)
      • Laa syariikalahu, wabidzaalika umirtu, wa ana minal muslimiin (Tidak akan aku menduakan Engkau, dan memang aku diperintahkan seperti itu, dan aku termasuk golongan hamba yang berserah diri kepada-Mu)
    • Surah Al-Fatihah (tentunya sangat jelas arti dan maknanya)
    • Surah lainnya dalam Al-Quran.

  2. Ruku'
    • Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • Subhaana, rabbiyal, 'adzhiimi (Maha Suci, Tuhanku Yang Maha Agung) minimal di ulangi 3 kali dan dibolehkan untuk melebihkannya.

  3. I'tidal
    • Sami'allaahu, li, man, hamidahu (Mudah-mudahan Allah mendengar, kepada sesiapa yang memuji-Nya)
    • Rabbanaa, lakal, hamdu (Yaa Tuhan kami, bagi- Mu segala Puji)
    • Wa mil assamaawaati, wa mil al ardhi, wa mil a maa shikta, min shai in, ba'du (Sepenuh langit dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa yang Engkau kehendaki, dari sesuatu dan sesudahnya)

  4. Sujud
    • Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • Subhaana, rabbiyal, a'laa, wa, bihamdihi (Maha Suci Tuhanku Yang Maha Luhur, dan aku memuji-Nya) minimal di ulangi 3 kali dan dibolehkan untuk melebihkannya.

  5. Duduk antara 2 Sujud
    • Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii (Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupilah kekuranganku, sehatkanlah aku, dan berilah rejeki kepadaku)

  6. Duduk Tasyahud Awal
    • Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • Attahiyyaatul mubaarakaatus shalawaatut thayyibaatulillaah (Segala ucapan selamat adalah bagi Allah, dan kebahagiaan serta kebaikan)
    • Assalaamu' alayka ayyuhannabiyyu warahmatullaahi wa barakaatuh (Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu wahai Nabi, dan beserta Rahmat Allah, dan berkat-Nya)
    • Assalaamu 'alayna wa 'alaa 'ibaadillaahis shaalihiin (Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kami pula, dan kepada sekalian hamba-hambanya yang soleh)
    • Asyhadu allaa ilaaha illallaah (Aku bersaksi, bahwa tiada Tuhan kecuali Allah)
    • Wa asyhadu annaa muhammadar rasuulullaah (Dan aku bersaksi, bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya, dan Rasul-Nya)

  7. Duduk Tasyahud Akhir
    • Allaahu' Akbar (Allah Maha Besar)
    • mengulang kembali bacaan dari Duduk Tasyahud Awal lalu diteruskan dengan,
    • Allaahumma, shalli 'alaa muhammad, wa 'alaa, aali muhammad (Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad)
    • Kamaa, shallayta, 'alaa ibrahiim, wa 'alaa, aali ibraahiim (Sebagaimana telah Engkau berikan kebahagiaan kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim)
    • Allaahumma, baarik, 'alaa muhammad, wa 'alaa aali muhammad (Ya Allah, berikanlah berkah kepada Muhammad, dan kepada keluarga Muhammad)
    • Kamaa, baarakta, 'ala ibraahiim, wa 'alaa, aali ibraahiiim (Sebagaimana Engkau telah memberikan berkah kepada Ibrahim, dan kepada keluarga Ibrahim)
    • Fil 'aalamiina Innaka, hamiidummajiid (Sesungguhnya Engkau, Maha Terpuji lagi Maha Mulia)

  8. Doa dalam Ucapan Salam
    • Assalaamu' alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh (Salam sejahtera untukmu, Rahmat Allah dan berkat-Nya)




Semoga artikel ini dapat selalu mengingatkan saya agar lebih memaknai apa itu arti Shalat, selain juga yang utama adalah memenuhi Kewajiban dalam Rukun Islam yang Kedua. Dan sejujurnya saya tidak mau termasuk Pelaku Shalat yang hanya Menunaikan Kewajiban tanpa mengetahui tentang arti dan makna dari Bacaan serta Doa yang terucap dalam Shalat.

Wassalamu' alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh..

Sunday, April 6, 2014

Yang ini Doa Doa Terbaik Dari Para Nabi dan Rasul Allah dalam Al Quran

  Berikut doa doa yang pernah dicontohkan para Nabi Nabi Allah yang bagus dibaca :

1. Doa Nabi Adam

Robbana dholamna anfusana wailam tagfirlana watarhamana lana kunnana minal khosirin

Artinya : Ya Allah , kami telah mendholimi pada diri kami sendiri, jika tidak engkau ampuni kami dan merahmati kami tentulah kami menjadi orang yang rugi.

2. Doa Nabi Nuh
“ Robbi inni audzubika an as alaka maa laisalli bihi ilmun wa illam tagfirli watarhamni akum minal khosirin “ (surat Hud; 47)
Artinya : Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari sesuatu yang aku tidak mengetahui hakekatnya, dan sekiranya tidak Engkau ampuni dan belas kasih niscaya aku termasuk orang – orang yang merugi

3. Doa Nabi Ibrahim
“ Robbana taqobal minna innaka anta sami’ul alim wa tub alaina innaka antat tawwaburrokhim “ (al baqarah; 128-129)
Artinya : Ya Tuhan kami terimalah amalan kami sesungguhnya Engkau maha mendengar dan Mengetahui, dan termalah taubat kami, sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.

“ Robbi ja alni muqimas sholati wa min dzuriyyati, robbana wa taqobal doa, Robbannagh firli wa li wa li dayya wa li jamiil mukminina yauma yaqumul hisab “ (ibrahim ; 40 -41)

Artinya : Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang – orang yang tetap mendirikan sholat, ya Tuhanku perkenankanlah doaku , ya Tuhanku beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang mukmin, pada hari terjadinya hisab.

4. Doa Nabi Yunnus
“ Lailaha illa anta subhanaka inni kuntum minadh dholimin “ (al anbiya;87)
Artinya : Tidak ada Tuhan Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku orang yang dholim

5. Doa Nabi Zakaria
“ Robbi latadzarni wa anta choirul warisin “ (an biya ; 89)
Artinya : Ya Allah janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya engkau pemberi waris yang paling baik
“ Robbi habli miladunka duriyattan, thoyibatan innaka sami’ud du’a “ (ali imron;28)
Artinya : Ya Tuhan berilah aku seorang anak yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau maha pendengar Doa

6. Doa Nabi Musa

“ Robis shrohli shodri wa ya shirli amri wah lul uqdatam mil lissani yah khohu khouli “ (Thoha ; )
Artinya : Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku
“ Robbi inni dholamtu nafsi fa firlhi “ (al qhosos ; 16)
Artinya : Ya Allah aku menganiaya diri sendiri, ampunilah aku
“ Robbi Naj jini minal qumid dholimin “
Artinya : Ya Tuhan lepaskanlah aku dari kaum yang dholim
“ Robbi ini lima anzalta illayya min khoirin faqir “ (al qhosos; 24)
Artinya : Ya Tuhanku sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku
“ Robbi firli wa li akhi wa adkhilna fi rohmatika, ya arhamar rokhimin “ (
Artinya : Ya Tuhanku ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, dan Engkau Maha Penyayang diantara yang menyayangi

7. Doa Nabi Isa
“ Robbana anzil alaina ma idatam minas samai taqunu lana idzal li awalina, wa akhirina, wa ayyatam minka war zukna wa anta khoiru roziqin “ ( al maidah ; 114)

Artinya : Ya Tuhanku turunkanlah pada kami hidangan dari langit, yang turunnya akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang – orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rejeki dan Engkaulah pemberi rejeki yang paling baik.

8. Doa Nabi Syuaib :
“ Robbana taf bainana, wa baina kaumina bil haqqi , wa anta khoirul fatihin “ (A araf; 89)
Artinya : Berilah keputusan diantara kami dan kaum kami dengan adil, Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik – baiknya.

9. Doa Nabi Ayyub :
“ Robbi inni masyaniyad durru wa anta arhamur rohimin “
Artinya : Bahwasanya aku telah ditimpa bencana, Engkaulah Tuhan yang paling penyayang diantara penyayang.

10. Doa Nabi Sulaiman
“ Robbi auzidni an askhuro ni’matakallati an amta allaya wa ala wa li dayya wa an a’mala sholikhan tardhohu wa ad khilni birrohmatika fi ibadikas sholikhin “ (an naml; 19)

Artinya : Ya Tuhan kami berilah aku ilham untuk selalu mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapakku dan mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridloi, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambMu yang Sholeh.

11. Doa Nabi Luth
“ Robbi naj jini wa ahli mimma ya’malun “
Artinya : Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari perbuatan yang mereka kerjakan
“ Robbin surni alal kaumil mufsidin “ (assyu araa ; 169)
Artinya : Ya Tuhanku tolonglah aku dari kaum yang berbuat kerusakan

12. Doa Nabi Yusuf
“ Fatiros samawati wal ardli anta fiddunya wal akhiro tawwaffani musliman wa al hiqni bissholihin “
(yusuf ; 101)
Artinya : Wahai pencipta langit dan bumi Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat wafatkanlah aku dalam keadaan pasrah (islam), dan masukkanlah aku dengan orang – orang sholeh.

13. Doa Nabi Muhammad
“ Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hassanah wa qina adza bannar “ (hadist)
Artinya : Ya Tuhanku berikanlah aku kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah aku dari api neraka

“ Robbana latuzig qullubana ba’daidz haddaitana wahabblana miladunka, rohmatan innaka antal wahab” (Ali Imron; 8 )

Artinya : Ya Tuhanku janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.

Monday, February 24, 2014

Solat Sunat Nikah


Solat Sunat Nikah-SQ.

 

Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah سبحانه وتعالى yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang.

Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah سبحانه وتعالى daripada sebarang keburukan. 

Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
.
Ulamak fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.
.
.

Solat Sunat Selepas Nikah


Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya.
.
.

A.    Cara Melaksanakan Solat Sunat Nikah

.
Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
1.      Niat
.
Lafaz dan niatsolat sunat selepas berkahwin ialah: 
Niat Solat Sunat Nikah
.
.
2. Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
.
a)  Raka’at pertama :
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)  Raka’at kedua :
             Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
.
.
3.  Sujud Syukur selepas salam.

Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.
.
.
4.  Membaca DoaNikah

Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:

“Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau redhai.
Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.
Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang tidak Dikau redhai.
Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun yang batin.
Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu.
Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali),
Dikau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).”
.
.

5.  Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa


Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.. maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar perkahwinannya mendapatkan berkah.

Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺbersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan:
Doa Mohon Keberkatan Isteri.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Lafaz Diamalkan Dalam Majlis Akad Nikah  (Klik Di Sini)

Tuesday, October 15, 2013

Cara-Cara untuk Solat Sunat Akad Nikah Selepas Akad.


) Niat Solat Sunat Akad Nikah:-

1) “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

2) Tertib Solat Sunat Akad Nikah:
Rakaat pertama:- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua:- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

3) Doa Kesejahteraan Rumahtangga Selepas Solat Sunat:-

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.

Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mu lah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.

Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.

Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpang ke jalan yang tidak Kau redhai.

Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah, dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang Zahir mahupun yang Batin”

“Ya Allah, Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali), Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Thursday, October 3, 2013

Doa Agar Diberi Kemudahan


YA ALLAH, KAYAKANLAH AKU DENGAN ANUGERAHMU

Ya Allah,
Berilah aku ilham untuk selalu mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku dan mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang Soleh.

Ya Allah,
Jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), dan bala yang Engkau angkatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (dari menimpa hamba-hambaMu), dan keburukan yang Engkau hindarkan (dari menimpa hamba-hambaMu).

Ya Allah,
Sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan.

Ya Allah,
Cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

Ya Allah,
Terimalah amalan kami sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Mengetahui, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Amin..Amin..Amin Ya ALLAH!

Doa ketika akan tidur dan berbaring di atas peradu | Doa Sebelum Tidur

Bahwa Rasulullah saw. bersabda:

 Apabila kamu hendak berbaring ke tempat peraduanmu, maka berwudulah seperti wudu untuk salat, kemudian berbaringlah di atas sisi kananmu lalu bacalah doa: 

(Ya Allah! Sesungguhnya aku menyerahkan diriku kepada-Mu, dan aku serahkan segala urusanku kepada-Mu, dan aku baringkan tubuhku ke hadapan-Mu karena mengharapkan pahala-Mu dan takut akan siksa-Mu, tidak ada tempat berlindung dan tidak ada pula yang dapat menyelamatkan diri kecuali kembali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan dengan nabi-Mu yang Engkau utus). 

Jadikanlah semua itu sebagai ucapanmu yang terakhir karena apabila kamu mati pada malam itu, maka kamu telah mati dalam keadaan fitrah. (Barra') berkata: Aku mengulang-ulangi kalimat-kalimat tersebut untuk mengingatnya. Aku ucapkan: Aku beriman kepada rasul-Mu yang Engkau utus. 

Rasulullah saw. bersabda: 

Ucapkanlah! Aku beriman dengan nabi-Mu yang telah Engkau utus 


Tuesday, October 1, 2013

Kelebihan Bangun Beribadat Waktu Malam Menurut Al-Quran Dan Hadith

Dalam Al-Quran dijelaskan beberapa kelebihan orang yang bangun di waktu malam untuk beribadat, bertaubat dan bermunajat kepada Allah. Antaranya ialah:

1.Pahala mereka tidak terhalang
Firman Allah:
“Dan apa sahaja kebaikan yang mereka (orang yang bangun beribadat waktu malam) kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima
pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran 115)

2.Memperoleh nikmat dalam syurga.
Mereka yang akan memperoleh nikmat syurga itu digambarkan Allah telah melakukan berbgai ibadat:

Firman Allah:
…Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur.” (Ali Imran 17)

3.Allah mengangkat orang yang beribadat waktu malam di tempat yang terpuji. Firman Allah:
“Dan pada sebahagian malam hari solat tahajjudlah kamu, sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

(Al Isra’79)

4.Mempunyai sifat sabar.
Firman Allah:
“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang. Qaaf 39.

5.Orang bangun beribadat waktu malam senang berkorban dan membantu orang miskin.

Firman Allah:
“Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga) sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan. (Azzariyat : 18)

6.Orang yang bangun malam untuk beribadat tabah menunggu ketetapan dari Allah.

Firman Allah:
“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadanya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang.

(At Thur : 48)

7.Ibadah waktu malam lebih khusyuk.
Firman Allah:
“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat(untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” (Al Muzammil : 6)

KELEBIHAN BANGUN BERIBADAT WAKTU MALAM MENURUT HADITH


1.Allah akan mengabulkan permintaan hambanya:
Sabda Rasulullah:
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam, Allah turun ke langit dunia dan berseru "Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu, Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya.
(Bukhari, Muslim, Tarmizi)

2.Menambah dekatnya diri antara hamba dengan Allah.
Sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya sedekat-dekatnya seorang hamba pada TuhanNya adalah di waktu tengah malam.Oleh sebab itu,jika kamu dapat menjadikan dirimu termasuk orang-orang yang berzikir kepadaNya,maka kerjakanlah. (Abu Daud dan Tarmizi.)

3.Menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh.
Sabda Rasulullah:
“Hendaklah kamu semua rajin bangun malam bertahajjud.Sebab hal itu telah menjadi kebiasaan para solihin sebelummu. Dan yang menyebabkan kamu dekat dengan Allah. Di samping itu dosa-dosa kamu dihapuskanNya, dan menjadi penangkal segala penyakit yang berasal dari tubuh. (Tarmizi)

4.Tahajjud mempunyai kebaikan yang tinggi.
Sabda Rasulullah:
Dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Rasulullah bersabda "Sebaik-baik solat setelah solat fardu ialah solat tahajjud.” (Muslim)

5.Orang yang sukar bangun malam bersahabat dengan syaitan:
Daripada Ibn Mas”ud ia berkata: ”Pernah diceritakan seorang sahabat kepada Rasulullah bahawa ada seseorang yang sepanjang malam tidur, tidak pernah bangun sedikit pun untuk solat. Rasulullah menjawab "Telinga orang itu telah dikencing oleh syaitan.” (Bukhari, Muslim dan Nasai)

Wednesday, September 18, 2013

5 Perkara Menyebabkan Solat Anda Tidak Khusyuk


Tuesday, July 23, 2013

Doa-Doa Harian...

DOA untuk menghilangkan rasa marah

"Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk; Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk".

DOA ketika menghadapi kesusahan tidur

"Tiada Tuhan kecuali hanya Engkau, Maha Suci Engkau; Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri".

DOA memohon taubat

"Wahai Tuhanku, maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan mempunyai Kemuliaan".


DOA ketika mengambil wuduk

"Tuhanku, ampunilah segala dosaku, luaskanlah (lapangkanlah) rumah tanggaku dan berkatilah untukku rezekiku".

DOA mohon perlindungan daripada penyakit berat

"Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit berat". (Riwayat Abu Daud)

DOA memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau".

DOA anak untuk ibu bapa

"Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

DOA apabila melihat orang mendapat bencana

"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".



Doa memohon �perlindungan daripada �kejahatan semua makhluk

"Ya Allah, Tuhan kami. �Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha �Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan sesung�guhnya Allah meliputi pe�ngetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesung�guhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.


Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”


(Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar daripada penyakit berbahaya. Menurut riwayat, doa ini menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda).

Doa memohon akhlak �terbaik dan rezeki yang berkat

“Ya Allah, semoga �Engkau berkenan �melimpahkan �kesejahteraan ke atas �penghulu kami Nabi �Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat �melapangkan �rezeki bagi kami dan� �menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
serta berikanlah keselamatan.”


Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”


Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu �daripada kerunsingan dan dukacita, aku �berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku �berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”


Doa ketika sesuatu �penyakit merebak

“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang me�ng�uasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau �hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Doa memohon �perlindungan daripada �kejahatan semua makhluk

"Ya Allah, Tuhan kami. �Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha �Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan sesung�guhnya Allah meliputi pe�ngetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesung�guhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar.


Dan cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”


(Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar daripada penyakit berbahaya. Menurut riwayat, doa ini menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda).


Doa memohon akhlak �terbaik dan rezeki yang berkat

“Ya Allah, semoga �Engkau berkenan �melimpahkan �kesejahteraan ke atas �penghulu kami Nabi �Muhammad s.a.w dan selawat yang dapat �melapangkan �rezeki bagi kami dan� �menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
serta berikanlah keselamatan.”


Doa untuk memudahkan sebarang urusan

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”


> Doa mohon perlindungan daripada kerunsingan

"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu �daripada kerunsingan dan dukacita, aku �berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku �berlindung kepada-Mu daripada perasaan penakut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada belenggu hutang dan tekanan orang.”


Doa ketika sesuatu �penyakit merebak

“Aku berlindung membenteng diri kepada nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan, aku berpegang teguh pada Tuhan yang me�ng�uasai alam nyata dan alam ghaib, aku bertawakal kepada Tuhan yang hidup dan yang tidak mati selama-lamanya. Semoga kiranya Engkau �hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

CARA berdoa yang dituntut:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
2. Memohon dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Makanan, minuman serta pakaian mesti dari harta yang halal.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturahim dan tidak sesekali memohon agar doa itu segera dimakbulkan.
5. Memperbanyakkan menyebut asmaul husna yang dimulai dengan taubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah dan sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

SEBAB doa tidak dimakbulkan

1) Terasa sesuatu yang menakutkan.
2) Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat).
3) Terasa menggeletar ketika berdoa.

DOA yang selalu dimakbulkan Allah adalah doa orang yang dalam keadaan berikut:

1) Orang yang terdesak,
2) Orang yang kena zalim,
3) Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya serta doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.

Thursday, July 11, 2013

Rukun Solat Yang Wajib Diketahui

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1. Qalbi (diingat dalam hati)

2. Qauli (diucap dengan lidah)

3. Fi'li (perbuatan)


Rukun solat ada 13 perkara iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]

2. Niat. [Qalbi]

3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]

4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]

5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]

6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]

7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]

9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]

10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]

11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]

12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]

13. Tertib [Qalbi]

Wednesday, July 3, 2013

Doa Mohon Akhlak mulia


Doa Agar Di Jadikan Hamba Allah Yang Tawadhu'


Doa Minta Hujan


Wednesday, May 29, 2013

Doa Mohon Perlindungan Dari Penglihatan Orang-Orang Yang Berniat Jahat


Doa untukmu SAHABAT


Cara Solat Pesakit@sakit


DOa Memohon Cinta ALLAH S.W.T


Translate

Muhasabah Diri Sebelum Tidur

"Sabda Rasulullah :"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat..."
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
Bismikallahumah Ahya Wa'amut...